Friday, February 3, 2012

kitab sepi



بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..



Kuala Lumpur : 26.2 c

Panas.
Buka enjin. Pandu kereta.
Terik. Pening kepala.
Buka radio dengar lagu,
Kuatkan aircond.
Pandu kereta. Lampu merah. JAM! PANAS!

Buka pintu. Masuk rumah. Panas.
Buka kipas. Lajukan.
Quran di atas meja. Pandang.
Pergi ke tandas, berwudu'. Solat.
Duduk termenung.
Panas. Pening.


Keluar bilik. Quran di atas meja. Pandang.
Duduk di sofa.
Buka tv. Tekan remote, tukar. Bosan.
Tukar lagi. Bosan lagi.
Panas. dan semakin panas.
Pandang ke kanan meja. Nampak Quran.
Pandang ke kiri meja. Laptop.
Ambil laptop, buka. "New tab". Youtube.
Tak ada bateri, laptop padam. Panas!
Pergi tandas, basuh muka dan kepala.
Keluar tandas, ada meja. dan sekali lagi...QURAN!

hampiri meja. selangkah, dan selangkah lagi.
tenung. ambil. pegang.
buka. selak. baca.

"perumpamaan syurga yang di JANJIKAN kepada orang yang BERTAQWA (ialah seperti taman), mengalir di bawahnya sungai-sungai, senantiasa berbuah dan TEDUH. Itulah tempat kesudahan bagi orang yang BERTAQWA, sedang tempat kesudahan bagi orang yang INGKAR adalah NERAKA."
(QS 13:35)


senyum. tenang. panas, tapi damai.



Tahu tak kenapa Allah turunkan Quran kepada kita?
supaya tika gembira, kita punya peringatan untuk kita berpada-pada.
dan tika gelisah, kita jumpa di dalamnya penawar khas dariNya.


Ketenangan.
Kita dihadapkan dengan pelbagai pilihan dan jalan untuk menemuinya.
Namun, jalan yang telah Allah tetapkan untuk kita sentiasa yang terbaik.

Semoga kepanasan kita di dunia kita gunakan sebaiknya untuk mendapat keredupan hakiki di syurga kelak.
agar kita tidak perlu berterus-terus berpanasan di neraka yang sentiasa menyala api dan tak terkira bahangnya.

Allahu a'lam. semoga Allah tunjukkan jalanNya.

No comments:

Post a Comment