Saturday, December 25, 2010

setiap kesusahan ada kemudahan






بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..





"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.."






(QS 95:5-6)

Alhamdulillah..pengembaraan musim sejuk yang menyeronokkan...
apa yang kami dapat bukan hanya kegembiraan..
tetapi pengalaman yang sangat berharga..
perjalanan balik yang sepatutnya mengambil masa 2 jam, tetapi menjadi dua hari, penuh dengan ibrah bagi mereka yang memerhatikan...
insyaAllah...nak kongsi sedikit di blog ini..
semoga kita sama2 dapat berkongsi sesuatu dari TRAGEDI CHRISTMAS 2010...

seorang sahabat bertanya semasa kami sadaya upaya mencari jalan pulang ke warsaw.."apa yang patut kita rasa sekarang ini..tawakal..??"
dan saya kata.. "bersyukur.."
benar...bersyukur...didik hati kita kita bersyukur dalam apa jua keadaan..
sebab kita tahu bahawa apa yang Allah tetapkan kepada kita adalah yang terbaik bukan..??
walau macam mana susah sekali pun, kita yakin bahawa itu yang terbaik..
jadi bila kita dapat yang terbaik apa yang patut kita buat..?? bersyukur...full stop.


teringat ketika ustaz cakap, bila Allah bagi kita kesusahan, tanda Allah masih ingat kat kita...
jangan buat sampai Allah lupakan kita terus..
benar..mungkin kami terlalu gembira..sehingga terlena sebentar, leka dari mengingatinya...
maka Allah hadirkan kesukaran itu, yang akhirnya mengembalikan pengharapan kami kepadaNya...
syukur...alhamdulillah...Allah masih sudi menegur...kalaulah Allah biarkan kami terus leka dalam kegembiraan.....
entah apa yang jadi pada iman kami kini...

bermula dari kesukaran untuk menelefon teksi malam 23hb..
kemudian kami tiba di airport dalam keadaan ramai orang yang bergelimpangan di airport (sebab banyak flight delay)..
lepas tu selepas seharian di airport, pengumuman flight batal...
then dia cakap the earliest possible flight hanya ada pada 3hb jan...
kami tengok ramai orang menangis, termasuk lelaki..(sebab tak dapat balik christmas)..
kami try cari alternatif the best dalam keadaan duit yang terhad...
then semua pengangkutan awam dari airport ke bandar batal..
kecuali kalau ada teksi yang sanggup nak bawa kami...
kami try juga dapatkan teksi untuk ke train station, dari pukul 5 cari, pukul 8 lebih baru dapat..(sebab time tu ribut, mostly teksi taknak pergi ke bandar)
di train station kami mendapat giliran ke 200 lebih sedangkan time tu baru belas2..
pergi ke another station yang agak jauh dari situ untuk cari bas euroline...
then orang tu kata the earliest bas hanya ada pada 26hb malam which is 3 hari lagi...
then patah balik ke train station...
dapat tiket...tunggu train yang asyik delay tak sampai2...
bila sampai kami naik, then the train stuck in the middle of journey, tak taw kat mana..
so kami duduk dalam train sampai 6 jam...
try nak beli makanan tapi dah habis..
semua orang di keliling dah tak tentu arah..
then train again terpaksa stop kat koln instead of frankfort...
kami terpaksa turun cari tiket ke warsaw...
tapi semua kaunter tutup, yang ada hanya machine..
try to buy from the machine tapi dia kata train fully booked...
then kamikaze naik train secara haram...
try beli tiket kat atas train, tapi kena marah2 dulu dengan pakcik train baru dapat beli...
dan akhirnya kami sampai dengan selamat di warsaw...

menarik kan perjalan kami...!! wee~ ^^
dua hari yang sangat mencabar...
but still bagi saya, banyak benda yang saya dapat...

betapa sebenarnya saya rasa Allah nak tunjukkan bahawa dia dah permudahkan perjalanan kami..
memang sunnatullah bahawa bila ribut, airport tutup, train akan tersadai...
maka kami yang terinvolve dalam situation ini tak henti2 berdoa agar Allah permudahkan urusan kami..
tapi kami masih rasa kesukaran yang pelbagi...macam2 terjadi..
dalam masa yang sama, nak dijadikan cerita, saya dipertemukan oleh pelbagai orang yang akhirnya menukar persepsi saya..
yang buatkan saya rasa apa yang kami lalui tak adalah teruk sangat..

