Thursday, December 30, 2010

begini caranya kita berfikir





بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..


Realiti masyarakat islam kini adalah kita terdedah dengan pelbagai anasir-anasir jahiliyah..
jahiliyah saban hari kita jadikan santapan, bacaan dan pakaian kita..
akhirnya menyebabkan kita leka, lalai dari arus yang sebenar...
dunia kita letakkan di hati..dan akhirnya akhirat hilang entah ke mana..
maka islam hanya dipandang sebagai kalimah syahadah, solat, zakat, puasa, haji, pakai tudung dan pergi ke masjid..
realiti islam yang sebenar tidak dapat difahami oleh hati..
kerana apa..?? kerana hitamnya jahiliyah itu begitu berkesan dalam masyarakat kita, malah semakin lama semakin kukuh kedudukannya dalam diri kita..

apa yang menakutkan mereka untuk memahami islam..??
kerana perlu memakai tudung..?? kerana perlu berhenti mengumpat..?? kerana perlu pergi haji yang panas..??
kerana kena deactivate facebook..?? atau kerana apa..??
hakikatnya mereka belum bersedia..belum bersedia apa...??

belum bersedia untuk meninggalkan jahiliyyah yang sudah menjadi santapan dan pakaian mereka sehari-hari...
kerana apa belum bersedia..??
kerana mereka takut...mereka bimbang jika islam ini dihampiri, maka segalanya perlu dibuang segera...
segala kegembiraan dan kesenangan yang mereka rasai kini akan hilang..
mereka hanya boleh membaca al-quran dan hadith, hanya boleh pergi ceramah, hanya perlu bercakap yang baik-baik..
tidak lagi boleh menonton movie, tak lagi boleh pergi berpesta, dan tak boleh lagi bergossip...
"argghhhh...mana boleh nak hidup macam itu..!!"
bagi mereka islam hanya dipenuhi oleh perkataan "tidak boleh"..
itu tak boleh..ini tak boleh...
yang akhirnya menyembunyikan keindahan islam yang sebenarnya...

maka kita kini perlu memandang jahiliyah dari sudut yang berbeza...
kita perlu memandang mad'u kita dari pandangan mata seorang daie...
bukan dari luaran..bukan hanya dari sudut ilmu dan hukum hakam semata-mata...
tapi dari pandangan fitrah seseorang manusia..

bagaimana..?? selepas menonton cerita ini...alangkah lucunya negeri ini..
membuka mata saya...dan memberi saya satu kefahaman yang berbeza..
selalunya masalah yang dihadapi oleh kita adalah, apabila kita melihat satu kejahilan..
maka secara automatik kita terburu-buru untuk menghapuskan kejahilan tersebut..
contoh seperti orang yang suka menonton movie..biasanya kita akan terus berkata, berhenti dari tengok movie kerana movie itu lagha..

maka bagi mereka yang suka menonton movie, mendekati islam pasti bagi mereka bukan suatu perkara yang baik..
kerana mereka rasa islam adalah agama yang tidak membenarkan penganutnya bersuka ria...
akhirnya, islam ini dianggap sebagai agama yang penuh penderitaan, air mata, kemiskinan, keganasan dan sebagainya..

namun cerita tadi memberi saya sedikit gambaran bagaimana sepatutnya cara kita berfikir..
instead of menghapuskan jahiliyyah secara mendadak, which is pada pandangan saya agak keterlaluan..
apa kata kita ubah cara pendekatan kita..
kepada yang lebih lembut dan menepati fitrah manusia..
yakni menukarkan kejahilan itu kepada sesuatu yang baik...
kerana hakikatnya sukar untuk manusia ini meninggalkan jahiliyah yang sudah terpateri dalam diri secara mendadak..
kesakitan yang dialami itu mungkin akan meninggalkan fitnah kepada islam...
kerana itu, pendekatan "zero to hero" itu sesuatu yang baik.

lihat cara "dia" di dalam movie itu bekerja...
yang pertama dia memandang potensi yang ada pada pencopet itu..
pencopet yang kurang kefahaman agama, yang miskin, yang selalunya takut untuk didekati..
tidak dianggap mustahil untuk berubah..malah potensi pada mereka dianggap sebagai sesuatu yang positive dalam dirinya..
yang kedua, apabila dia nampak akan potensi itu, dia tidak terburu-buru menukarkan pencopet itu kepada sesuatu yang lain..sebaliknya apa yang dilakukan adalah menanamkan fikrah dalam dirinya...
pencopet2 itu ditanamkan kefahaman dalam diri mereka...yang akhirnya secara automatik menukarkan persepsi mereka terhadap pekerjaan mencopet mereka..

dua benda yang saya nampak kini...:
1. seorang muslim perlu positive terhadap saudaranya...bagaimana teruknya kejahilan seseorang bukan alasan untuk kita berhenti dari menyampaikan risalah Tuhan...malah kita yang paham ini sepatutnya lebih peka dan lebih sensitive terhadap mereka..hakikatnya, jahiliyah itu sangat sukar untuk kita padamkan, namun tidak mustahil untuk kita ubah walaupun mengambil masa yang lama..
2. dalam keadaan kita yang semakin teruk ini, kejahilan itu tidak mampu kita hapuskan..namun, kita mampu untuk menukarkan sesuatu kejahilan itu kepada perkara yang lebih baik, yang mampu mendekatkan seorang hamba kepada penciptanya...jika seseorang itu suka menonton movie, maka kita perlu menanamkan fikrah dalam diri mereka, yang akhirnya mengubah mereka dari menonton movie yang lagha, kepada movie yang lebih membawa mengenali islam..begitu juga kepada mereka yang suka menonton konsert, yang suka bergossip dan sebagainya..

hakikatnya jahiliyah itu hitam...
kebenaran itu putih...
jika dicampur hitam itu dengan putih...
hasilnya adalah kelabu, masih belum putih..

namun jika kita terus-terus menambah warna putih itu..
akhirnya yang hitam itu lenyap..
malah tiada siapa yang akan sedari kehadiran hitam itu sebelum ini..

seorang muslim sepatutnya berfikiran positive sebegitu..
kesabaran adalah tunggak utama...
menanamkan kefahaman tentang agama bukan kerja mudah dan mengambil masa yang lama..
mungkin berbulan-bulan, mungkin bertahun-tahun...dan mungkin juga seumur hidup kita di bumi ini...
maka istiqamahlah dalam perjuangan ini..
kerana agama ini memerlukan kita..ya memerlukan kita untuk menegakkan kembali syiar islam..!
semestinya untuk mendapatkan keredhaan Allah..

“Oleh itu berikanlah sahaja peringatan kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya, kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan; Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)” [QS al-Ghasyiah 88: 21-22]

Allahu taala a'lam..=)

No comments:

Post a Comment