Sunday, November 21, 2010

hikayat seminah





بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..


mempersembahkan....jeng3x
ehem2..HIKAYAT SEMINAH...!!!..yeahhh..!!
seminah...??? apakah..?? owh...seorang minah...dobrze..dobrze..=)
*clap3*


pada suatu hari...seorang minah tiba di suatu bandar yang indah lagi permai, tanpa gangguan debu2 yang menyebabkan ketidakselesaan pada sistem pernafasan yang akhirnya hanya menyebabkan sesak nafas yang menyakitkan...

maka hiduplah aman damai minah itu di bumi tersebut...
secara tiba-tiba...dia didatangi oleh sekumpulan manusia yang menakutkan...
mereka datang dengan muka yang manis namun penuh dengan agenda tersembunyi....
mereka datang membawa lampu...yang tak dapat dilihat jasadnya, namun nampak cahayanya...
argghhhh.....dia ketakutan...cuba untuk larikan diri...
namun, semakin dia lari...semakin terang cahaya itu...
dia cuba untuk menyembunyikan diri..namun cahaya itu mengekorinya..
akhirnya dia lelah lalu akur...menyerah diri kepada kumpulan manusia tersebut..

(apalah merepek ni kan)..=_="


nak cerita camni sebenarnya..
last sekali minah itu pun terpaksalah ikut usrah...
dia sangat stress...mana taknya, dia dah lama putus asa dengan usrah2 ni..
since orang2 sebelum ni yang dia jumpa sangat2 la mengecewakan...
tapi satu la perangai minah ni...sentiasa je nak jadi yang terbaik...
tak kisahlah dalam apa keadaan sekali pun..dia nak tunjukkan yang dia hebat...
so, bila dalam usrah..dia selalu rasa tercabar...
mana taknya..dia dikelilingi oleh rakan2 usrah yang sangat hebat...
ditambah pula dengan kakak2 usrah yang sangat mengkagumkan...

so..tiap2 kali usrah, disebabkan dia selalu rasa tercabar...
dia akan try sedaya upaya untuk cari apa2 pasal islam dari internet...
bermula dengan search sikit2 pasal agama kat internet..
pastu dia try2 la baca blog2 agama...
pastu dia pinjam buku agama..cuba baca mana yang termampu..
kadang2 dia tengok kawan2 usrah dia buat apa, dia ikut je...
ikut tanpa arah tujuan...
bukan pasal nak dekatkan diri dengan islam sangat pun..
just supaya nanti dia tak la rasa malu dia jahil sangat..

tapi semakin banyak dia cari..
semakin banyak butang2 huruf di laptop ditekan..
semakin banyak buku dibaca...
semakin dia nampak keindahan islam...
islam yang selama ini terasa sangat jauh..seolah-olah sudah mula mendekati diri..
terasa seolah-olah ada sesuatu yang menenangkan...
jiwa yang selama ini terasa gelap, seolah-olah sudah mula bercahaya..
kaki yang selama ini terasa berat untuk melangkah menunaikan tanggungjawab kepada Illahi sudah mula terasa ringan...
malah dia tidak terasa rugi sekali pun untuk menghabiskan masa yang wangnya, jika ianya untuk islam...

cahaya yang hilang itu sudah mula menampakkan diri...
akhirnya dari satu usaha yang dilakukan secara terpaksa bertukar kepada rela hati...
semakin lama semakin sayang dia akan islam...
semakin lama semakin hilang keterpaksaan yang selama ini membelenggu di hati...
semakin lama semakin dia sedar betapa dia telah menghabiskan masa hidupnya yang lampau dengan sesuatu yang sangat sia2...

jadi..dia terus dan terus berusaha...
terus dengan dunia keseronokan dalam kembaranya mengenali Illahi..