1st sekali time di airport, saya terserempak dengan seorang lelaki yang menangis...
ya..lelaki...bersungguh2 menangis...sedih kerana tak dapat balik christmas..
berbanding dengan kami yang tak sambut christmas, sudah tentu kesedihannya lebih teruk dari kami..

2nd, time dalam train, tiba2 seorang kakak itu cerita kat saya yang dia dah stranded kat brussel untuk enam hari.
ea..6 hari..!! semua yang dia plan tak jadi..
dua flight tiket dia batal..and then macam2 lagi jadi kat dia..
jadi kami yang baru stranded dua hari ini tak adala apa sangat kan..

3rd, satu family atas train itu menyayat hati saya..
anak2 yang masih kecil, merengek kat mak dia yang mereka tak nak sambut christmas dalam train..
dan mak dia tak tahu nak jawab apa..tak kan nak beli harapan palsu pulak kan..
sedih tengok mereka..terutama yang kecil2 itu..

4th, ketika kami dalam train ke warsaw (yang pada awalnya kami naik secara haram..hee)
tiba2 dinaiki oleh segerombolan polish people yang senasib dengan kami..
nak balik warsaw tapi tiket dah tak jual..
but then, pakcik train tak bagi diorang beli tiket..
diorang dipaksa turun..
tapi diorang berdegil, sebab keadaan dah terdesak..
diorang perlu juga untuk ke warsaw...
teringat salah seorang dari mereka dengan nada terketar nak nangis cakap..
"kami tak boleh turun kat sini..sebab dah tak ada tiket lagi untuk ke warsaw..kami dah tak ada cara lain untuk ke warsaw.."
tapi pakcik train paksa turun sampai ugut nak call police...
one of them cakap, "kami tak akan turun sampai kamu promise yang ada next train untuk kami.."
pak cik train terkedu..then dia cakap.."say that you promise..!!"
then kawan dia cakap kat dia."we have no choice...do you want to be in jail..??"
drama sebentar kat dalam train itu..

lepas seorang2 saya nampak yang akhirnya buat saya sedar...
betapa Allah sebenarnnya dah permudahkan kami..
doa kami sebenarnya dah termakbul..
betapa Allah susun sesuatu itu yang terbaik buat kami..
Allah tak buat tiba2 flight kami je yang boleh terbang, sebab sunnatullah flight tak boleh terbang time ribut..
tapi Allah aturkan perjalanan kami yang sebenarnya termudah dalam keadaan itu..
biar pun kami rasa keadaan time tu cukup sukar bagi kami, tapi actually itulah keadaan yang termudah time itu, kalau nak dicomparekan dengan mereka2 yang lain yang diceritakan di atas..

benar kata Allah, manusia ini akan sedar betapa Allah itu menyayangi hambanya, bila dia benar2 memerhatikan..
mengapa kami ditakdirkan berjumpa dengan mereka2 diatas..??
sebab Allah nak tunjukkan betapa Dia menyayangi kami..
betapa urusan kami sebenarnya telah dipermudahkan...
betapa Dia sebenarnya bersama2 kami..
ya..bersama2 kami sepanjang perjalanan kami..
dan apa yang perlu kami buat hanyalah, doa dan letakkan sepenuh pergantungan kepadaNya..
thats it..

Ya Allah...sungguh saya sayang Allah..!!
mungkin kerana kami leka, mungkin kerana ada dosa yang telah kami lakukan..
menyebabkan kami tersadai di Brussel..
saya redha dengan teguran Allah ini..
dan mungkin juga Allah sedang menguji sejauh mana kami yakin kepadaNya..
but at the same time, Allah tetap bantu permudahkan urusan kami..
sehinggalah kami tiba kembali di warsaw..
Ya Allah,.betapa Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang terhadap hamba2Nya yang berdosa ini..

daripada peristiwa ini..
tertanam satu benda dalam diri saya...
berhusnul zhanlah dengan Allah, yang menciptakan kita..!!

Allahu taala a'alam..
“…tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya…” (QS: 6:59)


No comments:

Post a Comment