Tuesday, August 17, 2010

Hebat..!! Cemburu..?? Hentikan..!! (part 1/2)



بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟




Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Tak terkenal di bumi namun sangat dikenali di langit..!!
Jika beliau bersumpah atas nama Allah pasti akan terkabul..!!

Uwais al-Qarni..seorang pemuda Islam dari Yaman yang langsung tidak terkenal di kalangan penduduk mekah dan madinah mahupun di yaman sendiri...seorang yang miskin, yang hanya mempunyai dua helai pakaian...beliau tidak pernah merungut malah sangat taat akan perintah Allah..Kemiskinannya tidak pernah menghilangkan keyakinannya pada Allah..malah beliau semakin gigih beribadah..rasa kecintaannya pada Allah sangat tinggi..di siang hari beliau berpuasa dan di malamnya pula beliau bermunajat kepada Allah..dalam beliau berpuasa itu, beliau masih mampu bekerja, menggunakan sepenuh tenaga untuk menampung kehidupannya dan ibunya yang lumpuh...begitu juga dengan kecintaannya pada Rasulullah..ketika beliau mendengar gigi Rasulullah saw patah ketika perang badar, beliau sanggup mengambil batu dan mematahkan giginya, kerana begitu sayangkan Rasulullah meskipun beliau belum pernah berjumpa dengan baginda...beliau sering kali cemburu apabila mendengar penduduk Yaman yang lain sudah berjumpa dengan Rasulullah saw.
Jadi, akhirnya luahan hatinya untuk sangat2 bertemu dengan Rasulullah saw diluahkan kepada bondanya...bondanya mengizinkannya untuk bertemu Rasulullah saw dengan syarat bila sudah berjumpa pulanglah dengan segera..!! Dengan rasa kecintaanya, beliau merentasi padang pasir sejauh 400 km untuk ke Madinah..setibanya beliau di rumah Rasulullah, beliau bertemu dengan Saidatina Aisyah ra...namun sayang sekali Rasulullah saw masih lagi di medan perang..beliau begitu kecewa kerana tidak dapat bertemu dengan Rasulullah saw..maka beliau berbagi2, mahu tetap menunggu atau mahu pulang menjaga ibunya yang sedang sakit..atas rasa ketaatan mengenangkan pesanan ibunya yang mahu beliau pulang segera, beliau pun meminta izin untuk pulang.
Pulang sahaja Rasulullah saw daripada medan perang, terus baginda menanyakan perihal tetamunya..tetamunya yang sangat mentaati ibunya..Saidatina Aisyah terkejut apabila mengetahui Rasulullah tahu akan kehadiran Uwais lalu menceritakan segalanya..sabda Rasulullah saw :
“Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.” Sesudah itu beliau SAW, memandang kepada sayyidina Ali k.w. dan sayyidina Umar r.a. dan bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.
Tahun berganti tahun, akhirnya Rasulullah saw wafat..maka hasrat Uwais tidak tercapai untuk berjumpa Rasulullah..para sahabat pula tidak henti2 mencari Uwais, seperti mana yang dipesan oleh Rasulullah saw..akhirnya, pada satu rombongan dari Yaman ke Syam, sahabat akhirnya dapat bertemu dengan Uwais..
Ketika bertemu, Uwais sedang solat..selepas solat, para sahabat memeriksa telapak tangannya, ternyata tanda putih ada disitu..para sahabat bertanya kepada Uwais, "siapakah nama saudara?"..beliau menjawab "Abdullah"..para sahabat tertawa dan berkata, "Kami juga Abdullah (hamba Allah), tapi apa nama saudara yang sebenarnya??"..beliau menjawab "Uwais Al-Qorni"..maka para sahabat meminta beliau untuk mendoakan mereka..namun beliau enggan lalu berkata, "sayalah yang harus meminta do'a dan istighfar dari anda". Namun para sahabat terus mendesak dan akhirnya Uwais turuti permintaan sahabat itu. Selepas itu, Omar ingin menyumbangkan sedikit harta Baitul Mal kepadanya, namun beliau menolak secara halus dengan berkata, “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."
Maka sehinggalah ke hari kematiannya, beliau menjadi seorang yang tidak dikenali..saat2 kematiannya juga sangat mudah, semuanya berjalan lancar, malah begitu ramai yang ingin menguruskan jenazahnya..sehinggakan berkata Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan, “ketika aku ikut mengurusi jenazahnya hingga aku pulang dari mengantarkan jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat penguburannya guna memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa pemerintahan sayyidina Umar r.a.). Malah penduduk Yaman sendiri tertanya sesama sendiri:
“Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qorni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala domba dan unta ? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa “Uwais al-Qorni” ternyata ia tak terkenal di bumi tapi menjadi terkenal di langit.

bersambung.....

Allahu ta'ala a'lam..^^
Italic

No comments:

Post a Comment