بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟
Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..
segala puji bagi Allah yang telah memberi kesempatan untuk kita bertemu bulan ramadhan ini..bulan penuh berkat....bulan yang dijanjikan pelbagai hikmah kepada kita..jadi insyaAllah, kita gunakan ramadhan kali ini sebaiknya...untuk pertingkatkan lagi amal ibadah..untuk merebut pahala yang dijanjikan Allah, bekalan untuk kehidupan kita yang hakiki kelak...insyaAllah..
Daripada Sahl bin Sa’ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w. “Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya:”Dimanakah orang – orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja.”
(HR Bukhari dan Muslim)
Ramdhan yang ke-19 buat saya...
ramadhan yang amat bermakna...
sebak hati saya menanti ramadhan kali ini...
terasa ruginya diri bila memikirkan ramadhan2 yang lepas dibiarkan pergi begitu sahaja...
tanpa dihayati dan digunakan sebaiknya...sedangkan Allah telah janjikan seribu macam ganjaran kepada hamba2Nya yang mencari keredhaanNya di bulan ini..
insyaAllah..semoga ramadhan kali ini menjadi ramadhan permulaan buat saya dan buat kita bagi yang sewaktu dengan saya...
dan semoga ramdhan kali ini menjadi ramadhan yang lebih baik dari yang sebelumnya bagi yang lain..
Alhamdulillah..syukur sangat2 sebab Allah masih lagi memberi saya peluang untuk merebut pahala pada ramadhan kali ini..memberi saya kesedaran akan keindahan ramadhan yang belum pernah dirasai sebelum ini..
jadi ramadhan baru..banyak azam baru...banyak amalan2 yang dalam perancangan nak dibuat..hehe..(macam nak sambut tahun baru pulak)
bukan untuk diamalkan pada bulan ini sahaja..malah semoga amalan2 kita beristiqamah pada bulan2 akan datang..insyaAllah..
jadi..apa makna ramadhan buat saya kali ini..??
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (QS 3:14)
sebenarnya, bulan ramadhan adalah bulan paling sesusai untuk kita mendidik diri dan nafsu kita...
untuk mempertingkatkan iman dan amalan kita...
sebabnya ketika inilah kita akan face to face dengan nafsu kita, tanpa ada gangguan luar..terutama dari syaitan..(gangguan kedai makan pun tak ada since semua kedai tutup..)
jika kita selama ini dok salahkan syaitan bila kita malas, bila kita nak marah-marah, bila kita buat jahat, salahkan syaitan sebab hasut kita makan banyak...
since syaitan dah pun diikat..
maka tiada sebab lagi untuk kita beralasan dalam mendidik nafsu kita..
waktu inilah waktu yang sepatutnya kita gunakan sebaiknya untuk merubah apa yang perlu diubah..
kalau agak-agak panas baran, banyak2kan bersabar..
kalau selama ini malas berat nak buat ibadah@ kerja rumah @ apa2 yang sewaktu dengannya, maka rajin2kanlah..
kalau rasa selama ini terlalu sibuk dengan dunia sehingga lupakan akhirat, maka waktu ini ambillah kesempatan untuk kembali padanya...
kalau rasa selama ini banyak makan...urm..paham2 jela ea..hehe..
28 hari yang telah Allah janjikan untuk membuka pintu rahmatNya..
insyaAlah menjadi 28 hari yang mampu merubah kita menjadi hambaNya yang lebih baik..
ramdhan boleh dikategori kepada tiga jenis :
1. ramadhan sekadar tahan puasa dan dahaga
2. ramadhan tahan puasa dan dahaga dan juga beribadah kepada Allah
3. seperti diatas dan ditambah dengan amalan kebajikan yang lain..
maka beruntunglah mereka yang berada pada golongan yang ketiga..
dan semoga post2 saya di blog ini sepanjang bulan ramadhan ini Allah terima sebagai amalan kebajikan saya..
kata kena bagi makan orang miskin kann..?? (QS 107:3)
"Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibuka pintu-pintu rahmah" (HR Bukhari)
since Allah dah janjikan pintu-pintu rahmahNya dibuka, maka jom kita banyak2 berdoa...
semoga dosa-dosa kita sepanjang kita hidup ini mendapat pengampunannya..
agar amalan2 kita pada Ramadhan kali ini diterimaNya..
agar kita menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat...
agar dunia tak lagi di hati kita...sekadar di tangan untuk kita genggami..
ohh ye..jangan lupa doakan saudara2 kita di Palestin...
dan juga semoga umat islam bersatu hati, tiada lagi persengketaan antara kita..insyaAllah..
Allahu Ta'ala A'lam..^^
* since bulan ramadhan bulan untuk kita mendapatkan pengampunanNya, maka saya ingin memohon maaf atas segala kesilapan, silap dan salah kepada sesiapa yang rasa saya ada terbuat salah pada dia..hehe...=)
No comments:
Post a Comment