Tuesday, March 13, 2012

SUPER BANGGA!



بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Alhamdulillah..hari ini Allah masih membenarkan kita bernafas, untuk terus menyempurnakan amanah sebagai seorang aabid (hamba) dan tidak lupa juga sebagai seorang khalifah di atas muka bumi ini. Alhamdulillah, hari ini Allah masih membenarkan kita merasai ketenangan dan keamanan yang sebenar, yang tiada tolok bandingnya hasil dari sentuhan tarbiyah yang dianugerahkan kepada kita, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Alhamdulillah juga hari ini Allah mengizinkan kita menjadi seorang aabid yang unggul yang terus menerus mencari jalan untuk menjadi hamba yang terrrrbaikkkk di sisi Dia, Rabb sekalian alam.

Terlalu banyak perkara untuk disyukurkan, namun sejauh mana kita telah menunjukkan tanda syukur kita kepada Dia? (terdiam, pandang bawah, tahan sebak)



Islam dan iman. Antara nikmat terbaik yang Allah anugerahkan kepada kita, namun nikmat ini sering kali kita pandang sebelah mata, atau mungkin kita terlepas pandang pun ia sebagai satu nikmat yang the best yang ada pada diri kita sekarang. Mana tak nya, islam itu sudah ada pada diri kita sejak kita masih di dalam perut ibu lagi. Di saat itu ibu dan ayah, mama dan papa, umi dan abah, atuk dan nanny dah bertungkus lumus memikirkan nama islamic yang terbaik dan up-to-date untuk diberikan kepada kita. Digabungnya satu perkatan ke perkataan yang lain untuk mengeluarkan bunyi yang terbaik ketika orang menyebutnya. Keluar sahaja dari satu dunia yang suci, tiada noda kepada satu dunia yang penuh dengan cobaan dan dugaan, terus sahaja kegusaran kita untuk meneruskan hidup ditenangkan dengan ungkapan alhamdulillah dan seruan azan. Kemudian kita dibelai, dimanja dan dibesarkan pula dengan nilai-nilai islami seperti bercakap kena sopan santun, mesti hormat ibu bapa, lalu depan orang tua tunduk tanda hormat, dengan orang yang lebih muda kena beralah dan bagi kasih sayang, jumpa sahabat, pak cik mak cik, jiran dan sedara salam cium tangan, masuk rumah bagi sekolah, belajar rajin-rajin, homework siapkan, tuisyen jangan ponteng dan nilai-nilai yang lain yang tak terkira dengan jari-jemari kerana terlalu banyaknya. Tidak lupa juga kepada perkara-perkara asas islam seperti mengucap dua kalimah shahadah, solat, puasa, zakat, haji, sedekah, baca quran etc etc. (okey, huraian agak hyperbola, sila ambil point sahaja, yang lain abaikan)

makaaa...jeng3..pop! jadilah kita seperti sekarang ini. seorang muslim yang dilengkapi dengan nama yang menarik, nilai-nilai islami yang tinggi dan ibadah-ibadah wajib yang berjaya kita tunaikan dengan jayanya.

mungkin kerana itu, kerana islam itu kita dapat tanpa perlu usaha yang beriya-iya, maka kita jarang untuk memandang islam itu sebagai satu hadiah atau bonus yang Allah bagi free-free pada kita. Dan kerana itu juga, sukar sekali untuk kita menghargai nikmat ini, untuk terus menjaga dan memeliharanya, agar nikmat ini akan terus kekal sebagai nikmat ketika di akhirat kelak, bukan sebagai hujah untuk kita tersungkur ke neraka.

Lately, perasaan super seronok dan super bangga dan super bersyukur bahawa nikmat islam itu masih Allah kekalkan kepada diri seorang-hamba-yang-tidak-pernah-terlepas-dari-melakukan-dosa semakin membuak-buak dan melonjak-lonjak. Terasa teramat sangat jelasnya sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah sebagai Tuhan yang teramat sangat MAHA Penyayang, yang keep bagi chance pada saya (dan anda juga, kan? =D) untuk retake ujian-ujian yang diberikan kepada kita, walaupun kadang-kadang peluang itu kita tend untuk abaikan, atau kadang kala kita sudah berputus asa even sebelum kita berusaha sekali pun. Subhanallah, bayangkan diri kita yang terlalu banyak melakukan dosa, terlalu banyak mengetepikan pandangan Dia semata-mata untuk memenuhi pandangan manusia, namun Dia masih membenarkan memegang title sebagai seorang "muslim", title yang wajib ada untuk kita merasai nikmat syurga. Masih tak nampakkah kasihnya Allah itu pada kita? (ketuk-ketuk dada, tanya iman, senyum)

Super seronok tahap tak terungkap dengan kata-kata bila menyedari hari ini masih bangun as seorang muslim. Kerana saya masih seorang muslim, saya tahu ke mana arah tuju kehidupan saya hari ini, apa yang patut saya buat, apa yang tak perlu pun untuk saya lakukan, pilihan mana yang bakal menggembirakan dan yang manakah yang akan membawa kepada kesedihan.

