Wednesday, October 6, 2010

one great morning in the new house





بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟




Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..


Assalamualikum..salam buat semua..=)

Yeah..pagi yang baik..alhamdulillah..nikmat Allah yang tak terkira..bangun tidur terus ke dapur cari makanan..tak terdengar hiruk pikuk bom atau orang berlari mencari tempat berlindung..siapakah yang benar-benar merasai nikmat keamanan ini sehinggalah kita merasai kehilangannya kan..nauzubillahiminzalik..

Rumah baru..biah baru..alhamdulillah..selesai urusan semuanya...Tak perlu pikir apa2 lagi...segala kesukaran anggap sebagai pengalaman...Ealah..hidup tanpa pengalaman sama macam tin kosong kan...bak kata seorang teman, yang membezakan kita dan yang lain adalah pengalaman kita..Experience is the best teacher, right? Syukur...Allah beri tempat berteduh..kalau Allah takdirkan tidur dalam khemah lagi payah..Tak ada toilet..tak ada kunci...tak ada dapur nak masak..

Jadi..stop complaining....target utama, focus study lillah...insyaAllah..=)

Secara keseluruhannya, my new house is great...!!


Ok..enough pasal rumah..
Urm..poland tahun ini agak sejuk..compare last year, rasanya tahun ini lagi sejuk..but still...iklan2 yang tidak sopan masih berkeliaran..jadi jihad mata mesti diteruskan..tak ada istilah rezeki ea kawan2..hehe..sebab Rasulullah pernah cakap dalam hadith riwayat Abu Hurairah ra, zina mata adalah melihat sesuatu yang tak sepatutnya kita tengok..so, dalam nak study2 ni, jom kita sucikan minda...bersihkan hati dari perkara2 yang tak sepatutnya...

Ohh..bila cerita pasal iklan yang tak sopan ini, confirm issue hak wanita dibangkitkan..katanya, Islam tak adil kepada wanita..menafikan hak wanita...
Adil..?? menarik istilah ini..apa maksud adil sebenarnya...?? sama rata..??

Meh kita dengar cerita abu ni...abu beli 4 kebab..kebab martin...walaupun martin dah naik satu zl, abu still beli 4..so, abu makan satu..satu dia bagi kat ali...lagi dua dia bagi kat ahmad...(cis..ikhtar la konon bagi lebih kat ahmad kan..)
Nampak macam tak adil un..?? tapi siapa tahu yang ahmad sebenarnya tak makan dah dua hari..sedangkan ali dan abu baru pagi tadi makan..kebab martin jugak...=)
Itulah adil yang sebenarnya..bukannya sama rata, tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya...
Dalam erti kata lain, memberikan kebab martin kepada sesiapa yang layak menerimanya...hee~

Jadi..apa sahaja sunnah yang telah Allah tetapkan pada diri kita, tak perlu dipertikaikan keadilannya..kerana Allah Lebih Mengetahui apakah itu keadilan sebenarnya..

Bila kita study sama banyak dengan rakan kita, kita tidur sama banyak dengannya..tapi at last dia je yang lulus...jangan complain kata Allah tak adil...sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..mana la tahu kalau kita lulus kita jadi riak..nanti tak boleh masuk syurga..tak dapat cari lelaki kacak yang bagai mutiara bertaburan kan..ceit...!!

So, bila Allah decide, lelaki aurat dari pusat ke lutut, perempuan seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan, jangan duk bising-bising..buat perdebatan...kononnya nak pertegakkan hak wanita...tak perlu..tak perlu..Allah itu Maha Adil..rasanya tak perlu saya ceritakan sebabnya...kerana saya rasa kita semua dah boleh pikir apa reason Allah decide sedemikian..dan sebenarnya dah jelas pun bahawa hukum yang ditetapkan Allah ini tidak menindas wanita sama-sekali malah melindungi wanita..

Even kalau kita tak jumpa reason pun, tak ada sebab kita nak pertikaikan hukum Allah..sebab kita tahu Allah Maha Mengetahui bukan..?? jadi kawan-kawan, “sami’na wa atha’na”..”kami dengar dan kami taat”..kerana mematuhi hukum yang ditetapkan oleh Allah itu jauh membawa faedah daripada kita terus-terusan mencari alasan untuk melanggar perintahnya...

Allahu taala a’lam..=)

No comments:

Post a Comment