بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟
Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..
Salam alaikum..salam kesejahteraan ke atas semua..^^
terasa diri dipenuhi dosa..??
teringin nak buat baik...???
confused dengan hidup....????
kebaikan apa yang mampu anda lakukan.....?????
semua orang kat dunia ini nak jadi baik..betul..??
sejahat mana pun dia, pasti jauh disudut hati ada tersimpan niat untuk bertaubat, untuk membaiki diri..
benar...bila kita nak bertaubat, Allah pesan suruh kita tambah dengan kebaikan..(QS 25:70)
moga-moga dengan kebaikan tersebut dapat menolak kebatilan dalam hidup kita.
cuma kadang-kadang niat seseorang untuk bertaubat itu terhalang kerana dia merasakan sudah tiada ruang untuk dirinya untuk melakukan kebaikan..
terasa dirinya sudah terlalu dipenuhi dosa sehinggakan tidak layak untuk membuat kebaikan yang besar pada orang lain..
disinilah letaknya titik mula permasalahan kita...
bila kita kata ingin buat kebaikan, apa yang selalunya kita fikirkan..??
"Janganlah kamu mencela apa jua perkara kebaikan (yang dilakukan) , walaupun hanya sekadar seseorang bertemu saudaranya dengan wajah yang senyum dan riang." (HR Ahmad)
selalu bila kita terdetik nak buat baik, kita akan terus memikirkan sesuatu yang besar..
1st thing yang akan ada kat mind kita, "Aku nak menginfakkan seluruh harta dan masa aku untuk Islam".."aku nak stop buat itu..ini..bla..bla..'
macam-macam perkara yang besar dan dahsyat terlintas kat kepala kita..
bila sampai ke bahagian mempraktikkan apa yang difikirkan, kita gagal..
lalu kita pun kecewa, kononnya kita tak layak nak berubah, tiada chance nak jadi baik..etc...etc..
hakikatnya, sering kali kita terlepas pandang kebaikan-kebaikan kecil yang sebenarnya mampu untuk kita lakukan..
kita rasa kebaikan-kebaikan kecil yang dapat kita buat "belum cukup baik untuk dikira baik"..
malah bila kita nak berubah, kita terus mengejar sesuatu yang besar, sehingga kita melupakan perkara-perkara yang mampu untuk kita lakukan itu..
seperti yang Rasulullah saw pesan, jangan remehkan apa2 pun kebaikan walaupun hanya dengan bermanis muka..!
ya..senyum pagi petang siang malam kat kawan kita, itu sudah dikira sebagai kebaikan yang bukan sahaja diiktiraf oleh JAKIM, tapi turut diiktiraf oleh Allah...
malah senyuman itu disisi Allah nilainya tinggi, walaupun pada pandangan manusia, senyuman itu bukanlah satu benda yang besar..
bukanlah bermaksud kita tidak boleh mengejar benda yang besar dan tidak boleh bercita-cita tinggi..tidak..!
tapi kadang-kadang dalam kita mengejar benda2 dan cita2 besar, kita terlupa untuk melakukan perkara2 yang kita pandang kecil..
sedangkan perkara-perkara kecil sebegitu sebenarnya mampu untuk memberi impak yang besar.,.
bila kita nak berubah ni, start dengan sesuatu yang simple dulu, yang mampu untuk kita lakukan..
insyaALlah..kebaikan2 kecil itu akan menambah iman kita sekali gus memberi kita kekuatan untuk melakukan sesuatu yang lebih besar..
contohnya, bila kawan kita balik rumah, kita nampak dia..maka tegurlah.."pergi mana tadi..??".."dah balik dah..??".."best tak tadi..??"
janganlah buat seolah-olah kawan kita tu invisible..dia ada depan kita tapi kita buat2 tak tahu..buat2 tak nampak..
ea..kebaikan ini nampak kecil, tapi hakikatnya ea memberi satu kesan yang besar....
ia menunjuk wajah islam itu..bila kita yang membawa islam itu sombong, maka sombonglah jadinya islam itu dipandang orang itu..
maka semakin sukarlah untuk kita menjalankan dakwah kan..??
sama juga bila kawan kita buat kebaikan, maka hadirkanlah pujian yang selayaknya..
jangan kedekut dengan pujian, dan jangan pula berlebih-lebihan..(takut kita menyumbang kepada keriyakan kawan kita)..
ea..saya tahu nampak kecil kebaikan ini, tapi insyaAllah impaknya akan berkesan..
mana tahu dengan pujian kita yang sedikit itu menggalakkan lagi dia untuk melakukan kebaikan dan mendekatkan diri pada islam kan..??
kesimpulannya, Allah sangat sayang kat hambaNya...sayang sangat2..!
Allah tahu kemampuan kita, dan Allah tahu niat yang ada dalam hati kita..
sehinggakan, sekecil-kecil senyuman itu pun ALlah kira, apatah lagi kebaikan-kebaikan lain yang kita pandang remeh dan kecil itu..
ya..mungkin kebaikan itu kecil di mata manusia, namun nilainya BESAR di mata Allah..as long as kita ikhlas melakukannya..
jadi bila kita terfikir nak buat baik, jangan hadkan pemikiran kita pada sesuatu yang besar semata-mata...
banyak sebenarnya perkara-perkara kecil yang sebenarnya belum kita langsaikan...
insyaALlah..sama-sama kita mencari keredhaan Allah dengan memperbanyakkan kebaikan..=)
Allahu ta'ala a'lam..=)
No comments:
Post a Comment