Monday, November 15, 2010

sekiranya ia kerana Allah..





بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Salam alaikum....
salam buat semua...=)

lama tak bertanya khabar...
apa khabar iman anda..?? anggotau anda..?? akal anda..???
semoga sihat2 selalu ea..insyaAllah...


hoyeeee...hoyeeee...
alhamdulillah..dengan izin Allah selamat ke masjid tadi...
alhamdulillah..sempat sampai pada waktunya, sempat bertakbir, sempat solat bersama jemaah...
semuanya dengan izin Allah semestinya...
dan sempat tengok kambing kena sembelih..!!.(cis..time kat malaysia dulu tak nak tengok un...heee)
nikmat yang tak terhingga...
pengalaman yang sangat bermakna...
syukran Ya Allah...!!


so..sempena raya2 ni..nak ucapkan, selamat hari raya semua..!!
semoga hari aidil adha ini bukan sahaja disambut dengan masakan rendang dan soto yang lazat (yum2...),
namun turut dihayati dan diambil ikhtibar sepenuhnya....insyaAllah..
jika selama ini perayaan ini kita pandang hanya sebagai "perayaan islam",
mungkin kita sudah boleh mula mempraktikkan hari raya ini lebih dari sekadar hari raya...

lebih sekadar hari raya..??
apakah..??
sabar2...nanti saya nak luahkan sikit apa yang terbuku dihati...
yang mungkin tak dapat diluahkan dengan kata-kata...
tapi insyaAllah akan saya zahirkan dengan penulisan kali ini...=)

so sebelum saya nak membebel panjang lebar pasal hari raya ini...
nak kongsi satu link dulu...

dah baca..??
hehe..bukan apa..mungkin anda akan lebih faham kalau baca dari blog yang berkenaan...
lagi zouq dan meresap ke dalam hati..hehehe...

dari kaca mata seorang muslim biasa...
apakah itu raya haji..??
kalau kat malaysia, raya haji tak semeriah raya aidilfitri..
mana taknya, raya haji cuti sekejap, pastu tak dapat duit raya....
paling2 pun dapat balik raya rumah atuk nenek, jumpa sanak saudara...
tak ada baju raya baru...guna yang aidilfitri punya je..
pastu lepas solat raya kat masjid, balik rumah..tengok tv cerita drama melayu yang touchin2...
kalau buat equation la un...
raya haji = takbir raya + solat raya + khutbah raya + drama raya... ^^

cukup...tak yah lebih2...dah cukup bermakna dah tu..hurmmm...


namun dari kaca mata seorang ibadurrahman (hamba kepada YANG MAHA PENGASIH)..
mereka yang merasai kasih sayang sayang Allah....
mereka yang tahu bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu perkara untuk sia-sia...
maka aidil adha mungkin memberi kesan yang berbeza kepada mereka..

mereka sedar bahawa hari raya haji bukan sekadar pergi ke masjid, solat, dan balik...
jika raya haji hanya sekadar solat raya, Allah tak perlu nak jadikan kisah nabi Ibrahim..
Allah hanya perlu syariatkan solat raya kepada umat Islam melalui nabi Muhammad..
so, bila raya haji je, umat islam just pergi masjid and solat..thats it...

tapi nak dijadikan cerita, raya haji ini disambut sempena kisah nabi Ibrahim menyembelih nabi Ismail...
Allah jadikan kisah nabi Ibrahim ini, barulah Allah syariatkan perayaan ini...
mengapa ea...?? mengapa perlu dijadikan kisah yang sangat mengayat hati ini..??
kenapa nabi Ibrahim perlu diuji baru Allah suruh kita sambut raya haji..??
bermakna, ada sesuatu yang lebih penting yang Allah nak tunjuk...
ada sesuatu yang lebih bermakna yang hendak Allah sampaikan daripada sekadar ke masjid dan solat raya...

dan sesuatu itu adalah PENGORBANAN..

confirm korang dah bosan...semua orang cakap berkorban..berkorban..berkorban...
berkorban amendenyeee la kan...
apa la nak bagi...
nak kata dah ada anak, belum...
nak kata kena sembelih anak, dilarang dalam agama...
so apa yang nak dikorbankan..??

camnila....
boleh tak korang bagi saya 1 sen..?
konpom laju je kan capai purse...
cash bagi..siap halal lagi..hehe..
tapi kalau saya minta RM100....
agak2 nya bila saya boleh dapat...?? hehe...mana tak nya...
konpom kena soal siasat dulu..duit ni nak buat apa..??nanti nak bayar balik tak.??bila nak bayar balik..??siapa jadi saksi..?? bla3....
tu belum lagi kena tanda tangan agreement semua kan..
sayang kan dengan duit RM100 tu...

