Monday, November 1, 2010

the best for you ^^




بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Cuti yang simple tapi best..!!.
duduk kat rumah, settlekan segala yang perlu disettlekan...
dapat relax2 setelah sebulan tiada cuti hari sabtu..hehe...
dan akhirnya dapat memulakan minggu-yang-tak-serabut-kepala-lagi-since-semua-benda-yang-nak-disettle-dah-disettlekan-...
Alhamdulillah..semuanya dengan izinmu YA ALLAH..!!

Assalamualaikum hamba2 Allah sekalian..!!
sihat..??? semoga sihat selalu ea...didalam rahmat Allah semestinya...insyaAllah...=)


Kening saya bercantum kat tengah...(apa kena-mengena kan..adey)..
kawan saya cakap, orang kening bercantum ni kuat cemburu...
dan saya tak pernah sedar benda tu sampaila time kawan saya tu cakap, baru saya sedar...
rupa2nya kuat cemburu jugak ea saya ni...hehe...XD


tapi bukan ni yang saya nak cakap sebenarnya..
saya nak cakap yang........................

"..Allah memberi rezeki kepada manusia melalui 3 cara...sama ada Allah bagi terus apa yang kita nak..atau Allah bagi nanti, tapi ditangguhkan sebentar..ataupun Allah gantikan apa yang kita nak itu melalui sesuatu yang lebih baik...sesungguhnya segala apa yang ditetapkan oleh Allah itu, itulah yang terbaik untuk diri kita, bukan sahaja buat masa itu, tapi juga untuk masa akan datang.."


manusia ni banyak kehendak..
betul...banyak giler...
lepas satu-satu..ada je yang tak cukup..ada yang tak puas hati...
orang lain dapat, kita nak...orang lain ada, kita pun nak ada juga...
adey...kalau kita la kan..malas nak layan orang banyak songeh ni kan...
tapi betapa As-Sabru nye Allah ni, Dia sungguh bersabar dalam melayan kerenah kita yang macam-macam ni..
nak apa...minta sahaja padaNYa...

tapi Allah makbulkan apa yang kita hendak dalam tiga cara..(seperti yg disebut kat atas)
kenapa ea..???kenapa Allah tak bagi je terus apa yang kita nak..??kata sayang kan..??

sebab manusia ni kebanyakkan kehendaknya berdasarkan nafsu..
kadang-kadang bila kita nak something, kita tak pasti pun sama ada apa yang kita nak itu yang terbaik untuk kita atau tak...
kita tak peduli..yang penting kita nak benda itu..buruk ke benda itu pada kita, kita tak dapat nak pikir pun..
asal kita tengok orang lain happy ada benda itu, kita pun nak jugak benda itu...
sedangkan kita lahir dari lain-lain perut emak, sudah tentula tak sama effect "benda" tu kat kita kalau nak comparekan dengan kawan kita yang lain...

tapi Allah tahu...Allah sangat tahu...
sebab itu Allah ajar kita erti redha...
erti percaya dengan janji Allah...
sebab Allah tak nak bagi kita bertuankan nafsu...
maka Allah tunaikan apa yang tersimpan dalam hati kita ini dengan cara berlainan...

supaya kita sedar, at last apa yang Allah tetapkan itulah yang terbaik..
dan akhirnya kita tahu, sebaik-baik kita merancang, at last Allah juga yang mempunyai perancangan yang terbaik...

contoh yang terbaik adalah kejayaan...
siapa yang tak nak kejayaan, bukan..??
mana tak nya, tak yah retake...time orang pulun study, kita duduk goyang kaki, window shopping, tengok "spontan"..hehe...
tapi bila kita kena retake, mulalah tak tentu arah..makan tak kenyang, tidur tak lena,,seolah-olah tiada lagi hari esok...kann...

tapi jom kita muhasabah diri kita...
adakah kita 100% sure yang kalau kita dapat kejayaan itu, kita akan sehappy kawan kita itu..??
ke kejayaan itu jadi macam biasa-biasa je, yang akhirnya buat kita rasa, "tak yah belajar betul-betul..aku belajar sempoi-sempoi pun lulus gak..
kita yakin ke bila Allah bagi kejayaan itu kat kita, kita akan kembalikan kejayaan itu kepadaNYa..??
betul ke kita akan buat macam tu..?? ke bila kita berjaya, yang terdetik kat hati kita, "yes, berbaloi aku usaha seminggu ni"..atau "tak sia-sia baca past year last minit"...akhirnya, bukan nama Allah yang terlintas kat hati kita...

dan cuba tengok diri kita, kalaulah Allah tak beri kegagalan itu sekarang, akan fokus ke kita sampai akhir, ke nanti tiba2 last2 kita jadi leka sebab asyik berjaya je..??

tepuk dada tanya iman..

dan selepas itu tanyalah diri anda...
bukankah apa yang terjadi sekarang ini, itulah yang terbaik untuk anda dan iman anda..??

dan itulah kita...sebaik2 kita merancang..study hard..tak makan..tak tido..
at last rancangan Allah itulah yang terbaik buat kita..
sama ada Dia tunaikan apa yang kita mahukan atau Dia beri sesuatu yang lebih baik untuk kita..
tak kisahla sama ada perkara itu dianggap baik di dunia ini ataupun tidak..(macam kegagalan tadi)..

maka saudara seagamaku sekalian..
yakin dengan janji Allah..
kerana Dia yang menciptakan kita..
maka Dia lebih mengenali kita berbanding kita mengenali diri kita sendiri...

Allahu Taala A'lam..=)

p/s : kpd Jr.2 ku sekalian, teruskan usaha ke akhirnya kerana Allah..sesungguhnya setiap usaha kita itu dinilai oleh Allah dan itulah yang menjadi bekalan buat kita di akhirat kelak..insyaAllah..=)

No comments:

Post a Comment