بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟
Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

selepas dibahagi ke kiri atau ke kanan...
maka kami yang berada di sebelah kiri ini pun diarahkan untuk pergi ke suatu bilik....
sementara menunggu giliran untuk masuk ke dalam bilik itu, aku perhatikan orang2 di sekeliling aku...
aku kenal mereka..tapi tak dapat nak cam siapa...
mereka nampak tenang...
sudah tentu sebab mereka tidak tahu apa yang bakal dikenakan ke atas mereka..
yang mereka tahu nasib mereka akan terbela..
aku jadi serba salah..
arghhhh....macam mana aku nak bagi tahu mereka...
yang mereka bakal di bunuh..!!!
macam mana aku tahu pun aku tak pasti..
yang pastinya KAMI BAKAL DIBUNUH..
hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasa sekarang ini...
lepas seorang2 dipanggil masuk ke dalam bilik itu..
barang2 diarahkan untuk tinggal di luar...
giliran aku semakin hampir...dahiku sudah basah...peluhku melimpah ruah..
ahh..Tuhan sahaja yang tahu bagaimana rasanya disaat2 menunggu kematian...
aku toleh ke belakang..aku giliran kedua terakhir..
ada seorang lagi dibelakangku...yang cukup aku cam dan aku kenal..
dia kelihatan tenang walaupun aku yakin dia tahu yang kami bakal dibunuh..
tidak seperti aku..
mungkin sudah cukup tarbiyah bagi dirinya..
bahawa ajal maut itu di tangan Tuhan..
maut itu pasti akan tiba juga...
tiba2 tangan aku disentap....
sudah tiba giliran aku untuk dibunuh...
dengan cara apa aku tak pasti..
yang pasti tubuh aku terasa lemah..
jantung aku berdegup kencang...
saatnya hampir tiba......
tiba2............
"ecah2..bangun...subuh..!!"
fuh...mimpi ini kena sabtu lepas..
tapi sampai sekarang terbayang2..
bangun tido badan terasa berpeluh...
takut sangat2...Tuhan sahaja yang tahu,,,
umi cakap...mimpi macam ini selalunya nak suruh kita tingkatkan amal ibadah..
tak pasti kesahihan apa yang umi cakap..
tapi yang pasti..hidayah Allah boleh datang dalam pelbagai cara bukan..??
kalaulah betul saya ditakdirkan mati dalam tido malam itu..
SUDAH CUKUPKAH AMAL IBADAH SAYA UNTUK MENGHADAP ALLAH..??
saya bangun dan solat...
minta Allah perteguhkan iman saya dan saudara2 saya...
supaya sentiasa kekal di jalanNya..
jarang dah saya dengar nasihat yang satu ni..
lepas mimpi itu tiba2 teringin nak ulang balik...
"sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan"
Allahu taala a'lam..=)
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
(QS 4:103)
No comments:
Post a Comment