Monday, March 14, 2011

I'm muslim, I'm OK..! ^^





بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

semenjak dua menjak ni cuaca di poland sangat indah..
matahari memancar dengan baik..angin bertiup sepoi-sepoi bahasa..
keluar rumah terasa nyaman, hilang segala keluh kesah..
subhanallah..Allah membenarkan kita untuk merasai nikmat tenang dan damai ini disaat mereka di Jepun sedang berada dalam kesusahan akibat tsunami..
dan juga disaat beberapa negara islam timur tengah yang masih belum aman, mempertahankan hak mereka sebagai rakyat...
mengajar kita erti syukur, syukur akan nikmatNya yang tak pernah putus...
syukur kerana kita masih lagi dikurniakan iman dan akal untuk memerhati dan menghayati segala kejadian alam yang berlaku di dunia..
syukur kita masih lagi dikurniakan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar serta hati untuk menilai tanda-tanda kebesaran Allah..
astaghfirullah..terlalu banyak yang kita terima..namun sayang sekali terlalu sedikit yang kita beri...
insyaAllah..sama-sama kita berusaha mendekatkan diri kepada Illahi~


"Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;

Dan Aku bersumpah dengan jiwa yang selalu menyesali (dirinya sendiri);
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat)."
(QS 75:1-5)


"ramainya orang islam, namun tidak nampak islamnya.." kata-kata Yusof Qardawi.
itulah hakikat umat islam kini...
tiadanya izzah (bangga) dalam diri kita..
mudahnya bibir ini untuk menyatakan bahawa "I am muslim"..
namun sukarnya untuk kita menzahirkan pada amalan kita, kepada anggota kita..
maka lafaz "I am muslim" itu seolah-olah tidak bernyawa, seakan-akan hanya slogan kosong...
malah akhirnya kata-kata kosong itu mendatangkan fitnah kepada islam..
kerana islam itu dinilai kepada perilaku kita yang menggelarkan diri kita sebagai muslim ini..
dan atas kegagalan kita membawa imej islam itu, maka islam kini dipandang hina, malah salah faham mengenai islam semakin berleluasa...

sukarnya kita bangkit menuju ustazatul alam bukan kerana kalahnya kita dari segi bilangan..
malah bukan juga kerana sudah tiada cendiakawan islam yang cemerlang...
tapi kerana kualiti kita, nilai islam pada diri kita terlalu sedikit, sehingga mampu untuk dikaburi oleh imej-imej yang selainnya..
umat kita kini terlalu malu apabila orang memandang kita berimejkan seorang muslim atau muslimah, tetapi bangga apabila pakaian dikatakan sebagai 'up-to-date" walaupun tidak menutup aurat dengan sempurna ..
segannya kita untuk berhujah menggunakan Al-Quran dan As-Sunnah, tetapi bangganya kita untuk melaungkan hujah-hujah yang kononnya mengikut perkembangan semasa dan logic akal...
gusarnya kita untuk meluangkan sedikit masa seharian untuk membaca kitab-kitab atau blog agama, tetapi tenangnya kita untuk membuka facebook, movie, dan twitter selama berjam-jam..
takutnya kita untuk menghadiri majlis-majlis ilmu, tetapi dengan bahagianya kita mampu memenuhi ajakan-ajakan ke parti-parti yang penuh maksiat..
bersusah payah kita stay up setiap malam semata-mata untuk menghabiskan buku biochem, tetapi tidak sanggup rasanya walau setengah jam untu membuka buku hadith 40..
sedihnya kita apabila gagal peperiksaan university, tetapi tidak ada sedikit kekesalan pun dihati kita apabila gagal menghadapi ujian duniawi yang Allah berikan kepada kita..
tiada kesal dalm diri kita bila hati ini selalu gagal untuk zikr kepadaNya, tiada kesal kerana solat diakhir waktu, tiada kesal kerana tidak mengamalkan islam sepenuhnya...

