Tuesday, March 22, 2011

kekuatan mana lagikah yang engkau mahukan..??



بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..




merasa lemah dalam perjuangan itu adalah perkara yang sangat biasa..
syaitan mana yang pernah berhenti dari menjatuhkan kita, melarikan kita dari jalan dakwah ini..??
dan kerana kedegilan merekalah, maka kita atasi juga dengan satu kedegilan..
kedegilan yang tegar untuk tetap berjuang walau apa pun yang menimpa kita..


jatuh, kecewa, sakit hati, tiada kepercayaan, mungkin lumrah bagi sebahagian daripada kita..
betapa cantiknya tarbiyah Allah itu...
yang mendatangkan kesakitan kepada kita, supaya kita mendapat sesuatu yang lebih indah...KECINTAANNYA..
bisakah kita menjumpai sesuatu yang lebih indah berbanding yang itu..??

Ya..Dia sedang menunjukkan jalan..
menyedarkan kita bahawa..
apa yang kita lakukan masih terlalu sedikit untuk meraih kepercayaan mereka..
hati masih belum cukup bersih dari unsur-unsur selain dariNya..
apa yang dilakukan masih belum cukup baik untuk merasa selesa dan bersenang lenang..
Ya...Dia menyalurkan semangat untuk kita berusaha lebih baik demi mencapai cintaNya..
Dia sedang melatih diri yang baru bertatih ini erti zuhud, tidak bongkak, tidak mudah berbangga diri..
ya..kita sedang ditarbiyah oleh Allah..
maka mengapa perlu berlarutan duka citanya..?? mengapa perlu lagi memendam rasa..??

siapakah yang selama ini memberi kekuatan untuk melangkah jika bukan Dia..??
siapakah yang sepanjang perjalanan ini tetap teguh memberi sokongan jika bukan Dia..??
maka bila sudah jatuh begini, kekuatan mana lagi yang diharapkan jika bukan kekuatan dariNya..??

kita kadang-kadang tercari, di manakah kekuatan yang dijanjikan itu..??
maka kembalilah kepada matlamat asal...
matlamat pada saat mula-mula kita berazam untuk berjuang...
apa yang kita inginkan..?? untuk apa sebenarnya perjuangan kita..??

"Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan."
(QS 18:103-104)

kadang-kadang kita rasa kita sudah berjuang...benarkah kita..??
kadang-kadang kita rasa kita sudah lakukan yang terbaik...betulkah apa yang kita rasa itu..??
kadang-kadang kita rasa kita sudah cukup mensucikan niat kita hanya keranaNYa, tiada yang lain...yakinkah kita..??

alangkah sedihnya jika perjuangan yang kita rasa kita sudah buat sehabis baik ini akhirnya menjadi sesuatu yang tiada nilainya di sisi Allah..
kerana apa..?? hanya kerana terselitnya duniawi di celah-celah urusannya, sedangkan kita rasa apa yang dilakukan sudah seikhlas mungkin keranaNya..

jika benar ianya hanya kerana Allah,
mengapa perlu bersedih bila ada yang tidak menghargai usaha kita..
jika benar ianya tulus hanya untukNya,
mengapa perlu kecewa jika masih ada yang belum percaya akan diri dan kebolehan kita..
jika benar ikhlas itu benar-benar wujud,
mengapa perlu merasa lemah jika sering kali terjatuh dan gagal..
jika benar ini segalanya suci, hanya ada Dia,
mengapa perlu merasa malu apabila kerja diperlekehkan dan orang memandang serong..
jika hanya Allah matlamat kita,
mengapa perlu dirunsingkan dengan pandangan manusia..

bukankah kita yang yakin bahawa perjuangan kita suci hanya buatNya..??
bukankah kita sudah melakukan yang terbaik, dan Allah sedang menilai usaha-usaha kita..??
bukankah kita sekarang ini sedang berjuang untuk menggapai cintaNya, jadi mengapa perlu berasa lemah bila diuji jika kita tahu dipenghujungnya ada kerehatan yang abadi buat kita..??

dan disitu kita akan berjumpa kekuatan kita..
kita ada Allah..! subhanallah..!
sering sahaja kita terlepas pandang..
kerana apa..?? kerana yang dikejar selalunya cinta manusia, bukan cintaNya..

Alhamdulillah..tanggal 6.45 petang hari ini saya mendapat nafas baru..
selepas berkata-kata dengan seorang sahabat..
yang menyedarkan saya erti ukhwah bukanlah terletak kepada berapa banyak masa yang dihabiskan untuk kita gelak ketawa bersama..
tetapi letaknya ia pada semangatnya yang sentiasa ada menemani kita sepanjang perjuangan ini..

Alhamdulillah..! Aku ada Allah...dan aku ada mereka bersamaku..!

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)." (Qs 43:67)

Allahu ta'ala a'lam..=)

No comments:

Post a Comment