Sunday, September 18, 2011

Palestine : Kemenangan semakin hampir. Bersediakah kita?




بسم الله الرحمن الرحيم








كيف حالك؟



Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Fuhh..! Fuhhh..! (ok..dah berabuk, saya tahu)
18.9.2011. Akhirnya perasaan ingin menulis kembali bertaut.
selepas menerima sekeping gambar yang disebarkan di laman muka buku ;)
hampir 3/4 dunia mengikhtiraf Palestine sebagai sebuah negara termasuklah negara2 berkuasa veto dunia seperti China. Bagi negara timur tengah hanya israel (negara atas peta) yang tidak mengikhtiraf Palestine.
semakin banyak perkembangan baik seolah-olah laungan kemenangan pembebasan Al-Aqsa semakin hampir.
Namun, sudah bersediakah kita untuk menempatkan diri kita dalam kemenangan itu?

kemenangan dan kebangkitan ummah itu adalah janji Allah! sesuatu yang pasti.
kemenangan itu pasti akan tiba, disaat ummat islam kembali memegang teguh panji Quran dan Sunnah.Di saat islam yang asli dan benar, islam yang dibawa oleh junjungan besar Rasulullah saw kembali bertahta dalam individu-individu dalam masyarakat muslim itu.
begitulah sunnahtullahnya.
iman dan kemenangan islam tak akan dapat dipisahkan. ia akan seiringan.
hanya dengan iman islam akan menang.
hanya dengan iman taghut dapat ditumbangkan.


maka bila berita gembira itu kian kedengaran, apa tindakan kita?
semakin statik atau semakin kuat mentarbiyah diri?
semakin berehat atau semakin kuat berjaga malam?
andai kata kita yang bakal menyaksikan saat kemenangan itu, siapakah kita di saat itu?
orang yang sekadar menyaksikan di kaca tv, atau orang yang turut sama sujud syukur atas kemangan itu?

Subhanallah, semakin dekat kemenangan itu, semakin banyak rupanya yang masih perlu dan belum kita lakukan.
Semakin kita sedar bahawa kita masih jauh, jauh dari yang asal itu.
diri kita, keluarga kita, masyarakat kita.
masih adakah masa untuk kita berehat-rehat?

Allahu a'lam.

'Ya Allah, aku sedar aku masih terlalu jauh darimu, dari agamamu, dari syiar islammu. Namun teringin sekali diri ini untuk berada dalam kalangan mereka yang menantikan janjimu. Maka terimalah taubatku dan perkuatkanlah aku. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani'


No comments:

Post a Comment