Wednesday, July 28, 2010

oh..saya belum cukup umur lagi~

بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟




Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

"ecah jangan nak join parti politik..lagi2 anti2 kerajaan ni..kalau kerajaan kita tak bagi apa2 kat kita tak apa..tapi biasiswa kita pun diorang yang bagi"

politik..???
hehehe..pikir dua kali kot..
anti-kerajaan..??
tak mungkin..saya tak mahu lupa diri..
tak bersetuju dengan sesetengah perkara yang ditetapkan kerajaan tak bermakna saya perlu jadi anti-kerajaan..sebab tak semua perkara boleh diselesaikan dengan "anti"..
siapa pun kerajaan saya, saya perlu taati..

menyertai usrah tak bermaksud saya perlu jadi seseorang anti-kerajaan...
sebab usrah bukan perjuangan peribadi..
usrah bukan kelab yang boleh diguna2kan oleh mana2 parti politik..
usrah adalah perjuangan suci Hassan Al-Bana..
matlamatnya satu = perbetulkan kembali aqidah umat islam..
supaya umat islam tak lari dari agama Allah ini...
maka syiar Islam dapat disebarkan..
masyarakat dan kerajaan Islam yang berpegang teguh pada Al-Quran dan As-Sunnah dapat dibina..


dan islam tak mengajar umatnya untuk memberontak...gulingkan kerajaan..
selagi mana apa yang dilakukan pemimpin tidak membawa kerugian kepada rakyat..
maka kita perlu taat.,..
dan di Malaysia, kita ada pilihan raya..
maka tanggungjawab kita terletak di situ..
jadi, bila seseorang pemimpin sudah dipilih untuk memimpin atas persetujuan ramai..
maka kita perlu taat kepadanya..
tidak kiralah dari parti apa sekali pun..

"Ketahuilah! Sesiapa yang dipimpin oleh seorang pemimpin lalu dia melihat sesuatu kemaksiatan kepada Allah (yang dilakukan oleh pemimpin itu), maka bencilah kemaksiatan kepada Allah itu. Akan tetapi jangan menarik ketaatannya (kepada pemimpin itu)."
(Hadis riwayat Muslim)

jadi, tanggungjawab saya di waktu dan ketika ini adalah untuk TAAT..
selagi mana apa yang disuruh tidak menjejaskan aqidah umat Islam..
dan selagi mana Islam dapat dijalankan dengan aman di negara ini..
maka selagi itu saya tiada sebab untuk menentang kerajaan yang dipilih ini..

pilihan raya..??
hehe..saya belum cukup umur lagi..
setakat ini biarlah saya jadi negara2 pemerhati dulu..
bila dah sampai waktunya...
saya buatlah solat istikharah..
minta Allah beri petunjuk..
kerajaan mana yang terbaik untuk saya, keluarga saya dan umat Islam di Malaysia..
insyaAllah..=)

Allahu ta'ala a'lam..^^

*tulisan kali ini bukan untuk berpolitik..cuma ingin mengingatkan..

No comments:

Post a Comment