Tuesday, December 28, 2010

saya semakin dewasa





بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..


salam alaikum..
salam kesejahteraan ke atas semua..
kesejahteraan bagi setiap yang bernyawa di atas muka bumi ini..
semoga sentiasa berada dalam redha Allah..insyaAllah..

banyak benda yang sudah perlu diambil berat sekarang..banyak decision yang sudah perlu dibuat dengan serious..ini bukan tugas main2..ini bukan cita2 seorang kanak-kanak..ini adalah cita-cita jiwa-jiwa yang paham akan agama ini..ini adalah harapan setiap yang beriman..untuk melihat agama ini berada di puncak..untuk melihat setiap umat islam berpegang teguh pada agama ini..untuk melihat islam menjadi rujukan..untuk melihat umat islam tidak lagi diperkotak-katikkan sesuka hati...

"muslim = daie"


semua muslim adalah seorang daie...
tanpa mengira siapa pun dia, berapa banyak ilmunya, berapa bertimbun pengalamannya..
kerna fitrah kita untuk menjadi khalifah di atas bumi ini,,
tugas ini tak akan pernah selesai sehinggalah ruh ini dipanggil menghadap Illahi..
sehinggalah jasad ini tertanam di bumi..
kerana bukan tugas seorang daie untuk memberi hidayah, apatah lagi untuk menghukum..
tugasnya adalah untuk menyampaikan..
menyampaikan risalah2 Allah selagi mana ia mampu disampaikan..
sampaikan pada hati2 dan jiwa2 mereka yang menjadi penghuni bumi Allah ini..
agar nikmat kemanisan iman itu dirasai oleh semua..ya..semua..!!
kerana itu tugas ini tidak akan pernah selesai meskipun seluruh penduduk di bumi ini telah mendapat hidayahNya..meskipun semuanya telah berpegang teguh pada hukum Allah..

malah tugas KITA yakni muslimin muslimat sekalian kini semakin berat..
melihat keadaan ummah kini yang semakin kritikal..
melihat semakin jauhnya umat2 ini dari jalan yang diredhaiNya..
melihat bagaimana saudara2 yang semakin menderita, semakin ditindas..
melihat bagaimana Islam kini diperkotak-katikkan..
membuktikan bahawa tugas kita kini bukan mudah..
tugas kita kini semakin berat...

"tarbiyahlah mereka di tempat kamu, itulah pertolongan yang diperlukan Palestin sekarang"

TARBIYAH diri dan mereka disekeliling kita..
kerana dalam keadaan kita sekarang ini, mustahil untuk kita menandingi musuh2 kita dengan kekuatan ketenteraan..
kerana dalam diri kita kini tidak tersemat keimanan yang benar2 utuh..
kerana umat kita masih dibanjiri kemaksiatan..
kerana umat kita masih lagi leka dibuai dunia..

Saidina Omar Al-Khatab berkata : kita dapat mengalahkan musuh kerana maksiat yang mereka lakukan..jikalau kita sama berbuat maksiat, maka musuh akan mengalahkan kita..

maka susun gerak langkahmu melalui sekarang..
lakukan strategimu dengan tersusun dan teratur..
sumbangkan tenagamu pada jalan Allah ini...
kerana keadaan agama kita kini sangat memerlukan kita..
mereka di Palestin dan di merata tempat lagi memerlukan usaha kita..

Rasulullah dan para sahabat telah menunjukkan qudwahnya..
kini hanya terpulang kepada kita...
sama ada mahu melaksanakan atau terus leka...

"Oleh itu janganlah engkau
(wahai Muhammad) menta'ati orang-orang kafir, dan berjihadlah menghadapi mereka
dengan Al-Quran dengan Jihad yang besar." (QS 25:52)
Allahu taala a'lam..

No comments:

Post a Comment