Saturday, March 19, 2011

mulut yang zuhud, telinga yang setia




بسم الله الرحمن الرحيم

كيف حالك؟

Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Alhamdulillah..segala yang terkulam dah termuntah...
siapa yang menolong agama Allah, Allah akan menolongnya..
itu satu jaminan yang Allah beri kepada kita..
siapa sangka apa yang saya fikirkan sebagai masalah selama ini rupanya turut difikirkan oleh orang lain..


subhanallah...keajaiban yang Allah tunjukkan...
walau macam mana berbezanya kita, ada yang lembut, ada yang tegas, ada yang senyap, ada yang tak boleh stop bercakap, akhirnya apabila tiba kepada islam, yang berbeda menjadi satu..teguh...!
menunjukkan bahawa, dalam perjuangan islam ini, tidak kira siapa pun kita, di mana pun kita, sama ada kita pernah bersua ataupun tidak, fikrah kita tetap sama...
akhirnya apa yang kita fikirkan menuju ke arah satu matlamat yang sama..maka tidak mustahil untuk kita nampak perkara yang sama....



subhanallah..semoga hati-hati kita yang ingin berjuang ini tetap teguh pada jalan Allah..bebas dari pengaruh nafsu, perasaan2 negatif serta apa sahaja alat yang mampu menjadi alat permainan syaitan..
semoga hati-hati ini disucikan hanya dengan satu niat iaitu untuk mengejar keredhaan Allah swt...insyaAllah..

sejak dua menjak ini minat saya terhadap penulisan semakin mendalam...
saya mula sedar yang bila saya menulis saya mampu menyampaikan sepenuhnya apa yang ingin saya sampaikan..
dengan menulis saya boleh ceritakan apa yang nak saya beritahu sampai habis..
tidak perlu risaukan orang yang tidak mahu mendengar, tidak perlu gusar dengan sampukan orang lain di celah-celah kita bercakap..
sekurang-kurangnya apabila tangan ini yang berbicara, orang tahu penghujungnya..
biar pun yang membaca itu sedikit, namun lebih baik daripada saya tidak mampu untuk menghabiskan walau satu ayat pun bila saya berkata-kata...

jalan ini jalan basah...bukannya jalan kering...
jalan ini perlu dihidupkan dengan jiwa2 yang sensitif...
sensitif dengan apa yang berlaku pada persekitarannya, apa masalah2 yang terjadi pada jalannya, apa halangan2 yang kita nampak dan tidak nampak pada jalan ini...ya..! kita perlu peka..

maka untuk peka itu kita memerlukan sepasang telinga yang setia...
telinga yang mahu mendengar apabila dia tahu bahawa orang itu bakal memperkatakan sesuatu untuk bersama-sama menuju keredhaan Allah..
telinga yang tidak mudah melatah, tidak mudah berpaling apabila dia rasakan bahawa apa yang didengarnya itu sesuatu yang tidak menarik, apa yang ingin dikatakan oleh orang lain itu perkara yang temeh..
telinga yang tidak melompat-lompat, dari satu mulut ke satu mulut..meskipun mulut yang pertama belum selesai perbicaraannya..
telinga yang sabar, yang memberi peluang mulut2 lain untuk menyampaikan apa yang ingin disampaikan sehinggalah ke penghujung cerita..bukannya hanya sekadar dua tiga perkataan..

antara telinga dan mulut....
saya pernah bertanya kepada kaunselor saya dahulu..
"kenapa ada mata lihat, ada telinga dengar, ada mulut diam..?"
dan kaunselor saya menjawab, " kerana apabila mulut terlalu banyak berbicara, telinga akan hilang sensitivenya untuk mendengar, dan mata akan terlepas pandang.."
benar..seronok dapat bercakap..saya pun suka bercakap...
sebab segalanya kita dapat ekspress dengan mudah bila kita berkata-kata..
tapi pada satu-satu keadaan kadang-kadang menuntut kita supaya memberi peluang orang lain menyampaikan apa yang ingin disampaikan...
satu keadaan yang mana kita diminta supaya menyediakan telinga, serta membuka mata...
kerana mungkin apa yang ingin disampaikan itu, kedengaran seperti tidak penting, kecil, tidak membantu, tetapi rupa-rupanya itulah perkara yang selama ini kita terlepas pandang..
atau sesuatu yang berlaku depan mata kita, tapi kita tak terpikir untuk take note mengenainya...

sesuatu yang kecil bagi kita mungkin sesuatu yang besar pada orang lain..
sasuatu yang kita pandang remeh, mungkin sesuatu yang mengganggu fikiran orang lain..
sebagaimana kita mahu diberi peluang untuk mengatakan apa yang kita fikirkan, berilah juga peluang itu pada orang lain...
berilah peluang pada orang lain untuk turut sama merasa bahawa apa yang aku fikirkan ini membantu islam..
meskipun bantuan yang diberi hanya kecil...namun keinginan dan semangat untuk orang itu bergerak itu perlu kita ambil perhatian..
jangan dibantutkan keinginan mereka hanya kerana telinga kita yang enggan setia serta mulut kita yang tidak mahu mengalah..
jangan kerana adanya perasaan bahawa apa yang aku fikirkan lebih besar, idea2ku lebih hebat maka apa yang engkau fikirkan ini benda temeh, jadi aku tak mahu ambil peduli..

ya..bagi saya ini semua adalah common sense yang ada pada semua orang,,
ketika orang lain berbicara, benarkan mereka berkata-kata sehingga dia meletakkan full stop pada ayatnya..
jangan tergopoh gapah menilai dan membuat conclusion sebelum sempat orang tersebut menghabiskan kata-katanya...
jika mahu diri kita dihormati, maka hormatilah orang lain...
dan saya percaya pentingnya benda ini bagi seorang daie..
kerana daie yang tidak mampu mengawal bibirnya dan enggan menyediakan telinganya akan hilang sensitivenya..
akhirnya banyak perkara yang kita akan terlepas pandang..

maka zuhudkanlah mulut ini, ajarlah telinga ini erti kesetiaan..
semoga Allah meredhai kita..

Allahu taala alam..

No comments:

Post a Comment