Sunday, October 28, 2012

senjata ketenangan



بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟

Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah




Aku berdoa bukan kerana ingin terkabulnya doa,
tetapi kerana aku obses dengan doa itu, maka aku berdoa.
Dan manakala aku mendapat ilham untuk berdoa, 
terkabulnya doa itu sentiasa menyertainya.
(Saidina Umar bIn Khattab)


uniknya manusia itu. dilengkapi dengan akal dan nafsu, berbeza keinginan, kehendak dan cita-citanya. Punya banyak impian dan angan-angan dari hari mata terbuka hinggalah ke saat berakhirnya nafas. Berbeza antara satu dan yang lainnya, yang menjadi penyeri kehidupan dunia dengan ragam dan karenah. Ada yang terus kuat melangkah, ada yang semakin lesu mengharapkan manis dunia. Begitulah kehidupan dunia.

namun ada kepelikan pada makhluk terbaik Illahi itu. bila semua punyai seribu macam kehendak. namun tidak semua meminta pada yang menyempurnakan kehendak. 
semua berusaha memenuhi keinginan, namun belum semua bergantung harap pada yang memenuhi keinginan.
siang dan malam mengejar cita-cita, namun masih ada yang tiada masa untuk menundukkan diri, berdoa kepada Dia, pemilik kehidupan dunia yang dikejarkan.




ketenangan dunia ini hanya milik orang mukmin. Sentiasa milik mereka. Yang pada tiap ketika mengingati Tuhannya dalam susah dan senang. Yang tidak lokek untuk sujud dan mengangkat tangan, meminta pada yang berhak untuk diminta. Yang mengalirkan air mata penyesalan tika memohon ampunan pada Tuhannya, kerna yakin Dia Maha Pengampun. Yang obses dengan doa pada Tuhannya pada tiap keadaan dan waktu kerna meyakini Dialah pemilik kehidupan dunia ini serta isinya. kerna mereka meyakini kasih Tuhannya pasti mengabulkan doa mereka dari arah mana pun kehidupan mereka.

Maka mereka menjadi tenang dengan hati yang sentiasa mengingat Tuhannya. Tatkala keyakinan mereka tidak goncang kerana telah mereka meletakkan sepenuh pergantungan pada Illahi, dengan ikatan doa yang tiada hijab antara seorang hamba dengan Tuhannya.

Ya, doa itu senjata mereka. senjata mereka yang damai kehidupannya meski aral rintangan tidak surut. Letaklah pada apa keadaan sekalipun yang menggoncang jiwanya, pasti keyakinan mereka pada Tuhannya semakin bertambah, tidak kalah pada gelombang kehidupan dunia yang menguji.

Tenang kerana doa. Damai jiwa kerana rintih hati didengarkan kepada yang Maha Mendengar. Yakin Maha Pengasih itu tidak pernah membenci mahupun meninggalkan, malah teramat memahami lebih dan kurangnya seorang hamba. Pasti Dia akan tunjukkan jalannya.

Maka berdoalah. Kerna dalam doa itu akan bertemu harapan seorang hamba dan kasih Tuhannya, kerna doa itu sentiasa memimpin pada penyelesaian, kerna doa itu senjata, senjata yang mendamaikan.


"Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya..."
(QS 14:34)




Allahu a'lam.



Monday, October 15, 2012

ohh..hari isnin.. =____="

بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟

Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..


Salam alaykum. Salam kesejahteraan atas semua. semoga sentiasa di bawah naungan keredhaan dan kasih sayang Allah selalu. 

ooh..hari isnin datang lagi. bila cerita tentang hari isnin, teringat seorang sahabat pernah tulis begini di status fb beliau:

"sampai hati hari ini hari isnin."  
(=_____=)"

Alhamdulillah, masih lagi diizinkan oleh Allah untuk bangun dan bernafas secara normal pada hari isnin ini, tanpa sebarang komplikasi dan ke"tidaknormal"an, untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang muslim dan juga sebagai seorang pelajar, dalam melaksanakan dua tugas utama kita, iaitu sebagai seorang aabid dan juga sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. Alhamdulillah3! Semoga Allah sentiasa memelihara hati kita agar sentiasa jelas matlamat hidup kita di dunia ini, akal dan iman kita agar sentiasa dapat memimpin setiap langkah kita melebihi nafsu dan kehendak diri, dan juga anggota kita agar dapat menjalankan tugasnya dengan patuh dan sempurna.

p/s: jom jadikan setiap amalan dalam hidup kita keranaNYa. belajar pun keranaNYa juga ea.


