بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟
Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..
hari ini saya masih lagi dapat bangun..
hari ini saya masih lagi ada kaki..
hari ini akal saya masih berfungsi..
hari ini jantung saya masih berdegup..
dan hari ini saya masih lagi dapat merasa nikmat dan kasih sayang Allah..
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...Ya Allah...
saya sayang Allah..!! fullstop.
hari itu ustaz tanya, apa ciri2 orang hebat...
maka ramailah yang menjawab..
"ego..!! outspoken..!! tak mudah dipengaruhi..!! tak nak dengar cakap...!!"
saya terdiam...
saya pun berpikir sepanjang malam melayan perasaan...
dalam fikiran saya.....
apakah..??
"????"
ini je ke hebat di mata manusia..??
kenapa yang itu sahaja dipandang hebat..??
kenapa dalam ramai2 tak ada yang cakap orang yang bersabar itu hebat...??
kenapa tak ada yang cakap orang yang menyayangi saudaranya itu hebat..??
dlaczego (why) orang yang memilih untuk berdiam ketika bertengkar itu tidak dipandang hebat..??
sedangkan berapa banyak dalam Al-Quran yang Allah muliakan orang yang bersabar..
berapa banyak Allah cakap pasal berdiam diri itu lebih Allah sukai..
berapa banyak Allah cakap pasal mencintai saudaranya..
Allah muliakan orang2 yang macam ni...
tapi kenapa orang2 yang mendapat kemulian Allah ini tak hebat di mata manusia..??
“ Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan dari golongan Anbiya’ dan juga bukan dari golongan para syuhada’. Mereka dicemburui oleh para anbiya’ dan para syuhada’ kerana ketinggian kedudukan mereka disisi Allah.”.
Para sahabat bertanya, “ Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka itu?”.
Rasulullah menjawab.” Mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta benda. Demi Allah muka mereka adalah cahaya dan mereka adalah di atas cahaya. Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih." (HR Abu Malik Al-Asy'ari)
Nabi tuuu yang cemburu...nabi yang memang dicintai Allah, yang memang terpuji akhlaknya memcemburui golongan ini...
golongan apa..?? golongan yang berkasih sayang kerana Allah...
golongan yang meletakkan kesabaran atas kesabaran..
kerana itu mereka tidak sedih...kerana itu mereka tidak takut...
kerana mereka tahu mereka ada Allah...
dan inilah golongan yang dipandang hebat oleh Allah swt...
dan inilah golongan yang dicemburui oleh nabi yang maksum dan para syuhada' yang dijanjikan syurga oleh Allah..
tapi tak ada orang yang berkata mereka hebat..?? urmmm..pelik...
mungkin saya agak beremosi di sini..
sebab saya selalu berhadapan dengan mereka2 yang berpandangan seperti ini..
orang yang pandang yang ego itu hebat..yang outspoken itu hebat...
dan saya juga selalu berhadapan orang yang berusaha menjadi ego dan outspoken...
sehinggakan mereka ini gagal untuk melihat kesalahan diri and keep on menyalahkan orang lain..
mereka sering berkata2 tanpa perlu memikirkan perasaan orang lain..maka ramai yang terluka dengan tindakan mereka..
kerana apa..?? kerana mahu jadi hebat katanya..
akhirnya ramai yang diluar akan berkata.."ooh..macam inikah perangai orang agama..??"
dan saya terfikir2 kembali..itukah definisi kehebatan..??
adakah kehebatan seperti itu yang menjamin jalan kita ke syurga kelak..??
dan tahu apa yang saya selalu nampak..??
yang saya selalu nampak adalah..
orang yang berpandangan sebegini selalu terlepas pandang kelebihan yang ada pada orang lain..
sehinggakan kita kadang2 terabaikan orang yang tidak mempunyai sikap2 sebegitu..
sedangkan orang2 lain itu mempunyai potensi yang sangat besar..
dan oleh kerana kita terikat dengan definisi "hebat" di atas..
maka kita terlepas pandang kelebihan yang mapu disumbangkan oleh yang lain...bukan..??
saya tak kata orang ego tak hebat...saya tak kata orang outspoken tak hebat...
cuma saya rasa definisi hebat itu perlu diperluaskan...
sebab jarang orang pandang sifat ego dan outspoken itu dari sudut yang positive..
selalunya orang salah interpret and at last try jadi orang yang salah dari sudut ego dan outspokennya..
hakikatnya Allah jadikan kita semua sebagai ahsan al-taqwim...yakni sebaik2 kejadian...
Allah letakkan tanggungjawab khalifah kepada setiap manusia...
dan dalam masa yang sama Allah jadikan kita dengan ragam masing2..
untuk apa..?? untuk saling melengkapi..
maka bila ada yang ego, yang lembut hati akan jadi pelengkapnya..
jika ada yang outspoken, maka yang pendiam akan melengkapkan..
maka kedua2nya adalah hebat..
disisi siapa..?? di sisi Allah semestinya..=)
benar Omar itu hebat, khalid al-walid juga hebat, Hamzah juga hebat..
mereka hebat kerana meka ego..mereka hebat kerana mereka berani...dan mereka hebat kerana mereka outspoken...
tapi bagaimana cara mereka gunakan sikap2 mereka ini..itu yang perlu kita teliti..
dan benar Omar itu hebat, khalid al-walid juga hebat, hamzah juga hebat...
tapi Uthman yang bersopan santun itu juga apa kurang hebatnya...
Uwais Al-Qarni yang sangat tawaduk, tidak ego, dan tidak outspoken itu juga sangat hebat...
apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah..
bezanya level pandangan manusia dengan level pandangan Allah..
macam bumi dan langit..
Allah ni kalau nilai manusia bukan pada sikap2 itu sahaja...
Allah nilai manusia dari segi imannya, dari segi kesungguhannya, dari segi keinginannya untuk mendalami dan menyampaikan agama ini...
sebab itu Allah muliakan orang yang bersabar..
sebab itu Allah muliakan orang yang nak menyampaikan...
sebab itu Allah muliakan orang yang mengasihi saudaranya...
dan sebab itu jugalah seorang pelacur dapat masuk syurga dengan rahmat Allah hanya dengan memberi anjing minum...
jadi bila orang letak standard ego dan outspoken itu sebagai hebat...
saya tertanya2..perlu ke semua orang kat dunia bertukar untuk menjadi sedemikian untuk menjadi hebat..
sedangkan banyak masalah kat dunia ini pun berpunca dari sifat demikian..
ego tak nak tahu kebenaran..
ego rasa diri betul dan orang salah..
ego rasa diri dah banyak kelebihan..
outspoken sampai tak jaga hati saudaranya...
dan ustaz jawab tak perlu...
betul..saya pun fikir memang tak perlu...jadilah diri kita sendiri...
memang fitrah manusia nak yang terbaik..nak jadi hebat,..
saya pun nak jadi hebat..
tapi betulkan kembali target kita..
pada siapa mahu kita perlihatkan kehebatan kita...
pada Allah atau pada manusia..??
kalau pada manusia sangat rugi la kan..
sebabnya pandangan manusia ini levelnya rendah..
tapi kalau Allah matlamat kita...
insyaAllah...kita akan bergerak mengikut apa yang Allah nak..
kita akan buat sehabis baik supaya kita jadi orang yang paling Allah sayang..
jadi kawan-kawan,
lahirkan kehebatan dari anugerah yang Allah dah beri pada kita..
sebab yang kita cari bukan hebat di mata manusia itu..
tak ada nilai pun..kalau ada pun rendah je...sesen dua...
yang kita nak cari kehebatan adalah di mata Allah...
nak tahu apa..??
"Sesungguhnya Kami telah jadikan mereka suci bersih dengan sebab satu sifat mereka yang murni, iaitu sifat sentiasa memperingati negeri akhirat..." (QS 38: 46)
Nabi tak disucikan kerana sikap2 mereka..
dan bukan juga kerana kehebatan2 mereka yang lain...
tapi kerana mereka menyampaikan dan mengingatkan manusia akan kehidupan selepas ini...
jadi...jom kita saling mengingati tentang kampung kita...
kerana kita nak dijadikan orang2 yang disucikan Allah..!!
barulah betul2 hebat,..!!
Allahu ta'ala a'lam...=)
No comments:
Post a Comment