Tuesday, April 19, 2011

campur berbaur- SAYA SUDAH 20!





بسم الله الرحمن الرحيم


كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Hari jadi kali ini hari jadi yang paling saya tunggu2 sekali..
bukan kerana saya akan mendapat angka dua dihadapan umur saya yang secara tidak langsung menunjukkan bahawa saya sudah matang..ehem..
tetapi kali ini saya tidak sabar sekali untuk mengameenkan DOA-DOA para sahabat, saudara2 seagama yang disertakan bersama ucapan "happy birthday"..
doa yang mungkin sukar diberi jika tiadanya hari ini..
doa yang dalam setahun datang dalam kadar yang banyak sekali,
dan harapan saya hanya satu, semoga Allah makbulkan doa2 ini..

jika selama ini saya terasa specialnya hari jadi ini kerana saya boleh merengek dan minta apa sahaja dalam masa 24 jam..
entah kenapa kali ini terasa specialnya hari ini kerana adanya doa2 ini..
"may Allah bless u", "semoga Allah merahmati anda", "semoga Allah permudahkan urusan"
dan entah kenapa pada tanggal umur sudah mencecah 20 ini, doa2 ini terasa amat penting dan bermakna..
entah kenapa doa-doa ini seakan-akan memberitahu saya bahawa "Aisyah, hiduplah untuk mencapai redha Allah..hiduplah seperti orang-orang yang beriman, dan semoga dengan apa yang awak lakukan itu, rahmat Allah sentiasa bersamamu".


benar..jangan diletakkan sepenuh harap pada doa orang lain..
kerana diri sendiri itu yang penting..!
jika diri sendiri yang enggan berubah, yang batu, yang kayu, maka doa yang lain itu mungkin tidak akan memberi nilai..
tetapi jazakumullah sahabat-sahabat aka saudara-saudara seagamaku sekalian..
kerana doa itu memberi semangat baru, doa itu memberi harapan baru buat diri ini..
doa itu memberi satu dorongan baru supaya diri ini jangan sekali pernah berhenti untuk berubah..
terima kasih buat kalian..kalian yang telah mendoakan..

SAYA SUDAH 20..! gembira dan takut bercampur baur..
gembira bila mengetahui bahawa saat pertemuan itu bakal tiba..
ya..tidak lama lagi..semakin dan semakin hampir..
rindu sekali hati ini akan saat itu..
tapi saat terfikir akan pertemuan itu, tiba-tiba hati ini menjadi takut..
takut sangat apabila memikirkan keadaan diri..
apa saja bekal yang telah aku sediakan untuk dipersembahkan buatNya kelak..?
apa sahaja yang baru aku lakukan untuk membuktikan cintaku padaNya..?
di saat ini, masih banyak kejahilan yang gagal dibuang..
jika diri inilah yang bakal dipersembahkan untuk berjumpa denganNya, layakkah diri ini untuk mendapat rahmatNya..?

dan kerana itu doa kalian memberi diri ini kesedaran..
bahawa diri ini masih lagi mempunyai harapan untuk meraih redha Illahi..
redha yang akan membersihkan hati dan diri, dan redha yang bakal menarik hamba yang jauh ini dekat kepadaNya..

Selamat Hari Kelahiran Aisyah..!
Selamat lahir kembali Aisyah, lahir sebagai insan yang baru, lahir semula dengan niat yang baru, yang suci, yang belum dinodai dengan manis duniawi..
semoga amalan pada umurku yang lepas dan yang mendatang menjadi bukti cintaku padaMu Ya Rabb..!
semoga doa2 mereka atas diriku Engkau makbulkan Ya Allah..
semoga rahmatMu menaungi hidupku sepanjang usiaku sehinggalah ke saat yang Engkau janjikan untuk aku dipertemukan denganMu..



Allahu taala a'lam.

p/s : terima kasih umi dan abah yang telah melahirkan, mendidik dan membesarkan anakmu ini..ampuni dosa2 anakmu ini..tiada hadiah terhebat yang Allah kurniakan melainkan kesedaran bahawa umi dan abahlah ibu bapa terhebat sekali di dunia..! LOVE YOU SOO MUCH..!!

No comments:

Post a Comment