بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟
Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..
Ohh..saya suka bukanlah sebab "kosa kata berdarjat tinggi" saya akan bertambah banyak, tapi kadang2 term2 menarik ini akan membuatkan saya berpikir panjang. bukan sejam, bukan sehari dua, kadang2 berbulan2 lamanya.
"TULAH ILMU"..term yang saya dah dengar kira2 dua bulan yang lalu..
yang masih bermain2 di dalam hati dan pikiran saya sehingga kini..
saya suka term ini..bunyi sedap, menarik perhatian saya..
term yang dilontarkan disaat saya merungut geram pada mereka yang menolak jalan ini..
disaat term ini disebut, hati saya berkata ouch..! hehe..
ada sesuatu yang menarik pada istilah ini..
TULAH ILMU
boleh saya katakan "Tulah ilmu" ini adalah penyakit yang akan menyerang orang-orang yang rasa dirinya sudah cukup berilmu, sehinggakan kadang2 kita terlupa bahawa kita pernah jahil satu ketika dulu..
malah mungkin pada saat dan ketika ini, kejahilan itu tidak pernah luput pun dari diri kita..
hanya diri kita ini sahaja yang kadang2 sudah berasa selesa..atau kita ini kadang2 "perasan baik"...
rasa bahawa bila kita sudah mampu berhujah sepotong dua dari ayat Al-Quran, kita sudah baik, kita sudah berubah..
itulah dia Tulah ilmu..yang saya rasa selalu berjangkit pada orang yang baru bertatih seperti saya..
berada pada jalan ini sangat seronok, best, excited, dan macam-macam lagi..
cuma bila kita terlalu seronok ini kadang2 kita lupa tentang pahitnya jahiliyah..
kadang-kadang kita hilang rasa untuk memahami betapa sukarnya mengeluarkan diri kita dari kepompong kejahilan..
kadang-kadang kita lupa bahawa kita dahulu sangat payah untuk memulakan langkah pertama..
ya..dahulu kita pernah sesak nafas, sempit dada untuk start mengangkat kaki..
namun bila kita sudah selesa bertatih di jalan ini, kita sudah pandai merungut, kita sudah tiada pertimbangan yang wajar pada mereka yang belum bersedia untuk berjuang bersama kita..
kita seolah-olah lupa bahawa satu ketika dahulu kita juga begitu.
itulah Tulah ilmu..bukan sebarang penyakit, itulah penyakit yang Allah kurniakan sebagai tarbiyah buat kita yang baru bermula..
kerana langkah kita masih terlalu panjang...
masih terlalu jauh untuk kita meresa selesa..
Tarbiyah awal yang Allah berikan supaya kita kenal suatu nilai yang WAJIB ada pada setiap jundi dakwah, iaitu merendah diri..
supaya disaat kita sembuh kelak dari penyakit ini, kita akan dikurniakan dengan jiwa yang zuhud, yang terlindung dari bencana riak dan bongkak..
supaya kita sentiasa paham akan jiwa-jiwa lain yang wujud di bumi Allah ini..
yang mungkin cinta mereka kepada Allah dan Rasul lebih dari kita mencintai Allah dan Rasul..
Satu sahaja saya rasa ubat Tulah Ilmu ini, iaitu muhasabah.
Bila kita sedang bermusafir dalam satu perjalanan yang jauh,
kadang-kadang kita perlu berhenti seketika, mengambil nafas, duduk memuhasabah kembali diri kita..
kenapa kita hendak menuju ke tempat tersebut..?
apa yang sedang kita tujui..?
apa matlamat kita..? pengakhiran apa yang kita mahukan?
setelah kita jumpa jawapan itu, maka lihatlah pada bekalan kita, apa yang masih kita bawa bersama kita..?
cukupkah bekalan yang masih ada pada kita, atau kita perlu mencari bekalan baru..?
kemudian tolehlah sebentar ke belakang, lihatlah apa yang pernah kita lalui..
pahat ia dalam-dalam pada ingatan kita..
supaya suatu hari nanti, andai kata kita berjumpa lagi dengan memori tersebut, atau kita berjumpa dengan mereka yang sedang melalui perkara yang sama, akan tertanam rasa untuk membantu mereka..
bukan lagi meninggalkan mereka ataupun melupakan mereka..
Allahu taala alam.
p/s : baru mula melangkah kembali setelah berhenti berehat di stesen R&R Negeri Darul Iman dan Taqwa. semoga kaki kuat melangkah sehinggalah ke stesen R&R yang seterusnya..=)
No comments:
Post a Comment