Friday, April 15, 2011

last minute






بسم الله الرحمن الرحيم




كيف حالك؟

Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).”
(Al-Jumu’ah: 8.)

Bulan April tanda minggu-exam-tiap-tiap-minggu bermula..
tiada complain insyaAllah..
ujian dunia, tiada apa yang perlu ditakutkan..
jika kita yakin Allah bersama-sama dengan kita, insyaAllah segalanya akan dihadapi dengan tabah dan tenang.


setiap kali habis exam, keluar je dari dewan exam, selalu saya berazam untuk study awal for the next exam.
tapi bila nak tiba ke exam yang seterusnya, still study lewat. last minute..
mulalah kelam kabut, rasa sedih tengok kawan dah start 2nd round tapi kita baru nak start chapter pertama.
tapi alhamdulillah, atas pertolongan Allah dan berkat tak lena tidur dan tak lalu makan, dapat juga saya habiskan sebelum masuk dewan exam. Alhamdulillah!

kadang-kadang saya terpikir, mana datangnya kekuatan itu..??
kenapa bila last minute kita boleh habiskan 5 chapter dalam sehari sedangkan seminggu yang lalu satu chapter sehari pun belum tentu habis..?? adakah bila last minute ada hormone yang akan keluar yang membuatkan kita extra semangat..??
bukankah kekuatan dari Allah itu datang pada tiap ketika, jadi mengapa last minut baru betul2 dapat semangat..?
apa booster yang berjaya membuatkan kita berusaha sehingga sebegitu sekali..??

setelah merenung ke langit, ditelek hati dan akal yang waras..
chnggg (bunyi mentol keluar)..saya sedar sesuatu..
manusia ini hanya akan push diri dia ke maximum limit bila dia tahu dia sudah di saat akhir, dan bila dia sedar yang dia sudah tiada masa..!
nahh..saya dapat jawapan..apa yang menyebabkan disaat hujung,kita sanggup untuk tidak tidur, sedangkan selalunya kena cukupkan 8 jam tidur baru boleh pergi kelas dengan segar.

ohh..bila saya sedar akan benda ini, tiba2 saya tertelek diri saya. dan saya tersedar sesuatu. selama ini saya suka tangguhkan untuk berubah ke arah kebaikan. banyak alasan yang saya cipta untuk menyedapkan hati dan supaya merasa senang. kenapa ea saya suka bertangguh begitu..??

menjadi baik bukan benda mudah, sama seperti exam tadi..
ia memerlukan effort untuk kita capai kejayaan..
tapi bukanlah bermakna mustahil untuk kita buat effort itu..
semuanya dalam kita sedar atau tidak sebenarnya berada dalam keupayaan kita..

jadi apa yang membuatkan kita selalu beralasan, atau menangguhkan perubahan kita..??
kerana kita belum bersedia? kerana Allah tak bagi hidayah lagi..?? kerana kita ini tak sebaik rakan yang lain..??
tidak2..percaya atau tidak alasan2 di atas hanyalah ilusi yang kita bina sendiri..
dialog2 diatas hanya sekadar bisikan syaitan yang sengaja mahu kita melewatkan proses taubat kita sebagaimana syaitan itu sendiri meminta supaya hukuman ke atas dirinya ditangguhkan.
ya..syaitan sedang menjalankan "tanggungjawabnya" untuk menarik kita bersama-sama seiringan dengannya..
supaya kita ikut jejak langkah dirinya yang ego dan bongkak tidak mahu menerima kebenaran.

hakikatnya, bukan itu punca kita menangguhkan perubahan kita..
puncanya hanya satu, yakni kita rasa KITA MASIH ADA MASA..
ya..kita terlalu yakin bahawa esok masih milik kita..
kita tidak rasa bahawa kematian boleh menjemput kita pada bila-bila masa..
dan kita tidak sedar bahawa di saat kematian itu bertandang, kita tak mampu untuk berkata STOP ataupun PAUSE.
yang ada hanyalah butang play yang akan tertekan sehinggalah ke saat kita menerima buku amalan kita yang menentukan syurga atau nereka rumah kita kelak.

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).

Kerana itu kita sangat2lah digalakkan untuk sentiasa mengingati mati.
supaya hati ini tekun dan kuat untuk mengejar redhaNya..
sentiasalah merasakan bahawa setiap saat yang kita lalui, kita semakin hampir ke saat kita menemui Illahi..
sentiasalah rasa bahawa kita sekarang sudah terlalu last minute, sudah tiada masa untuk beralasan dan menangguhkan perubahan kita.
sentiasalah rasa bahawa kematian itu sedang menghulurkan tangan untuk menarik kita.
sentiasalah rasa yang aku kena push diri aku sehingga ke titik maximum yang mampu aku lakukan, kerana jika aku mati sesaat nanti, apakah pandangan Allah akan diriku..? baikkah aku disisi Allah atau burukkah aku disisi Allah..??

Subhanallah..sangat seronok jika kita mampu menjadi hamba yang merindui pertemuan dengan Tuhannya..
yang mana setiap ketika dia akan mempersiapkan diri demi saat pertemuan itu.
kerana yang dia mahukan adalah dirinya berada dalam keadaan yang sangat cantik ketika dia bertemu dengan Kekasih hatinya itu.
supaya Kekasih hatinya itu redha ke atas dirinya sebagaimana dia redha akan Kekasihnya itu.

Ya..kerana terlalu yakin bahawa kita masih ada masa yang membuatkan kita kadang-kadang lupa bahwa malaikat maut sedang count down menunggu detik mengeluarkan jiwa kita dari tubuh ini.
dan kerana itu jugalah kita rasa bahawa mentari esok masih akan menyapa kita, dan kita masih berupaya untuk berjumpa dengan pintu taubat itu pada esok hari.
hakikatnya kita sendiri tahu bahawa tiada apa yang pasti dalam kehidupan ini melainkan kematian.

semoga sama-sama kita muhasabah diri.

Allahu taala a'alam.


1 comment: