Tuesday, June 7, 2011

kelakar. sangat kelakar.



بسم الله الرحمن الرحيم








كيف حالك؟



Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Kelakar.
Kelakarnya dunia ini.
Kelakarnya hamba-hamba Allah ini.
Kelakarnya kehidupan ini.
Kelakar. Sangat kelakar.

Kita sedar bahawa kita hamba Allah. Kita sedar buat dosa masuk neraka. Kita sedar Allah dah bagi kita panduan hidup, kalau ikut kita ke syurga, kalau degil, tak nak buat, kita ke neraka.
Kita sedar semua itu.
Tapi anggota kita masih tak mahu patuh. Hati kita masih kita tutup dari mematuhi perintah Allah.
Kelakar. Sungguh kelakar.


Kita tahu islam bukan sekadar rukun islam dan rukun iman.
Kita tahu islam itu bukan sekadar solat, puasa dan haji.
Kita sedar yang islam itu kehidupan. Semua benda dalam hidup kita perlu islamik.
Tapi entah kenapa kita masih membuat pengasingan itu.
Kita solat dan puasa. cukup! Time makan tak perlu islam, time tengok tv tak perlu islam, time belajar tak perlu islam, time jogging, shopping, berborak, tak perlu islam.
Kelakar. Sungguh kita makhluk yang kelakar.

Kita sedar yang kita orang islam. Kita bangga jadi orang islam. Kita marah jika ada orang menghina islam. Karikatur Muhammad, penulisan nama Allah di gereja, paderi nak bakar Al-Quran, kita tentang semua itu..! kita marah! kita emo jika mereka berani menghina islam!
Tapi bila ada orang yang memuliakan islam, atur aktiviti-aktiviti supaya tidak lari dari landasan islam, bila ada orang yang cuba untuk tidak mengasingkan islam dari kehidupan, bila ada orang memuliakan islam dengan menjadi seluruh kehidupannya, dan juga membantu untuk menjadikan seluruh kehidupan kita bersatu dengan islam, kita pula yang enggan menerima.
Alasan kita "ini mesti program islam. tak nak lah join." "program ini patut lebih terbuka, jangan islamic sangat"
seolah-olah islam dan kehidupan ini benda yang berbeza.
kelakar.
bila ditentang islam itu kita marah, bila ada yang memuliakan islam itu pun kita marah.
kelakar. sungguh kelakar.

Kita tahu kita akan mati. bila-bila masa, tak kira kat mana kita berada. Kita tahu dunia ini hanya sementara.
Kita sedar nanti ada syurga dan neraka.
Neraka itu tempat yang saaangaaaaaaaat teruk, dan kita tahu syurga itu indah! Sangaaaaaaaat indah.!
Kita tahu kalau kita nak masuk syurga, kita kena amalkan islam sepenuhnya. Tak cukup sekadar jadi orang islam yang tak mengamalkan islam.
Kita tahu amal kita kat dunia ini bakal menentukan syurga atau neraka tempat kita nanti.
Kita tahu semua itu. Kita sangat tahu.
Tapi hati kita masih menolak kebenaran islam. Anggota kita masih berat, masih berani untuk mengatakan tidak pada islam.
Kelakar. sangat kelakar kita ini.

Kita tahu Allah Maha sayang kat kita!
Kita tahu semua benda yang ada kat kita sekarang ini semua atas rahmat dan kasih-sayang Allah.
harta, kejayaan exam, kaki tangan, mata, mulut, telinga oxygen, kawan yang best, keluarga yang baik.
kita tahu semua itu Allah bagi kat kita sebab Allah sayang kat kita.
Tapi entah kenapa, kita masih berperangai seolah-olah Allah tak pernah sayang kat kita.

Kita tahu syaitan itu jahat, syaitan tak sayang kat kita macam mana Allah sayang kat kita!
Kita tahu syaitan suka hasut kita, biar kita jadi jahat, biar kita tak ikut Allah.
Kita tahu syaitan never give up. Syaitan akan buat sungguh-sungguh biar kita ikut dia.
Kita tahu kalau kita ikut syaitan kita masuk neraka, dan neraka tak best.! neraka panas, kena siksa!
Kita tahu semua itu.
Tapi kita masih nak ikut syaitan, kita masih menolak Allah.
Kelakar. Sangat kelakar.

Kita tahu perkara di atas.
Tapi bila nak letak islam dalam hidup kita masih beralasan.
Kita kata Allah tak bagi petunjuk@ tak bagi tahu, kita kata kita bukan insan terpilih.
Bukankah Allah telah memilih kita untuk mengetahui perkara di atas?
Bukankah Allah telah tunjuk kat kita?
Kelakarlah. sangat kelakar kita ni.


~kita masih menganggap islam itu sebagai benda main-main, mampukah kita untuk bermain-main di neraka kelak?~

Kita tahu semua hakikat di atas.
Tapi entah kenapa kita masih berperilaku seolah-olah kita tak pernah tahu.
Akal, hati dan anggota kita masih merasa janggal apabila semuanya dikaitkan dengan islam.
Sedangkan satu-satunya penyelamat kita di dunia ini untuk masuk ke syurga adalah beriman kepada islam.
Hanya itu.! Dan kita tahu itu.
Tapi kita masih sebegini, masih seperti kita yang sekarang, masih seperti orang yang tidak tahu.

Semoga kita sama-sama muhasabah.
Hati, akal dan anggota kita masih terlalu jauh dari Allah.
Tidak cukup jika sekadar akal yang tahu, tapi hati dan anggota masih enggan mengambil tahu.

Allahu taala a'lam.

No comments:

Post a Comment