Ya...berjayanya kita sebagai seorang pelajar, sebagai seorang yang bekerjaya, namun gagalnya kita sebagai seorang muslim..!

tidak sedarkah kita akan semua ini..??
usah nafikan..hakikatnya 90% daripada umat islam kita kini menyedari hakikat ini..
menyedari hakikat bahawa kita sudah jauh..ya..sudah terlalu jauh dari pegangan islam yang sebenar...
tapi apa yang membuatkan kita enggan untuk berubah..??
BIMBANG..TAKUT..GUSAR..
ya...kita bimbang jika islam yang kita pilih, maka kita terpaksa meninggalkan kehidupan kita yang terasa cukup indah kini..
kita takut jika islam yang kita pilih, kita terpaksa korbankan kegembiraan dan keseronokan kita semata-mata untuk mendekatkan diri kepada IIlahi..
kita gusar, jika kita ubah diri kita sekarang, kita tak akan konsisten, nanti kita akan kembali kepada jahiliyah..
jadi kita tak berani untuk membuka langkah untuk berubah..kita tidak mencuba sekalipun untuk membuka langkah..
malah kita bangga untuk mengatakan bahawa kita tidak mahu berubah...
masyaallah..ini alasan kita bukan..??
tapi muhasabah kembali diri kita..
kejamkah Allah itu..?? untuk meninggalkan kita sendirian tanpa menghadirkan rasa tenang dan bahagia kepada hamba-hambanya yang ingin kembali kepadaNya..??
adakah Ar-Rahman dan Ar-Rahim itu akan membiarkan kita terumbang-ambing ketika kita ingin merapatkan diri kepadaNya..??
adakah Allah tidak akan membantu kita andai kata suatu hari kita lemah dan jatuh..??
dan persoalan yang paling penting untuk kita fikirkan,
pastikah ada hari esok untuk kita berubah..?? yakinkah kita bahawa kita masih ada masa untuk menangguhkan usaha kita untuk mendekatkan diri kita kepadaNya..?? sejauh mana keyakinan kita bahawa sedetik selepas ini masih milik kita atau tidak..??

itulah kita sebenarnya...
kita yang bangga menyebut diri kita sebagai seorang muslim...
jika ditanya kepada seorang mat rempit, apa agama anda, mudah sahaja untuk dia berkata "saya orang islam bai.."
bila dikatakan, rempit ini pergaulan bebas, tak menepati syariat islam, akan dijawab kembali " rempit rempit jugak der..gua tetap islam"
maka wujudlah satu imej muslim rempit, dengan pergaulan bebas dan pakaian yang mendedahkan..
akhirnya islam kini dipandang sebagai islam yang tak konservatif...
islam kini sudah terbuka, umatnya mampu mempertahankan aqidah tanpa perlu beramal dengan ajaran islam..
dan timbullah istilah islam tok kaduk dan islam moden..
nauzubillahiminzalik...terlalu banyak fitnah islam itu yang datangnya dari umatnya sendiri..

Islam itu indah..sangat indah...
dan sebenarnya apabila kita mengamalkan islam itu dengan sebenar-benarnya, keindahannya pasti akan terpancar juga kepada orang yang melihatnya...
usah biarkan perasaan malu, perasaan takut dan bimbang, serta perasaan malas itu untuk mengatasai iman yang masih Allah kurniakan kepada kita..
tiada apa yang perlu dimalukan untuk mengamalkan islam secara keseluruhannya, malah sepatutnya kita bangga, izzah kerana kita berbeda dengan mereka yang jahil itu...

mengapa kita susah sekarang..?? kerana islam itu belum tertegak...
dan kenapa islam belum tertegak..?? kerana kita sebagai muslim itu sendiri tidak mempertegakkan amalan islam..
jadi mengapa kita merasai susah untuk mengamalkan islam sekarang..?? ya, kerana kita yang enggan mengamalkannya..

ayuh kawan-kawan, gerakkan jenteramu untuk menghiasai diri dengan amalan islam yang sahih..
benar, perubahan tidak berlaku dalam sekelip mata..
namun, jika kita tidak mula melangkah, malah tidak cuba pun untuk menggerakkan kaki untuk melangkah,
sehingga mata tertutup pun belum tentu kita akan berubah..
janganlah sehingga pada saat tubuh terbujur kaku, Allah bukakan hijab kita terhadap dosa-dosa kita, yang tinggal pada saat itu hanyalah kekesalan yang tak sudah..nauzubillahiminzalik..

Allahu taala a'lam..

"Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -“Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan”. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)." (QS 23:99-100)

No comments:

Post a Comment