"..nescaya Allah akan mengangkat orang yang beriman diantaramu dan orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti akan apa yang kamu kerjakan."
(QS 58:11)



kalau belajar keranaNYa, tak boleh malas-malas. kena buat sungguh-sungguh! ayuh!



Allahu a'lam.
semoga Allah redha.

Friday, October 12, 2012

kerana kita saudara seiman


بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟

Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..



"Saudara seiman itu adalah dirimu
Hanya saja dia itu orang lain
Sebab kalian adalah satu jiwa
Maka kalian adalah satu jiwa
Hanya saja kini sedang hinggap di jasad yang berbeda.."


-Al-Khindi-







credit to Nurul Iffah kerana sudi pinjamkan tangan. :D


Allahu a'lam.

Thursday, August 2, 2012

tanya sama pokok



بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..









Sunday, July 1, 2012

arah mana kebencian kita?

بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..


nasihat buat diri sendiri hari ini, semoga yang lain turut dapat manfaatnya.

Yang buat kita putus asa pada rahmat Allah itu syaitan. Kuatkan diri, kuatkan semangat untuk terus berubah. :')

Tiada siapa yang mampu manilai manusia. Siapa manusia itu, mulia atau hinanya dia, hanya Allah yang mengetahui.

Bencilah maksiat yang dilakukan seseorang kerana sayangkan pelaku maksiat tersebut. Jangan jadikan kemaksiatan yang dilakukan seseorang sebagai alasan untuk kita membencinya, menghinanya dan memandang rendah padanya. Kerana tiada siapa tahu, mungkin di penghujung nanti, dia lebih dipandang mulia di sisi Allah berbanding diri kita sendiri.

Allahu a'lam.

soal kebergantungan

بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..


ramai yang salah faham bila berbicara soal konsep kebergantungan.
maka lahirlah amal yang remeh temeh, amal yang tidak diiringi dengan kesungguhan, amal yang main-main, atas alasan "aku tawakal pada Allah".


diri ini juga begitu tak lama dahulu.
namun semakin sedar; silap itu. fahaman itu sangat silap.


yang nak berubah itu kita. yang nak berjaya itu juga kita.
kita yang nak, maka kita kena usaha lebih.
orang lain hanya mampu membantu, akhirnya diri kita sendiri juga yang perlu memilih sama ada mahu bergerak untuk berusaha atau tidak.


fahami konsep kebergantungan.
usaha menunjukkan kesungguhan. usaha juga menunjukkan keyakinan kita yang teguh untuk bergantung harap pada Dia.


semakin kuat kebergantungan kita padaNya, semakin kuat usaha kita.
Allah yang bakal menentukan hasil. Kita usaha molek-molek ea. :)

Allahu a'lam.

ketepek ketedush

بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..


teguran yang baik dari surat cinta musim-musim exam ni.


walau se"busy" mana pun hidup kita, hati ini jangan pernah lalai dari mengingati Allah. mutabaah amal jangan ditinggalkan atas alasan "sibuk, tak ada masa". kerana yang mengurus dan melancarkan kehidupan seharian kita adalah Allah, malah Allah yang memberi rezeki kepada kita. Maka jangan pernah "lokek" kepada Dia, ok! :)


"orang yang tidak dilalaikan oleh perdagangan dan jual beli dari mengingati Allah, melaksanakan solat, dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari ketika hati dan penglihatan menjadi guncang. agar Allah memberi balasan kepada mereka dengan lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan, dan agar Dia menambah kurnia-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa saja yang Dia kehendaki tanpa batas." (QS 24:37-38)


mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita dan murahkan rezeki kita. ^^


Allahu a'lam.