بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟
Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..
sambungan dari tulisan yang lepas..
HEBAT..!! semua orang mahu jadi orang yang HEBAT...
saya pun nak jadi HEBAT..!! dan saya yakin anda pun ada keinginan untuk jadi HEBAT bukan??
sering kali kita mendengar cerita para sahabat mengenai kehebatan mereka..maka kita ambil teladan dari kisah2 mereka, supaya kita menjadi HEBAT seperti mereka..
tapi dalam banyak2 cerita, saya sangat2 tertarik dengan cerita Uwais..
HEBATnya beliau dengan cara beliau sendiri..
HEBATnya beliau pada sesuatu yang jarang kita nampak hebat...
HEBATnya beliau melalui penafsiran yang berbeza..
Hebat..?? apakah pengertian hebat di mata manusia...??
seorang yang terkenal..seorang yang mampu berkata2..seorang yang mampu lulus dengan cemerlang setiap peperiksaan yang diduduki..seseorang yang mampu menulis blog sehingga menusuk ke dalam hati..seorang yang mempunyai rakan2 yang sangat ramai..seorang yang kaya, yang telah bersedekah beribu2 ke rumah anak yatim..seorang yang ada perniagaan yang maju di seluruh dunia..seorang yang mampu mencipta itu ini...seorang yang menang bila bergaduh..dan etc...
Ya2..mereka memang hebat..sangat hebat di mata kita...!! yang sering kita agungkan..yang sering kita puja..
tapi Uwais menunjukkan kepada kita sesuatu yang berbeza..sesuatu yang selalu kita pandang lemah..Uwais buktikan, jika orang lain hebat, kita juga mampu jadi HEBAT..dengan cara kita sendiri..jika kita rasa kita lemah dan tak mampu jadi hebat, Uwais kata kita tidak...!! kita sebenarnya mampu..sebab kehebatan di sisi ALLAH yang kita perlu cari sebenarnya...
dalam diamnya, beliau seorang yang sangat terkenal di kalangan para malaikat...
dalam kemiskinannya, beliau hebat di sisi Allah, malah dimakbulkan setiap doanya..
dalam kegagalannya berjumpa dengan Rasulullah, beliau dijanjikan syurga untuk bertemu Rasulullah di sana kelak..
Hebat bukan beliau..??
Saya selalu pandang diri saya, apa yang saya ada untuk menjadi hebat..??
Kepandaian..?? Kekayaan..?? Kecantikan..?? Bakat terpendam..??
Aahhh...saya tak jumpa..sebab apa..??sebab saya pandang kehebatan pada mata manusia...
malah kadang2 lahir sifat cemburu pada kehebatan yang ada pada orang lain..
tapi kisah Uwais sering mengingatkan saya bahawa saya pun boleh jadi hebat..!!
kisah Uwais sedarkan saya bahawa, tidak perlu jadi orang terkenal untuk jadi hebat..
kita mampu jadi hebat dengan cara kita sendiri..
kita mampu jadi hebat apabila kita buat yang terbaik kerana Allah..kita jadi hebat bila kita yakin apa sahaja hasil daripada yang kita lakukan adalah yang terbaik yang Allah tetapkan untuk kita..
biar kita hina di sisi manusia janji kita mulia disisi Allah..
biar kita bekerja dalam diam...janji semuanya kerana Allah..
biar kita beribadah tanpa diketahui, kerana Allah yang nilai semuanya..
biarpun kita tak mampu untuk bercakap dihadapan orang, kita tetap hebat sebab mungkin nasihat kita yang hanya sedikit lebih bernilai dan berkesan dari khutbah yang panjang lebar..
biarpun kita sering dilupai oleh sahabat, kita tetap hebat sebab pentingnya siapa kita pada mereka, bukan siapa mereka pada kita..
biarpun kita buat sesuatu orang tak kenang, kita tetap hebat sebab sekurang2nya kita ada usaha..kita jalankan tanggungjawab kita kerana Allah, kerana rasa sayang dan kasihnya kita kepadaNya dan agamaNya yang dibawa oleh baginda tercinta..
biarpun setelah berusaha kita masih lagi gagal dalam peperiksaan, kita tetap hebat sebab segala usaha kita dinilai oleh Allah..
biarpun kita hanya mampu mendengar orang memperendahkan kita, kita tetap hebat sebab kita tahu yang kita telah usaha yang terbaik..
jadi rakan2..hilangkan rasa cemburu anda pada mereka yang hebat itu..
kerana sebenarnya kita juga mampu jadi hebat...
dalam diam kita, kita mampu jadi hebat...
dalam kegagalan kita dalam peperiksaan, kita mampu jadi hebat...
dalam diri kita yang hina, kita mampu jadi hebat...
dan dalam begitu banyak kekurangan pada diri, kita mampu jadi hebat..
ubah kelemahan kita kepada kekuatan...
dan disitulah letaknya kehebatan kita...
meskipun kehebatan itu tidak disedari oleh manusia...
meskipun kehebatan kita itu sering kali dipandang rendah oleh yang lain..
kita tetap hebat..!!
kerana bukan lagi kehebatan di sisi manusia yang kita kejar..
tapi kehebatan dan kemuliaan di sisi Allah yang kita impikan..
sungguh mulia Uwais...begitu banyak kekurangan pada dirinya..
namun dia mampu menjadi hebat di sisi ALLAH..SUBHANALLAH..!!
malah beliau dikenali oleh Rasulullah saw meskipun belum pernah bersua muka..
"saya tak hebat..??"
TIDAK..!! ANDA HEBAT..!!
SAYA,ANDA, DAN MEREKA HEBAT !!
KITA SAMA-SAMA HEBAT
KERANA KITA HEBAT DENGAN CARA KITA SENDIRI..
Allahu ta'ala a'lam..^^

"Fuh..lega...!! akhirnya aku sedar yang aku ni hebat sebenarnya..alhamdulillah..!!" =_="
No comments:
Post a Comment