بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟
Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..
hidup kita ini sudah terlalu banyak diisi dengan perkara duniawi..
sehingga kita terasa janggal untuk melakukan perkara2 ukhrawi..
terasa janggal untuk membaca Al-Quran, terasa janggal untuk duduk sebentar bersama rakan2 selepas solat untuk saling mengingatkan, terasa janggal untuk solat sunat, terasa janggal untuk membuka buku2 agama..
ya..terasa janggal apabila sesuatu itu dikaitkan dengan agama..
malah hal2 agama seolah-olah dianggap perkara2 sampingan, perkara yang dibuat bila ada kelapangan..
bila tiada kelapangan, maka tenggelamlah kita dalam kesibukan dunia kita yang entah bila akan berhenti sibuknya..
sehinggalah ke saat bila badan ini telah hilang keupayaannya, barulah disaat itu mahu menghampiri Illahi..
persoalannya, samakah kemampuan kita pada waktu itu dengan waktu kita sekarang ini..??
mampu lagikah untuk kita berdiri mengerjakan qiyam dan solat2 sunat..??
mampu lagikah untuk kita membaca dengan lancarnya setelah nikmat penglihatan kita ditarik oleh Allah..??
kuat lagikah ingatan kita untuk menghafaz ayat Al-Quran kala itu..??
kerana itulah perlunya untuk kita memerhati 5 perkara sebelum lima perkara..
insyaAllah..sama-sama kita muhasabah kembali diri kita..^^
Allah jadikan manusia ini sebagai sebaik-baik kejadian...
dan disebabkan itu kita perlu izzah (bangga) dilahirkan sebagai seorang manusia..
kerana dalam banyak2 makhluk yang Allah ciptakan, Allah telah mengangkat kita satu darjat lebih tinggi berbanding yang lain..
dan kerana itu jugalah, segala perbuatan kita perlulah menunjukkan yang kita ini sebaik-baik kejadian..
apa yang dimaksudkan dengan sebaik-baik kejadian..??
mudah sahaja..buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang..
kalau kita buat apa yang Allah larang, sengaja atau tidak, maka bertaubatlah...
pintu taubat Allah terbuka luas untuk kita, tinggal kita yang hendak bergerak ke arahnya atau tidak..
bertaubatlah kita selagi mana sempat, sebelum Allah kembalikan kita kepada sehina-hina kejadian..nauzubillahiminzalik..(At-Tin : 5)
hakikatnya sesama kita ini sangat berbeza..
berbeza dari segi rupa, minat, kegemaran mahupun sikap..
ada orang yang tiada perasaan, ada orang yang emo, ada orang yang sabar, ada orang yang baran..
jangan risau, semuanya tetap sebaik-baik kejadian..
kerana setiap kita ini ada peranannya di muka bumi ini..
maka perbezaan kita ini hakikatnya adalah ujian buat kita..
ea..ujian menguji kesabaran kita dalam mencintai hamba2 yang dikasihi oleh Allah..
ujian sejauh mana kita mampu berlapang dada dengan semua orang...
ujian sejauh mana kita mampu bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada kita, dan siapa yang Allah kurniakan disekeliling kita...
bila wujud perbezaan ragam manusia ini, maka macam2 aksi kita akan lihat..
kadang-kadang ada orang hasad dengan kita, ada orang mengumpat kita, ada orang menghina kita, ada orang yang tak boleh cakap baik dengan kita, ada orang yang bossy dengan kita, ada orang yang tak nak bermanis muka dengan kita..macam2 ada..
so, automatically, hati kita pun rasa sakit, geram, benci..etc..etc..
persoalannya, bagaimana kita, sebagai seorang makhluk yang sebaik-baik kejadian ini mengawal perasaan2 tersebut..??
"Daripada Abu Zar Jundud ibn Junadah dan Abdul Rahman Mu’az ibn Jabal, r.a daripada Rasulullah S.A.W , bahawa baginda bersabda: Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun dimana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia dapat menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik." (HR al-Imam al-Tarmizi)
"iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya dapat menghapuskan kejahatan tersebut"..
ea saudara2 ku sekalian..bila orang buat jahat kat kita, bila orang sakitkan hati kita, bila orang mengumpat kita, bila orang menghina kita, bila orang ada perasaan hasad kat kita..JANGAN BALAS DENGAN KEBENCIAN..
kerana perasaan benci yang bukan kerana Allah hanya akan mengotorkan hati-hati kita..
ianya hanya membentuk hati-hati yang tidak mampu merasai kasih-sayang....
apa yang kita kena dan boleh buat..??
kita balaslah kejahatan tersebut dengan kebaikan..
buat baik kat dia..lagi jahat dia buat kat kita, lagi baik kita balas kat dia...
sebagaimana dia tak boleh stop untuk membenci, mengumpat, meluat kat kita, selagi itu kita tambah dan tambah kebaikan pada dia..
forgive+forget+buat baik banyak2..
kerana sunnahtullah, hanya kebaikan yang mampu melawan kejahatan..
jika bukan disisi manusia sekalipun, kita akan menang disisi Allah..insyaAllah..
teringat kisah nabi dengan wanita yang membaling najis ke rumah baginda..
tiap-tiap hari wanita itu baling najis kat rumah nabi, dan nabi hanya mencuci najis itu tanpa memarahi wanita tersebut..
sampailah ketika satu hari tiada najis yang dibaling, nabi menjadi pelik..
barulah nabi tahu yang wanita itu sakit,..
apa nabi buat..??
nabi pergi lawat perempuan itu..siap suapkan makan lagi...
subhanallah..! sungguh terpuji akhlak nabi..
ada orang kata, "itu nabi, bolehlah buat.."
nabi kan manusia, kita pun..kalau nabi boleh buat, kenapa bukan kita..??
kalau bukan akhlak nabi yang kita nak ikut, akhlak siapa lagi kan..??
dan ada yang akan kata, "mana boleh nak berubah terus.."
ya..betul2..nak ubah diri kita untuk sentiasa buat baik mengambil proses yang lama..
mungkin seumur hidup..
tapi persoalannya, dah start buat ke belum..?? ^^
insyaAllah..sama-sama kita amalkan...
itu yang saya dapat sepanjang saya emo tiga empat hari ini...
bertaubat + tambah kebaikan = hati jadi senang..
tak perlu pun kebaikan yang besar..
cukup dengan bermuka manis dengan orang, kemas bilik bagi keadaan semua orang selesa, dengar masalah orang, bergelak ketawa bersama-sama, buat tak tahu bila terasa hati, tolong orang sikit2...
kebaikan-kebaikan seperti ini insyaALlah menghilangkan rasa benci kita pada orang lain..
kerana hati yang bersih akan nampak kebaikan pada orang lain mengatasi keburukannya...
ingat theory 2+2 kita..
lupakan kejahatan orang pada kita dan kebaikan kita pada orang..
dan sentiasa ingat kebaikan orang pada kita dan kejahatan kita pada orang..
Allahu ta'ala a'lam..=)
No comments:
Post a Comment