Tuesday, March 15, 2011

siapa yang lebih hebat?





بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

"(Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!" (QS 79:27)

di suatu bilik yang hening dan damai...
berlakulah suatu sesi perdebatan di antara penghuni bilik itu mengenai kehebatan masing-masing:

A : Engkau tahu tak siapakah yang lebih hebat di antara kita..?
B : Mestilah aku. aku pandai berkata-kata, setiap apa yang aku katakan, pasti dapat memukau hati orang yang mendengar. Jika aku berkata tentang sesuatu, pasti dengan mudah orang akan percaya dan mengikutku.
A : Tetapi aku lebih hebat. Aku pandai menulis. Tulisanku ibarat nyawa yang mampu menghidupkan jiwa-jiwa yang membacanya. Siapa yang membaca tulisanku pasti aku tersentuh hatinya, malah akan terkesan di dalam hidupnya.

B : Ahh...aku tetap lebih hebat. Kakiku ini kaki yang terbaik sekali di padang abad ini...sekali tendang, pasti masuk gol..setakat untuk mengalahkan musuh, bukan suatu kesukaran bagiku.
A : Aku apa kurang hebatnya. Aku pandai dalam kira-kira. Dahulu aku pelajar terbaik ilmu hisab di sekolah. Hanya sesaat melihat nombor, pasti akan ku temui jawapannya.
B : Engkau tidak semahirku dalam berkomputer. Aku antara orang yang terhebat dalam menggunakan teknologi. Katakan apa sahaja teknologi terbaru, pasti aku dapat menggunakannya dengan baik. Setakat mengubah suai blog, membuat video, logo, mengedit gambar, semua itu dalam genggamanku...muahahaha..
A : Tetapi engkau tidak sehebat dalam hafalan sepertiku. Aku mampu menghafal banyak bahan bacaan di dunia ini dengan baik. Malah aku mengenali lebih ramai tokoh2 dunia berbanding engkau.
B : Kali ini pasti engkau kalah. Aku pandai dalam masakan. Masakanku mempunyai aroma yang sangat harum. Sesiapa sahaja yang menghidunya pasti ingin mencubanya. Malah rasanya juga sangat mengkagumkan. sehinggakan chef terhebat di dunia ini pun pasti akan terpaku dengan kesedapan masakanku. Malah engkau juga turut mengiktiraf masakanku..Akulah yang paling hebat sekali..!
A : Ahhh...Aku yang hebat..!
B : TIDAK..! AKU LEBIH HEBAT..!
A : AKULA...!
B : AKU..!
A : ENGKAU TAK HEBAT. AKU YANG SEBENAR-BENAR HEBAT
B : EH PERASAN PULAK. AKU YANG HEBAT...!
A : AKU..!

C yang dari tadi senyap, mula bersuara.

C : kedua-duanya belum cukup hebat.
A dan B : haaaa...??! (serentak)

C : benar, kamu berdua belum cukup hebat..!
A : Wahh3...asal pulak..?? habis siapa yang hebat..?? kamu ke..?? tak kan la...

C : tidak..aku juga tidak hebat. malah aku tidak sehebat kamu berdua..
namun begitu kamu berdua belum cukup hebat lagi..
benar kamu hebat kerana kamu pandai berkata-kata, namun Sang Pencipta mulut yang mampu berkata-kata itu lebih hebat dari kamu.
Ya kamu hebat kerana kamu pandai menulis dan memasak, namun Sang Pemberi tangan yang kamu banggakan itu lebih MAHA hebatNya dari kamu.
Memang kamu hebat kerana kamu handal dalam bersukan, namun Yang Maha Pemurah yang memberikan kamu kaki untuk kamu berlari dan mengalahkan musuh itu jauh lebih hebat daripada dirimu.
Mungkin kalian hebat kerana mampu menggunakan IT, mampu mengira, pantas menghafal, namun tidak mungkin dapat mengatasi kehebatan Pencipta akal geliga yang kalian gunakan itu.

Kalian rasa kalian sudah cukup hebat..
Dan tahukah kalian apa yang lebih hebat..??
Yang Maha Hebat yang menciptakan kalian yang mampu menjadi hebat ini..

B : ok2..memanglah Allah Maha Hebat. Tapi kita tengah cerita pasal kita.Kita yang berada di sini sekarang ni..dalam bilik ni haa...
C : Pernahkah Allah meninggalkan kita..??

Terdiam.

********************************

Subhanallah..banyak rupanya kurnian yang telah Allah berikan kepada kita.
Selepas satu nikmat kepada satu nikmat, yang akhirnya membuatkan kita mampu untuk hidup dengan baiknya di bumi yang juga milik Allah ini.
Mungkin apa yang ada pada kita tidak sama dengan mereka disekeliling kita..
Namun disamping keterbezaan kita ini, kita tetap mempunyai kelebihan yang Allah dampingkan bersama kita.
Malah nikmat yang kita terima lebih banyak berbanding amalan yang kita beri kepadaNya.
Sudahkah kita menggunakan nikmat kurnaan Allah itu dengan sebaiknya..?

Sebanyak mana nikmat dan kelebihan yang Allah beri kepada kita,
sebanyak itu jugalah datangnya kebanggaan dan kejayaan yang datang tanpa henti.
YA..kejayaan itu adalah rezeki.
Tetapi jangan lupa, kejayaan itu juga adalah ujian.
Ujian sejauh mana kita bersyukur terhadap kurniaan Illahi..
Dugaan setakat mana kita kenal erti syukur yang sebenar..
Sudah cukupkah kita bersyukur dengan rezeki yang telah Dia berikan kepada kita..?

Kejayaan demi kejayaan datang kepada kita.
Setiap kali ia tiba, maka mulut kita tidak henti mengucapkan syukur.
Syukur kerana Dia Yang MAha Pengasih itu tidak pernah lokek memberikan kejayaan kepada kita.
Namun dalam masa yang sama sering sahaja kita alpa untuk memulangkan kejayaan ini kepadaNya.
Kerap sahaja kita lupa untuk mentarbiyah hati, bahawa kejayaan yang kita miliki kini 100% milik Illahi.
Bukan kerana kita yang pandai berkata-kata, bukan kerana kita yang hebat, bukan kerana kita yang mampu menulis dengan baik, bukan kerana kita yang pandai menghafal, bukan kerana kita yang punyai banyak kelebihan berbanding yang lain.
BUKAN..! semuanya kerana Dia..Dia yang tidak pernah berhenti untuk memberi.
Namun hati yang rapuh ini sering sahaja tersasar. Lupa akan hakikat yang sebenar. Kerana terlalu besarnya perasaan bangga dalam diri kita ini. Sehingga kita lupa kepada Sang Pencipta jiwa yang hebat ini..!
Sudah cukup hebatkah kita...??

"Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?" (QS 51:20-21)

Allahu taala a'lam.

No comments:

Post a Comment