Tuesday, December 14, 2010

alamak...!! musuh datang lagiiii....!!





بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..



"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (QS 103: 1-3)


Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang telah memberi seribu macam nikmat dan rezeki kepada kita...
kalau nak diikutkan, rezeki yang diberi terlalu banyak berbanding ujian yang dia beri..
nikmat melihat, nikmat mendengar, nikmat berjalan, nikmat oxygen..
subhanallah..!! banyak lagi nikmat yang tak terkira...
tapi yang kita selalu pandang adalah ujian...
bila Allah bagi ujian, baru nak rasa Allah sayang pada kita...
baru rasa nak dekatkan diri pada Allah...
sedangkan 24/7 Allah ni sayang pada kita taw..!!
Allah bagi kita kaki, tangan , hati, akal..free2 je kat kita..
sebab Allah sayang kita sangat2...
jadi, muhasabah kembali diri kita....
sejauh mana kita dah bersyukur dengan nikmat2 Allah yang berjuta2 lemon ini...

Saya dah habis exam...=)
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan...
so, bila dah habis exam ni, saya ada dua perasaan :


1. hoyeaaahhhhhhhh....hoyeaahhhhhhhhhhhh....dah habis exam..malam boleh tidur lena...tak mimpi kena kejar senduk lagi..!! (kena kejar dengan senduk adalah balasan bagi orang yang tak lepas exam..=_=")

2. arghhhhh....larii..!! larii..!!......musuh lama datang lagi...!! dah tiga minggu tak jumpa....datang balik...arghhhhhhhhhhhhh...!!

okey..saya tahu ekspresi perasaan di atas tersangatlah over..
tapi basically itulah yang saya rasa sekarang...
perasaan pertama, no hal...sebab manusia ni memang suka dengan perasaan yang pleasure...

masalahnya yang kedua itu...
tak pernah2 dibuat orang lepas exam stress kan..
malah lebih stress dari time minggu exam tu..
siapa musuh tu..?? yang asyik menghantui hidup saya...dan juga sebenarnya hidup kalian..??
jarang sebenarnya kita nampak kehadiran musuh kita yang seorang ini..
sebab dia invisible...
itulah dia,...MASA LAPANG...!!

masa lapang pun musuh ke..???
yelah...Allah bersumpah demi masa dan cakap yang manusia itu dalam kerugian...
Allah ea yang bersumpah..nak tunjukkan bahaya masa ini..
actually bukan masa lapang itu yang musuh kita, tapi apa yang bakal kita buat time masa lapang itulah musuh sebenar..
jadi since iman kita ni pun tahap darjah satu, tak leh lawan iman para sahabat yang dah tahap phD tu, kita anggap je masa lapang itu musuh kita sekali..boleh..??

ok..1st sekali apa yang selalu kita buat time kita ada masa lapang aka habis exam..
qada' tido sampai 18 jam, facebooking 3 jam (padahal scroll2 je page tu), maraton dua tiga movie, makan pastu sambung tido balik..
lebihkan baca Quran dari biasa..?? erkkk..relaxla..buat macam biasa..kata kena istiqamah...
baca blog2 agama..?? erkkk....kan baru habis exam..jangan stress2kan diri dulu..
buat qiyam..?? erkkk..dah tiga minggu tak cukup tidur...tak larat nak qiyam....(tapi maraton movie tak apa)

owhh....bahaya2...bila exam kita cakap tak sempat baca quran, tak sempat baca blog, tak sempat qiyam..sebab kita nak kena habiskan baca buku..
tapi bila dah habis exam...???
macam2 alasan lain pula yang timbul...postexamatic syndrome la katakan...
lebih baik time nak exam lagi..at least masa yang ada itu terisi dengan baik...niat belajar kerana Allah..jadi masa yang berlalu tak sia2..
tapi time2 dah habis exam ni..?? urmm...muhasabah balik diri sebelum tidur malam ni ea..=)

siapa tahu kisah perang badar..?? tahu ke tak, meh nak cerita sikit..hehe..
time orang islam dah menang perang badar, maka para sahabat pun duduk sebentar...
rehatkan diri..penat berjuang pada bulan puasa ni...
waktu itu terdiri dari pihak aus dan khazraj...
so, pihak aus ni pun cakap... "owh..aku bunuh 5 orang tadi"..
and then sorang dari puak khazraj cakap..."aku bunuh 8 orang tadi"..
then puak aus cakap balik.."kitorang lagi hebat..kitorg bunuh lebih banyak dari korang.."
puak khazraj balas.."mana ada..kitorang lagi hebat.."
maka mereka pun bertengkar2 sehingga nak angkat pedang dah...
maka Rasulullah datang and tenangkan keadaan...

so, Rasulullah pikir..apa yang menyebabkan para sahabat ini boleh bergaduh..??
apa yang menyebabkan iman mereka boleh jatuh sebentar sampai sanggup nak angkat pedang..??
kenapa mereka yang golongan 3% ini, yang iman dia telah betul2 diuji...yang iman dia tahap sangat tinggi, yang dijanjikan syurga oleh Allah boleh jadi macam itu..??
maka bila diteliti, Rasulullah sedar bahawa semuanya berpunca dari masa mereka duduk seketika, iaitu masa lapang mereka..
Rasulullah sedar yang para sahabat yang imannya tinggi ini tak boleh dibiarkan berehat2..nanti iman mereka boleh tergugat...

haaa..bayangkan..para sahabat yang bukan calang2 orang..
para sahabat yang dijanjikan syurga oleh Allah..
cuba bayangkan, para sahabat yang tak terdedah kepada movie, fb, lagu2 lagha boleh terjejas sedikit imannya hanya kerana masa lapang yang beberapa minit itu...apatah lagi kita yang iman tak seberapa, yang terdedah kepada anasir2 lagha dan masa lapang yang bertimbun2..agak2nya mana tahap iman kita sekarang..??

jadi kawan2..muhasabah balik diri kita,.
kita tak ada imanometer untuk ukur iman kita...
tapi Allah bagi hati untuk kira rasa..akal untuk kita berfikir..
mungkin sekarang kita tak rasa iman kita sedang menurun..
tapi one day kita akan realise betapa jatuhnya iman kita sampai susah untuk kita panjat kembali gunung and sampai ke puncak..

ya2..post ini untuk mengingatkan diri saya juga..
manusia ini mudah lupa..saya pun manusia..maka kadang2 saya lupa jugak..
maka kadang2 saya terlagha juga...
jadi kita sama2 mengingati satu sama lain ok..insyaAllah..

Allahu taala a'lam..=)

"Sesungguhnya Kami telah jadikan mereka suci bersih dengan sebab satu sifat mereka yang murni, iaitu sifat sentiasa memperingati negeri akhirat..." (QS 38: 46)

~semoga kita tergolong dalam golongan yang disucikan oleh Allah~



No comments:

Post a Comment