dan jika kita mampu untuk memberi yang sangat kita sayang itu, itulah yang dinamakan pengorbanan...

alaaa...nabi Ibrahim kan nabi....
mestila dia boleh buat apa2 yang Allah suruh...
jangan lupa bahawa nabi juga seorang manusia biasa seperti kita...
yang tahu erti marah..yang tahu erti sedih...yang tahu mana yang sayang, mana yang benci...

masa tengok kambing kedua kena sembelih tadi..
tengok muka kambing itu sangat2 takut bila dia tengok kawannya sudah mati kena sembelih...
mula2 kambing tu terpaku sekejap, and then dia start meronta seolah-olah dia paham bahawa dia bakal berhadapan dengan kematian...

KEMATIAN...ya kawan2..KEMATIAN...
kisah ini pasal berkorban nyawa...
Nabi Ismail menyerahkan NYAWA kepada sesuatu yang baginda tak nampak tapi baginda yakin akan kewujudan dan KekuasaanNya..

itu baru seekor kambing yang mungkin tak dikurniakan akal untuk berfikir..
bayangkanla bagaimana perasaan seorang anak...
yang baru berjumpa dengan bapanya sebentar...
namun sudah dikhabarkan bahawa baginda akan disembelih...
bukan oleh orang lain, namun bapanya sendiri...
subhanallah...kagum..tergamam...

semasa time penyembelihan tadi, saya terpikir...
apakah perasaan seorang anak, yang diacukan pisau oleh ayahnya di lehernya untuk disembelih...
dan apakah ganjaran yang ditawarkan sehingga seorang ayah mempunyai kekuatan sedemikian rupa..
untuk memegang pisau dan meletakkannya di tengkuk anaknya..
sudah tentu ganjaran itu bukan ganjaran biasa...
sudah tentu ianya amat bermakna...
sebab kerana ganjaran itu seorang bapa menjadi begitu berani..
begitu juga seorang anak sanggup menyerah diri..

ganjaran apakah itu..??
itulah keredhaan Allah..

hanya mereka yang paham dapat merasa betapa besarnya keredhaan Allah..
hanya mereka yang merasai kasih sayang Allah akan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan keredhaan Allah..
hanya mereka yang beriman sahaja yang mampu berusaha untuk memiliki keredhaan Allah..

dan atas sebab yang sama jugalah, seorang ayah menguatkan diri, memegang pisau untuk menyembelih anaknya yang dirindui, setelah sekian lama tak berjumpa..
kerana apa..??
kerana yakin akan janji Allah bahawa keredhaanNya adalah ganjarannya..

persoalannya..
layakkah kita untuk mendapat keredhaanNya..??
apa sahaja pengorbanan yang sudah kita buat..??
masa..?? wang ringgit..??tenaga..??keluarga..??
apa yang sudah kita buat dengan benda2 yang sangat kita sayang di atas..??

sudahkah kita bersedia untuk korbankan segala yang kita sayang kerana Allah..??
jika belum, tanyalah diri kita, adakah kita yakin selangkah kita selepas ini kita masih lagi bernyawa..?? adakah kita pasti bahawa jantung kita akan tetap berdegup untuk detik selepas ini..?? adakah kita yakin setiap langkah kita akan selamat tanpa keredhaannya..??

tanyalah iman anda...anda pasti temui jawapannya...

dan jika anda sudah bersedia...
usah tangguhkan usaha anda...
buatlah dengan segala daya yang ada untuk berkorban demi agamaNya..
usah risau dengan ketidakcukupan..
usah risau dengan kekurangan duit, masa, keletihan...
kerana Allah bakal hadiahkan kita dengan zuhud..
yakni merasa cukup dengan apa yang kita ada...
dan insyaAllah...
banyak duit belum tentu kita akan rasa cukup dengan apa yang kita ada..
banyak masa belum tentu kita akan gunakan untuk study...
tak letih belum tentu kita dapat buat kerja2 yang berfaedah..

jadi berkorbanlah...
lakukanlah kerana ingin mencapai keredhaanNya...
kerana tiada cita-cita yang lebih mulia selain daripada mendapatkan rahmat dan kasih sayangNya...

Allahu taala a'lam...=)

p/s : kepada yang sambut raya kat kelas..jangan sedih2 k..niatkan ia sebagai satu pengorbanan untuk korang..semoga Allah merahmati kalian...



1 comment:

  1. MasyaALLAH, sebuah entry yg sgt menarik~

    Moga kite dapat menjadikan aidiladha kalini lebih bermakna dari yg lepasnyer..

    Dari ketaatan lahir keikhlasan..

    InsyaALLAH..

    Jzkk...

    -anakmithali-

    ReplyDelete