Tuesday, March 22, 2011

cuma kadang-kadang




بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..



~menjadi diriku dengan segala kekurangan..menjadi diriku atas kelebihanku~

bila setiap langkah yang diambil seperti tidak menunjukkan hasil...
bila segala yang dilakukan seolah sia-sia...
bila satu demi satu kegagalan datang...
membuatkan diri ini kadang-kadang terfikir...

layakkah aku untuk berada pada jalan ini...??
jika layak di mana silapnya...???
hati yang terlalu kotorkah atau dosa yang terlalu menggunung...??


mengapa kaki yang selama ini gagah melangkah terasa lemah..??
mengapa jiwa yang selama ini subur terasa layu...??
pada saat manakah salahnya...??
di tengah-tengah atau sejak awalnya lagi..??

bila direnung dalam-dalam diri ini,
kadang-kadang terfikir..
salahkah untuk menjadi diri sendiri..??
silapkah pegangan "berjuanglah dengan caramu sendiri yang engkau mampu lakukan"..??
berdosakah untuk melangkah walaupun hanya sekadar langkah yang kecil..??
bolehkah diri yang terlalu banyak kekurangan ini untuk berjuang..??
zalimkah diri ini jika keranaku usaha yang lain turut terkesan sama..??
ataukah itu yang dinamakah perjuangan bersama..??

kadang-kadang jiwa, hati dan semangat ini terasa seolah-olah mati..
tidak hidup seperti selalunya...
bukan kerana tubuh yang disakiti, bukan juga kerana harta, masa yang digadaikan...
cuma yang terkesan itu adalah hati..
bila mereka menunjukkan ketidakpuashatian...
bila tiada tanda kesenangan pada wajah mereka..
bila terasa semuanya seolah-olah tiada hasil, tiada yang menghargai..
yang membuatkan diri ini bertanya, mampukah aku..?? layakkah aku..?? betulkah perjuanganku ini..??

jika inilah yang dinamakan tarbiyah dari Illahi..
jika inilah rezeki yang Dia kurniakan kepadaku untuk tetap kembali kepadaNya..
jika inilah petanda yang Dia anugerahkan kepadaku supaya sedar akan tindakanku yang terpesong..
dan jika inilah caranya untuk mendidik jiwa ini supaya kenal erti perjuangan, supaya gagah menentang putus asa..
akan aku gagahkan kaki ini untuk tetap berjuang bersama yang lain..
kerana aku tahu Dia disini tidak pernah meninggalkanku...
meskipun langkah yang mampu ku bina terlalu kecil..
sekurang-kurangnya aku tahu bahawa aku tidak pernah berhenti melangkah..
biar sepanjang jalan ini aku hanya akan terjatuh...
akan aku bangkit berdiri kembali, dan terus melangkah sehingga ke penghujungnya..
sehingga ke saat pertemuan dengan Ya Rabb...
saat yang dinanti-nantikan oleh seorang hamba yang hina untuk bertemu dengan penciptanya..

Allahu taala a'lam.

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: BILAKAH DATANGNYA PERTOLONGAN ALLAH. KETAHUILAH SESUNGGUHNYA PERTOLONGAN ALLAH ITU DEKAT." (QS 2:214)

No comments:

Post a Comment