Thursday, August 26, 2010

sujud sajadah..pelentur keegoan diri..=)



بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟




Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, "Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka." (HR Al-Bukhari dan Muslim)

ego....penghalang kecintaan seorang hamba kepada Tuhannya, seorang umat kepada Rasulnya, seorang saudara kepada saudaranya, dan seorang makhluk kepada makhluk yang lain...
disebabkan ego, seorang hamba memilih untuk tidak taat pada perintah Allah sedangkan dia sedar bahawa dia benar2 memerlukan Allah..
disebabkan ego, seorang umat enggan mengikut sunnah Rasulnya disebabkan malu apabila digelar kolot atau ketinggalan zaman...
disebabkan ego, seorang saudara sanggup menyakiti hati saudaranya yang lain, sanggup memutuskan persaudaraan hanya kerana hal yang sedikit semata-mata tidak mahu digelar "loser"...
dan disebabkan keegoan juga, dunia ini tidak pernah aman kerana kerakusan manusia dalam mengejar kekuasan, nama, harta dan pangkat...

semuanya kerana EGO..!!


siapa tahu ego ini sifat siapa..??
ya2..ego ini sifat syaitan...
betapa egonya syaitan ini...
walaupun dia sedar dia berada pada jalan yang salah, walaupun dia sedar dahsyatnya azab di neraka, walaupun dia sedar dia hanya ciptaan Allah dan boleh dihapuskan pada bila2 masa, dan walaupun dia tahu jika dia enggan sujud, pengakhirannya pasti di neraka kelak, namun dia masih berkeras tidak mahu sujud...
mengapa..??? kerana EGO...

oleh sebab itulah, maka keegoaan ini kita perlu lenturkannya,
agar kita dapat gunakannya di tempat yang sepatutnya...
supaya keegoan ini menjadi alat untuk kita mendekati agamaNya..
bukan menjauhkan kita dari jalan yang benar,,


Dari Umar r.a.: Pada suatu hari Jumaat, dia (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, dia lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah dia berkata: "Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa." (HR Bukhari)
Sujud sajadah adalah sunat muakad..
benar..tiada dosa bagi yang tidak melakukannya..
namun sunat ini adalah sunat yang amat-amat dituntut oleh islam....
maka rugi bukan kalau kita tak merebut peluang ini?

namun sekadar sujud tanpa penghayatan yang sebenar adalah kosong...
kerana pengajaran dan penghayatan sujud itu bukan wujud pada ketika kita sujud itu sahaja, malah ia sepatutnya dipraktikkan setiap masa...
hakikatnya bukan jasad kita sahaja yang sujud, namun hati kita juga perlu sentiasa sujud kepadaNya..

sujud mengajar kita erti merendah diri, sebab kita tahu ada kuasa yang lebih hebat daripada kita..sujud adalah tanda penyerahan diri kita kepada Allah...bahawa apa sahaja yang berlaku pada diri kita adalah di bawah kekuasaanNya...sujud menghilang rasa keegoan pada diri, supaya kita tidak malu untuk melakukan suruhannya dan tidak merasa keberatan untuk meninggalkan larangannya...dan sujud mengingatkan kita bahawa kita hanyalah seorang hamba, yang perlu beribadah dan menjadi khalifah di bumi ini, seperti mana yang diamanatkan olehNya..

dan sujud sajadah mengajar kita erti ketaatan...
Apabila Allah suruh kita bersujud, maka kita bersujud..
mendidik diri kita supaya tidak ego....
supaya kita sentiasa menjadi hambaNya yang merendah diri...
mengingatkan diri kita dahawa kita yang dicipta, maka apabila disuruh sujud, maka sujudlah dengan penuh ketaatan dan kasih sayang kepadaNya..

hakikatnya keegoanlah yang membawa syaitan ke neraka....
meskipun kebenaran di depan mata, namun kerana ego, cahaya kebenaran itu gagal untuk kita lihat...
maka kawan-kawan, mari kita hilangkan keegoaan ini dengan sujud sajadah...=)

semoga hidup kita dipenuhi dengan amalan-amalan yang sahih lagi diberkati Allah..

Allahu taala a'lam...^^


p/s : bacaan sujud sajadah :


سجد وجهي للذي خلقه وشق سمعه وبصره بحوله وقوته فتبارك الله أحسن الخالقين

"sajada wajhiya lillazii kholaqohuu wa syaqqa sam'ahuu wa basorahuu bihaulihii wa quwwatihii fatabaarokallahu ahsanul kholiqiin".

No comments:

Post a Comment