Sunday, September 26, 2010

paused and play




بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟




Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..



Owh..sudah sekelian lama saya tak berkeliaran di sini..
Terasa sangat2 excited menekan2 button keyboard dengan lajunya..weeeee~
Ohh..sebelum terlupa, assalamualaikum semua..sihat...??hehe...
Sengaja buat comeback..dah lama sangat cuti...takut amanat terabai, kan..
Mungkin ada mereka yang memerlukan tulisan di sini, dan mungkin juga saya yang akan memerlukannya nanti...

Jadi target baru : tulisan yang lebih tulus dan ikhlas..insyaAllah..=)

Saya suka tajuk blog saya (ceit, perasan lebih)..
Sebab nama one-hearted adalah nama company adik-beradik saya..
Dari kecil berangan-rangan nak bukak company kami sendiri, along jdi lawyer, angah jadi Dr, saya jadi engineer, atih jadi akaunten dan zahir jadi arkitek..alhamdulillah..tercapai jugak hasrat kami untuk buka syarikat sendiri walaupun saya yang ambil alih tugas angah un..hee..nanti kalau dah graduate, kami nak bekerja under syarikat ini..nak buat brand kami sendiri..insyaAllah..
Saya sangat-sangat rindu zaman kanak-kanak saya..


Owh..bukan ini yang saya nak cerita sebenarnya..sebab ada sesuatu yang lebih penting disebalik nama syarikat ini...
Kerana nama inilah kami adik-beradik bersatu-hati..atas nama inilah akhirnya syarikat ini berjaya dibuka..dan kerana nama inilah kami tidak pernah berpecah-belah ..walau sejauh mana perbezaan pendapat dan perangai kami, at last kami akan bersatu balik, kerana nama “one-hearted” ini selalu kami sebut-sebut..

Jadi, jangan tanya kenapa selalu sangat saya tulis pasal perpaduan pada blog ini..
Sebab saya nampak punca kejatuhan islam adalah kerana tidak wujudnya one-heart antara kita..kita kekal dalam kejatuhan dan gagal untuk bangkit kembali atas sebab yang sama juga..
jadi, saya rasa umat islam perlu ada target baru..instead of tumpukan pada masalah rosak akhlah ummah yang tak pernah selesai, saya rasa lebih baik kita tumpukan pada isu perpaduan...satukan mereka-mereka yang bijak pandai, mereka-mereka yang tiada masalah rosak akhlak, satukan yang alim-alim meskipun berbeza pendapat..saya rasa target ini lebih releven buat masa ini..
Seorang rakan saya sering kali ditahan selama berjam-jam di airport sebuah negara islam hanya kerana gambar di passport pakai kopiah..seorang ayah kepada rakan, walaupun berkelayakan, namun gagal naik pangkat kerana memakai kopiah dianggap tidak professional...
Jangan terkejut..ini terjadi di negara islam..
Ya2..saya tahu ramai yang akan cakap, siapa suruh pakai kopiah..tak pakai kopiah tak semestinya tak islam..
Benar..tapi sangat tak wajar juga, seorang yang memilih untuk memakai kopiah, diketepikan haknya hanya kerana kopiah yang tak beri apa-apa effect pun pada syarikat itu..walhal, betapa kita sangat-sangat memerlukan mereka-mereka yang mahir dan pakar seperti orang yang memakai kopiah tersebut untuk menaikkan nama islam kembali, bukan..??
Nampak tak..??kita selalu bimbang tentangan dari musuh kita, orang yahudi, kristian..kita bimbang kita tak mampu mengamalkan islam dengan sempurna bila kita hidup dalam kalangan mereka..tapi sungguh, semenjak saya duduk di Poland ini, tak pernah sekalipun saya merasakan ancaman dari mereka...
Jadi, sangat2 terkilan juga bila ancaman kita sebenarnya hadir dari kalangan orang islam sendiri..

Owh saudara-saudaraku..bilakah kita akan satu hati..??


Mood : homesick..saya sangat rindu keluarga saya..~_~

No comments:

Post a Comment