maka akhirnya...dia dah jadi lebih hebat dari kawan2 nya...muahahhaa...
ceh..asal heroin je ending mesti nak menang kan...
salah..!! dia masih lagi tak sehebat kawan2nya...
tapi dia sangat bersyukur sebab Allah menjadikannya seorang yang tak hebat..
sebab dia tahu..kalau dia jadi hebat..langkahnya mungkin akan terhenti....
dia mungkin akan jadi seseorang yang tak nak berusaha lagi...
dia mahu nampak hebat di sisi Allah..
dan atas sebab itulah dia tidak pernah berhenti..
kerana dia tahu Allah tidak memandangkan pada hasil, namun pada setiap usaha yang dia cuba lakukan..
maka pengembaraannya diteruskan...
lalu bergembiralah dia happily eva afta...THE END...!!


kesimpulan cerita..!!
jom bercuti ke tempat yang tak banyak debu..=D

owh..tidak2...nak cakap kat sini...
kadang2 kita sedih...kadang2 kita menangis...kadang2 kita buntu...
langkah kita terasa susah....usaha kita terasa sangat payah...
kenapa Allah tak bagi hidayah kat aku..??
kenapa susah sangat aku nak berubah...??
orang lain senang je pergi usrah...kenapa aku susah..??
orang lain time usrah dapat macam2...aku ni blank je memanjang..??
kenapa..?? limaza..??? why..?? dlaczego..??

kawan2..langkah permulaan memangla susah...
baby keluar2 dari perut emak tak terus berlari kan...??
cuba bayangkan kalau kita la time baby dulu, malas nak bergerak, tak paksa diri kita berjalan...
agak2 dapat tak kita rasa keseronokan menggunakan kaki sekarang...
agak2 dapat tak kita rasa nikmatnya window shopping walaupun tak dapat beli since duit tak ada..
tak kan..?? biar pun banyak kali terjatuh, kita bangun balik, paksa jugak kuatkan kaki supaya boleh stable..

haa..macam itulah juga perubahan..
kalau kita tak gerakkan langkah kita, macam mana kita nak berubah...
memangla letih..memangla penat nak buat benda yang kita rasa kita tak minat nak buat...
tapi macam mana nak tahu kita minat ke tak kalau kita tak buat..??

sama macam jalan Allah ini...
nampak bosan..nampak macam tak best...
tak ada konsert yang pakai seksi2...tak ada lagu yang boleh joget2, lagha2...
tapi macam mana nak rasa best ke tak kalau asyik larikan diri...
macam mana korang nak feel kalau setiap kali dipanggil korang menyorok...

benar...hidayah dan petunjuk di tangan Allah...
bukan pada saya, bukan pada kakak usrah..
tapi Allah tak akan ubah sesuatu pada kita kalau kita tak ubah dahulu..
nak ubah dari mana..??dari "biannfusihim" yakni dari dalam diri..
paksa sikit apa yang ada di dalam, insyaAllah yang luar akan bergerak...

biarlah segalanya bermula dengan keterpaksaan...
insyaAllah dari yang terpaksa itu akan lahir keikhlasan...
sebab kadang-kadang manusia ini buta...
kena buka mata luas-luas, kena banyak muhasabah diri..
kena paksa diri berfikir...

Muaz bin Jabal pernah ingatkan sahabatnya :marilah kita duduk untuk beriman sejenak..
sebab kadang2 hidayah itu dah jelas..
tapi mungkin mata hati dah rabun, power spect hati tak cukup tinggi...
yang akhirnya buat kita samar2 atau tak nampak hidayah Allah itu..
so sebelum tidur tu, renung2kanlah sedikit nikmat Allah yang tak terkira yang dah diberi pada kita yang tak ada apa-apa ni..
dan jangan terus biarkan diri kita dalam kebutaan...
sebab takut dan bimbang, Allah akhirnya seal mata kita..
sampai kita tak boleh nampak selama-lamanya..nauzubillahiminzalik..


"Sebab Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, sedangkan pada pengelihatannya ada pula tutupan. Untuk mereka disediakan siksaan yang amat berat"
(QS 2 :7)

"Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah memperhebat penyakit itu, dan mereka diberi siksaan yang pedih karena mereka mendustakan kebenaran. "
(QS 2:10)

Allahu ta'ala alam..


No comments:

Post a Comment