Seronoknya hidup sebagai seorang muslim bila kita ada Allah sebagai Illah kita, maka kita tahu di mana pertimbangan kita dalam setiap perbuatan kita, kita tahu apakah pilihan pekerjaan yang terbaik yang boleh kita lakukan hari ini, kerana yang terbaik itu pastinya yang mendatangkan redha Allah, bukan sebaliknya. Bestnya bila kita rasa Allah sebagai Illah kita, maka kita jelas mengapa kita taat kepada suruhan Dia, kita merasa izzah ketika menuruti arahanNya, tanpa perlu bergantung kepada hikmah di sebalik perintah dan laranganNYa.

Seronoknya hidup dipimpin oleh Quran dan As-Sunnah, kita jelas perbuatan mana yang bakal menenangkan hati dan menggembirakan jiwa secara kekal dan berterusan, dan perbuatan mana yang hanya memberi kegembiraan sementara atau mungkin hanya memberi kesedihan kepada kita. Bestnya dapat membaca Quran dan sunnah bila kita dapat merasakan keseronokan hidup di syurga dan azabnya diseksa di neraka, kerana inilah peringatan dan juga penyunting semangat untuk terus menggapai redha dan cinta Allah. Super bestnya menjadi seorang muslim kerana semuanya telah terpandu, menerusi kitab itu dan tidak lupa juga melalui tauladan hamba Allah yang mulia itu, Nabi Muhammad saw.

Seronoknya kerana dengan islam kita merasa kebersamaan Allah bersama kita dalam setiap perkara yang kita lakukan, sehinggakan kita tidak merasa kekok untuk melakukan ketaatan kepada Allah, walaupun kita kelihatan sangat asing.

Best! Best! semuanya sangat best! dengan Islam kita mampu berkasih sayang tanpa memerlukan pertalian darah, keluarga bertambah-tambah ramai, kesusahan mereka menjadi kesusahan kita, kegembiraan mereka menjadi kegembiraan kita, kita tahu kita mempunyai dahan yang utuh untuk bertaut di saat kita hanyut dengan arus kehidupan dunia (ayat tiba-tiba..perghhh). Dengan islam kita tahu kita tidak perlu ujub dengan manusia, apatah lagi merendah diri kerana semua manusia itu, baik yang dilebihkan dan dikurangkan serupa dipandangan Allah. Yang membezakan kita hanya tahap keimanan kita yang sudah pasti tidak mampu dinilai oleh manusia, kerana yang berhak menilainya hanya Allah Yang Mengetahui luar dan dalam seseorang manusia itu.

Kerana islam hidup jadi tenang, semuanya penuh kesederhanaan. Gembira apabila kita mampu melihat sesuatu perkara yang terjadi dalam kehidupan kita berbeza dengan cara pandang yang bukan islam itu. Seronok apabila kita nampak setiap perkara yang terjadi Allah aturkan dalam kehidupan kita untuk dijadikan peluang mendapatkan cintaNya.

"maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketaqwaan. beruntunglah bagi yang menyucikannya dan rugilah bagi yang mengotorinya." (QS 91:8-10)


tahu bagaimana untuk menyatakan syukur kita kepada nikmat Allah yang satu ini? teruslah berusaha untuk meraih cinta Allah itu! insyaAllah bersama cintaNya kita akan punyai ketenangan dan peroleh tiket masuk untuk menjadi penghuni syurga kelak. dan kerana adanya cinta itu, kita mampu merasa IZZAH (super bangga) bahawa kita ini hamba Allah yang super beruntung kerana mendapat nikmat ini.

"Dan barang siapa yang mengkehendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh, sedangkan dia dalam keadaan beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya di balas dengan baik."
(QS 17:19)

ini sebab saya mengapa saya super bangga menjadi seorang muslim!
bagaimana pula dengan anda??


p/s : perkataan super telah digunakan dalam kuantiti yang berlebihan dalam post ini..ehee..apa-apa pun..jadikan perasaan super bangga anda sebagai pendorong anda untuk terus mengekalkan dan memelihara nikmat islam dan iman dalam diri anda. selamat berusaha! ;)

Allahu a'lam.

No comments:

Post a Comment