Thursday, February 9, 2012

kenapa awak dah berubah?






بسم الله الرحمن الرحيم










كيف حالك؟



Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

tahu apa itu tarbiyyah?


nak kenal?
tahu macam mana tarbiyyah itu?

tarbiyyah itu ibaratnya begini.

seorang budak kecil yang baru kenal nombor, pergi ke sekolah, belajar tambah, tolak, darab, bahagi. lulus periksa. pergi ke kedai, boleh kira harga barang yang dibeli dengan sendirinya.



haa..itulah tarbiyyah! (ok, sorry kalau perumpamaan tak sampai maksud)
tarbiyyah itu sifatnya merubah.

dari seseorang yang tidak tahu apa-apa, pada tarbiyyah itu ada medan ilmunya.
awas! ia tidak terhenti di situ! malah tarbiyah itu berterusan sehingga ke peringkat mengpraktikkan ilmunya.

ya. itu tarbiyyah! ia merubah.
daripada seorang yang jahil, bukan sahaja berubah kepada orang yang berilmu, malah kepada seorang yang mampu beramal pada ilmunya.
daripada seorang yang tidak punya apa-apa, kepada seorang yang mampu mengikis karat jahiliyah pada dirinya, malah mampu untuk memberi sesuatu kepada orang di sekelilingnya.
dari zero kepada hero!


"Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perumpamaan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran)."
(QS 14:24-25)


begitulah tarbiyyah.
ia bukan sahaja merubah dalaman, perbetulkan kefahaman dan ilmu mengenai islam.
malah hasilnya akan terlihat sehingga ke luar. ia akan merubah siapa dirinya, bagaimana percakapannya, bagaimana perbuatannya, bagaimana dia bertindak terhadap sesuatu perkara, bagaimana dia memanfaatkan masanya, bagaimana dia memilih pakaiannya, makanannya, hiburannya, bagaimana dia berinteraksi dengan manusia sekelilingnya.
sehinggakan mereka mampu untuk memberi memanfaat kepada manusia lain dengan izin Allah.

jadi bila orang kata ini pada anda:
"kau ni, sejak join tarbiyyah dah berubahla..."
maka jawablah dengan ini:
(^______________________^)



sekadar muhasabah diri cuti-cuti ini:
sudah beberapa tahun menerima tarbiyyah, adakah masih sama cara menghabiskan waktu cuti beberapa tahun lepas dengan sekarang? T___T

2 comments:

  1. inti tarbiyyah itu sendiri adalah perubahan.. klu tiada perubahan, x bisa sih dipanggil tarbiyyah.
    berubah kita dari yang biasa untuk menjadi luar biasa, dari keterbatasan menjadi kemelimpahan.ya, kita berubah untuk menemukan kebahagiaan hidup. merubah paragdima dgn tarbiyyah insyaAllah...
    hehehe...

    ReplyDelete
  2. betul2. begitulah sifat tarbiyyah itu.
    ramai yang menganggap tarbiyyah itu sekadar join usrah dan belajar ilmu agama.
    hakikatnya tarbiyyah itu lebih besar. tarbiyyah itu ilmu dan amali.
    ramai yang memberi alasan, "saya tak boleh berubah, sebab inilah diri saya".
    tidak berfungsilah tarbiyah itu jika kita masih berada di takuk lama, masih memilih untuk tidak mendekati Tuhan atas alasan itu diri kita.

    Allahu a'lam. semoga sama2 berubah ke arah redha Allah..=)

    ReplyDelete