Thursday, March 17, 2011

ujian limpahan





بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Ditelan mati emak..diluah mati bapak..
basically itu apa yang saya rasa sekarang..
tak beritahu yang benar, diri susah nak bekerja..
nanti beritahu, kata emo pulak..=_="
jadi nak buat macam mana..??
kita kulam je la...
saya percaya kepada tawakkal..
letakkan sepenuh pergantungan kepada Yang Esa..
Yang Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib..
yang mengetahui perkara2 yang kita tak nampak..ataupun perkara2 yang kita terlepas pandang..
dan saya percaya bahawa Dia akan memberi apa yang terbaik pada masa yang terbaik..
Dia jugalah yang akan menunjukkan kita jalan yang terbaik..
insyaAllah..mungkin belum masa yang sesuai untuk meluahkan...
dan mungkin juga lebih baik untuk tidak meluahkan...
pendirian saya kini, kita tunggu dan lihat...
Allah beserta dengan orang-orang yang sabar...insyaAllah..=)


nikmat..! duduk depan cermin, pandanglah diri kita dari atas ke bawah..
nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan..??
semuanya nikmat...!
mata, hidung, mulut, pipi, rambut, kaki,badan, tangan, lesung pipit..
semuanya adalah nikmat yang Allah berikan tak terkira harganya pada kita..
cuba bayangkan kalau kita kehilangan salah satu dari nikmat tersebut..
contohnya, lesung pipit, kan ke dah tak comel...
hilang mata, macam mana nak mentadabbur alam..
hilang kaki, macam mana nak pergi usrah..
hilang tangan, macam mana nak masak, nak basuh baju, nak tulis..etc..etc..
itu baru nikmat anggota..
belum lagi nikmat organ dalaman, nikmat persekitaran kita, nikmat wang ringgit, kejayaan, baitul muslim...
oxygen pun nikmat jugak tu..
semuanyalah..adalah nikmat..!
subhanallah..bila dipikirkan balik, terlalu banyak rupanya nikmat yang Allah bagi kat kita..
nikmat yang selalunya jarang kita sedari sampailah ke masa yang Allah takdirkan untuk kita kehilangannya, barulah kita terasa payah untuk hidup tanpanya..

ada dua tahap nikmat ini sebenarnya..
satu nikmat untuk mencukupkan diri kita bagi menjalani kehidupan seharian kita...
contohnya, oxygen, jari kita, sebahagian dari elaun kita, baju dua tiga helai..etc..etc..
ada nikmat pula yang Allah bagi sebagai limpahan, lebih daripada keperluan..
dan itulah yang dinamakan ujian..ujian kenikmatan...
misalnya, kita perlukan RM5 sehari untuk hidup, tapi Allah bagi RM10 sehari, maka lebihan RM5 itu adalah ujian Allah kepada kita, ke jalan apa yang kita gunakan..
begitu juga dengan anggota kita..
macam mulut...Allah bagi kita mulut untuk makan, supaya kita ada energy, senang nak berdakwah..! heeee~
tapi yang selainnya untuk apa kita gunakan..?? untuk mengajak orang ke arah kebaikan ke..?? untuk mengumpat ke..?? untuk mencela dan bangga diri ke..??
haaa..apa lagi...ujian kejayaan pula...
kalau kat poland, markah lulus 3, markah terbaik 5..
instead of Allah bagi 3 sahaja kat kita, Allah bagi 5 kat kita...
walaupun 3 itu sudah cukup untuk kita lepas...
untuk apa extra 2 mata lagi tu..?? ya..! itulah dinamakan ujian kenikmatan...
nak uji, lepas ni kita bersyukur tak..?? kita bangga diri tak..?? kita rasa tak kejayaan kita itu dari Allah..??

haaa..itulah ujian yang jarang sekali kita nampak...
bila kita dapat nikmat ini, jarang sekali kita rasa diuji, yang kita sering rasa hanyalah rezeki..kan..??
kadang2 sehingga kita rasa yang memang akulah yang layak menerima, sebab aku telah berusaha sedaya upaya untuk itu...
maka lahirlah satu perasaan kufur..kufur nikmat..
siapa yang perasan bila Allah cakap pasal neraka, kemungkaran dalam Quran, Allah akan cakap sekali pasal kesenangan...??
angkat tangan..!! betulll...tak caya..tengok ni...

Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (ugama Allah)..............Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan ugama Kami)? -(QS 68: 8 & 14)

Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata. (Qs 42:27)

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (QS 3:185)

dan banyak lagi...~
tidak hairanlah, betapa para sahabat yang diredhai Allah dahulu sanggup untuk menyerahkan seluruh harta demi islam..
kerana betapa mereka sedar bahayanya nikmat senang, bahayanya nikmat yang berlebihan pada diri kita, iman kita dan nafsu kita..

kenapa ea bahaya nikmat senang ini..??
bila selalunya kita rasa sesuatu itu sebagai kesenangan..??
ya..bila apa yang kita ada itu more than apa yang kita perlukan..
maka berlakulah lambakan nikmat pada diri kita..
dan pada saat itulah iman dan nafsu diuji...
siapakah yang akan menunggang siapa...
jika iman yang menunggang nafsu, maka nikmat itu kita akan gunakan sebaiknya..
lebihan itu akan kita habiskan untuk jalan yang Allah redhai..
tetapi...jika nafsu yang menguasai diri, maka segalanya akan berpandukan nafsu...
alat siapakah nafsu ini..?? ya..! alat syaitan...
jika nafsu yang menjadi raja, dengan mudah syaitan akan menguasai diri kita..nauzubillahiminzalik..

jadi apa yang patut kita buat..??
usrah risau, Allah tidak pernah tinggalkan kita terumbang ambing..
Allah ajarkan kita suatu bila kita dapat nikmat...

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah),

Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -

MAKA BERTASBIHLAH DENGAN MEMUJI TUHANMU DAN MOHONLAH AMPUNAN KEPADANYA. SUNGGUH, DIA MAHA PENERIMA TAUBAT" (QS 110:1-3)


Allahu taala a'lam..=)

No comments:

Post a Comment