بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟
Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

~manusia, sedih dan sakit tak pernah terpisah sejak kecil lagi~
"kenapa bila orang cakap pasal agama saja, mesti nak kaitkan dengan kelukaan, kesakitan, ketidakgembiraan, kepahitan..? susah sangat ke agama tu..? tak akan Allah nak seksa hidup hamba yang nak dekatkan diri kepada Dia..betul tak..??"
"..errrr..."
Ohh..saya ada satu disorder yang memang tak boleh nak ditangani sampai sekarang..
iaitu disorder dalam menjawab soalan-soalan secara oral..
bila orang tanya saya soalan, sama ada ianya academic atau agama atau apa2 sahaja, mudah sahaja saya kena tachycardia (increasing of heart rate above the normal rate), lalu blank sebentar, cuba untuk jawab tapi jawapan yang keluar pasti entah apa2..
berlalu sahaja orang yang bertanya itu, saya akan berfikir2 sejuta kali, diam dan muhasabah diri, layan perasaan, then tup2 dapat jawapan!
arghh..stress sikit sebab by that time, orang yang bertanya dah tak minat pun nak tahu jawapan..huhu..=_=
soalan diatas, ya2..saya juga pernah memikirkannya dahulu...
dan kerana itu jugalah saya rasa sebabnya mengapa ramai orang enggan mengikuti jalan ini..
jalan yang diikuti oleh orang2 yang beriman..
jalan yang diredhai Allah..
jalan yang ditunjuki oleh Rasulullah saw..
kerana mostly orang yang berada pada jalan ini akan mengatakan bahawa, jalan ini tak akan sunyi oleh ranjau onak dan duri yang akan menimpa bertubi-tubi tanpa henti ibarat anak panah bla bla bla..(ok over sikit kat sini)
maka kita pun jatuh takut..takut kegembiraan sementara yang kita kecapi ini akan hilang...
dan jawapan saya YA..tak boleh nak lari dari kenyataan yang jalan ini ada sakit dan pedihnya..
tapi hakikatnya, hidup kita sebagai manusia itu sendiri tidak pernah jemu dengan istilah sedih, pahit, luka etc,,etc,,
kalau nak ikutkan, semua manusia ada masalah, ada ketidaksenangan..
lagi2 apabila kita sudah memasuki zaman dewasa, zaman yang akan mentarbiyah diri kita untuk menjadi lebih matang..
tidak kiralah sama ada kita ikut atau tidak jalan yang Allah redhai ini, kita tetap akan berhadapan dengan dugaan hidup...
yang akan menguji sejauh mana kita mampu untuk hidup tanpa pergantungan kepadaNya..
kenapa Allah turunkan ujian..??
kerana syurga itu sangat best..! best yang teramat-amat..!
sebab itu semakin dekat langkah kita untuk ke syurga, semakin kuat dugaan yang bakal kita terima..
sebab ganjaran yang paling best perlu diberi kepada mereka yang layak mendapatnya...betul tak..??
sama macam kalau nak jadi juara fear factor..
makin banyak pusingan kita lepas, makin besar cabaran yang kita terima...
kerana apa..?? kerana hanya yang layak boleh digelar juara..
cuma akan ada perbezaan antara mereka yang beriman dan mereka yang tidak dalam menghadapi dugaan yang Allah dah sediakan untuk kita sejak azali lagi..
iaitu orang yang beriman akan sentiasa merasai kemanisan iman itu melampaui kepahitan dugaan, mehnah dan fitnah yang diterimanya..
manakala yang tidak beriman pula akan terumbang-ambing mencari cara untuk melepaskan kesedihan, dan akhirnya, membuatkan mereka bergantung kepada sesuatu yang rapuh, yang tidak kekal..
sama seperti jus mengkudu dan madu..
ibaratkan jus mengkudu itu seperti dugaan hidup, dan madu itu iman..
bayangkan kita perlu minum jus mengkudu hari-hari untuk hidup..
kita minum, terasa pahitnya..tak sedap..! tapi nak tak nak kita kena minum juga..
maka kita pun mencari cara apa yang boleh hilangkan pahit hempedu itu..
orang yang tidak beriman tidak nampak cara apa yang sesuai..lalu mereka tambah air, kasi tawar sedikit jus itu..lalu diminum..mereka rasakan bahawa cara mereka cara yang terbaik sekali..
bagi orang yang beriman pula, mereka dibekalkan dengan madu...
ditambah sedikit madu pada jus itu, rasa manisnya mengatasi kepahitan, meskipun pahit itu masih ada..
maka ditambah dan ditambah lagi madu itu sehinggalah at last, lenyap rasa pahit itu, yang ada hanyalah manis madu..
dengan mudahnya mereka minum kerana terasa kemanisannya walaupun hakikatnya yang diminum itu adalah jus mengkudu..
begitulah manusia yang tak akan pernah terpisah dari gelora hidup..
hakikatnya cubaan dan dugaan hidup yang Allah tetapkan pada kita ada kebaikan untuk kita..
untuk mendidik diri dan jiwa kita supaya menjadi lebih baik..
sama seperti jus mengkudu tadi yang pahit, namun dapat memberi banyak khasiatnya pada diri kita..
bagi yang tidak beriman, mereka tetap akan merasai dugaan hidup, kepahitan dan kelaraan jiwa..
namun sayangnya, mereka gagal untuk mengharunginya, malah mereka seolah-olah mendapat DUA kegagalan..
pertama, gagal kerana silap memilih jalan menghadapi dugaan hidup..
kedua, gagal mendapat ibrah dan kebaikan yang Allah telah sertakan bersama dugaan tersebut..
berbeza bagi mereka yang beriman..
mereka yang beriman juga tidak akan terlepas dari mehnah dan cubaan yang akan datang kepada mereka..
namun, kerana kebergantungan mereka yang kuat kepada Allah, mereka akhirnya mendapat TIGA kejayaan..
kejayaan kerana Allah tunjuki mereka jalan yang benar, jalan yang Allah redhai, jalan yang mendekatkan mereka ke syurganya...
kedua, mereka akan mendapat kejayaan kerana mereka akan merasai keberkatan yang Allah hadirkan bersama ujian tersebut, yang menjadikan mereka selangkah kehadapan, ke arah menggapai redha Allah..
sama seperti dengan nikmat manis madu yang dirasa, khasiat dari jus mengkudu turut mereka perolehi..
dan mereka juga akan mendapat ganjaran dari Allah atas ke"istiqamah"an mereka untuk tetap teguh berpegang pada agama Allah..
itulah dia orang beriman..
yang mana dalam hatinya ada lautan cinta kasih dari IIlahi..
yang memberi mereka kekuatan untuk terus menghadapi jalan yang penuh liku...
yang mana semakin kuat dugaan yang mereka hadapi, semakin kuat kebergantungan mereka terhadap Allah..
sehinggakan akhirnya kepahitan yang ada pada dugaan itu mereka tidak rasai, malah yang mereka rasakan hanya nikmat iman, manis dan tenang...
malah ada yang sehingga apabila tidak diuji oleh Allah, terasa seolah-olah dirinya terpinggir dari kasih-sayang Allah..
ya...lately terlalu banyak post pasal kesakitan, kepahitan..etc..etc...
kerana terlalu banyak benda yang perlu diingatkan pada diri sendiri..
insyaAllah..cuba untuk memberi post pasal benda lain pula..hee~

"Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”. (QS 3:173)
Allahu ta'ala a'lam...=)
No comments:
Post a Comment