Tuesday, February 22, 2011

immunologi : ada hidayah di dalamnya (Part 2)









بسم الله الرحمن الرحيم




كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Ya Allah, Ya Tuhanku
Andai kau takdirkan dia untukku
menjadi teman harungi hidup ini
satukan hatiku hatinya
amanahkan bahagia kemesraan selamanya




Salam alaikum..salam kesejahteraan ke atas semua..
apa sahaja keadaan yang Allah tetapkan untuk kita, yakinilah bahawa itulah keadaan yang terbaik untuk menggapai cintaNYa..
semoga kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah 24/7..


Dua tiga hari ini fikiran saya agak tertanggu..
emosi yang tak berapa nak stabil..
seolah-olah ada sesuatu yang berat yang sedang bermain2 dalam jiwa saya..
mudah sahaja air mata ini untuk mengalir bila beban itu menghimpit dada..
mudah sahaja fikiran ini untuk melayang memikirkan kejahilan2 lepas yang tak pernah berhenti menghantui diri...
puas sudah untuk pura-pura gembira..puas sudah untuk memaksa wajah untuk tetap senyum seolah-olah tiada apa yang terjadi..dan puas sudah memujuk diri..
tapi perasaan berat ini tetap tidak mahu pergi..
entah..sama ada ini adalah ujian mahupun petanda yang ingin Allah sampaikan, saya kurang pasti..
yang pasti, saya tahu Allah tidak pernah membenci mahupun meninggalkan hambaNya...
pasti ada hikmah di sebalik semua ini..

lama sudah tidak bercakap mengenai ukhwah..
ukhwah yang sering menjadi alat permainan syaitan...
yang membuatkan saya terkenang akan beberapa orang sahabat saya di Malaysia..
saat bila saya terasa rapuh, tangan2 itu tidak pernah lokek menyambut saya...
ada sahaja bahu2 mereka yang sudi menampung kesedihan saya bersama-sama..
ada sahaja mata itu yang menampakkan kegembiraannya bila saya gembira, dan mata itu jugalah yang turut sama mengalirkan airnya ketika saya menangis..
indahnya ukhwah bersama mereka..ukhwah yang diselami dengan keikhlasan..ukhwah yang tak mengharapkan balasan..ukhwah yang sudi menerima diri ini seadanya..
ukhwah yang meskipun pada saat itu tidak mengenali erti islam dengan sebenar2nya, tapi ukhwah tersebut tetap disulami dengan kesucian...kesucian hati2 orang yang memberi dan menerimanya..

lecture immunology semalam mengingatkan saya pada mereka...
pada mereka yang bernama sahabat sejati itu..
sahabat yang telah ketawa dan menangis bersama-sama saya..
sahabat yang tidak mengungkit walau satu pun kesalahan yang dilakukan terhadap mereka..
sahabat yang memberi peluang diri ini untuk menjadi dirinya yang sebenar, tanpa perlu berpura2 menjadi seperti orang lain..
sahabat yang menerima kelemahan saya, malah cuba untuk membantu supaya saya menjadi kuat..kuat seperti mereka..
sahabat yang tidak pernah meninggalkan diri ini meskipun mereka mampu untuk berada jauh ke hadapan..

satu theory dalam immunology yang sangat menarik perhatian saya:

"There are two component of immune system; innate and adaptive immune system. adaptive immune system consists of B cell and T cell. T cell can only recognize antigen marked by MHCII. Some virus and the tumor cells are clever enough to cheat our immune system. So, they block the synthesis of MHCII. Therefore, they can't be recognized by T cell. Luckily, we have NK cell which bind to the antigen-presenting cell and kill it."

wahh..terasa ikatan yang kuat antara cell2 ini yang sedaya upaya untuk protect each other...
antigen, virus, tumor dan segalanya yang antagonist akan sedaya upaya untuk attack cell2 kita..
begitu juga dengan musuh kita yang nyata itu, iaitu syaitan...
syaitan ini akan try attack kita dari jalan yang tak disangka-sangka, jalan yang paling kita tak nampak..
jadi bila kita diattack oleh syaitan, kita akan mula goyah, terasa rapuh..
dan disinilah fungsinya seseorang yang digelar sahabat itu..
persahabatan yang terjalin atas dasar keimanan..
sahabat yang tidak sanggup melihat kesedihan dan kefuturan menimpa rakannya..
maka dia akan datang, berusaha untuk menyelamatkan sahabatnya..
dia tahu bahawa rakannya itu tidak mampu untuk menghadapi serangan itu berseorangan, maka dia hadir...
dia hadir kerana dia dapat merasai kesusahan itu, kerana adanya tautan hati diantara mereka..
maka mereka bekerja bersama-sama..untuk menghapuskan serangan2 yang tidak pernah henti itu..

pernah saya tertanya2...apa yang membuatkan seseorang itu boleh begitu menyayangi saudaranya..??
apa yang boleh membuatkan antara dua jiwa itu begitu kuat ikatannya..??
apabila saya pergi ke scotland hari itu, saya temui jawapannya..
itulah dia kesucian hati...
sucinya hati orang yang menghulur, dan sucinya hati orang yang menerima huluran itu...
menyebabkan terbinanya tautan hati antara mereka..
ukhwah yang dibina atas dasar keimanan..
ya..keimanan hanya akan menduduki hati2 yang bersih, hati2 yang suci..
hati2 yang ikhlas mencintai saudaranya kerana Allah, Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

hati yang suci itu hanya mengharapkan kegembiraan sahabatnya meskipun hatinya terluka...
hati yang suci itu hanya mengharapkan kebahagian sahabatnya meskipun kehadirannya tidak pernah dipeduli..
hati yang suci itu sanggup meluangkan sedikit masanya untuk membantu sahabatnya, meskipun pada saat itu ada sesuatu yang perlu diselesaikan..

ya..hati itu hati yang tidak mengharapkan balasan..
yang diharapkannya hanyalah keredhaan Allah atas jalinan ukhwah yang dibina..

bila kita rasa tiada lagi ikatan yang sejati itu..
check kembali diri kita..
mungkin hati ini yang belum cukup bersih untuk menerima jalinan ikatan yang bersih itu..
mungkin keadaan hati kita sekarang ini belum melayakkan kita untuk menerima seorang sahabat sejati itu..

***************************************************

"kadang2 kita sahaja yang rasa sahabat kita tak menghulurkan tangan. sebenarnya mereka sudah menghulurkan tangan, kita sahaja yang tidak mahu menyambutnya"

saya cuba berhusnul zhan dengan diri..
maka saat ini saya mencari tangan itu..
dan saya ternampak bayangannya..
saya cuba menghampiri dan gapai tangan itu...
namun tiada sahutan...
tahulah saya bahawa tangan itu hanya hayalan yang saya harapkan..
terasa kesakitan itu, namun saya gagahkan jua untuk menghadapi dugaan ini..
kerana saya tahu kekuatan yang sebenar akan datang membantu saya..
itulah dia kekuatan dari Allah Yang Maha Kuasa..

Allahu ta'ala alam.

"(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)

No comments:

Post a Comment