Sunday, October 28, 2012

senjata ketenangan



بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟

Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah




Aku berdoa bukan kerana ingin terkabulnya doa,
tetapi kerana aku obses dengan doa itu, maka aku berdoa.
Dan manakala aku mendapat ilham untuk berdoa, 
terkabulnya doa itu sentiasa menyertainya.
(Saidina Umar bIn Khattab)


uniknya manusia itu. dilengkapi dengan akal dan nafsu, berbeza keinginan, kehendak dan cita-citanya. Punya banyak impian dan angan-angan dari hari mata terbuka hinggalah ke saat berakhirnya nafas. Berbeza antara satu dan yang lainnya, yang menjadi penyeri kehidupan dunia dengan ragam dan karenah. Ada yang terus kuat melangkah, ada yang semakin lesu mengharapkan manis dunia. Begitulah kehidupan dunia.

namun ada kepelikan pada makhluk terbaik Illahi itu. bila semua punyai seribu macam kehendak. namun tidak semua meminta pada yang menyempurnakan kehendak. 
semua berusaha memenuhi keinginan, namun belum semua bergantung harap pada yang memenuhi keinginan.
siang dan malam mengejar cita-cita, namun masih ada yang tiada masa untuk menundukkan diri, berdoa kepada Dia, pemilik kehidupan dunia yang dikejarkan.




ketenangan dunia ini hanya milik orang mukmin. Sentiasa milik mereka. Yang pada tiap ketika mengingati Tuhannya dalam susah dan senang. Yang tidak lokek untuk sujud dan mengangkat tangan, meminta pada yang berhak untuk diminta. Yang mengalirkan air mata penyesalan tika memohon ampunan pada Tuhannya, kerna yakin Dia Maha Pengampun. Yang obses dengan doa pada Tuhannya pada tiap keadaan dan waktu kerna meyakini Dialah pemilik kehidupan dunia ini serta isinya. kerna mereka meyakini kasih Tuhannya pasti mengabulkan doa mereka dari arah mana pun kehidupan mereka.

Maka mereka menjadi tenang dengan hati yang sentiasa mengingat Tuhannya. Tatkala keyakinan mereka tidak goncang kerana telah mereka meletakkan sepenuh pergantungan pada Illahi, dengan ikatan doa yang tiada hijab antara seorang hamba dengan Tuhannya.

Ya, doa itu senjata mereka. senjata mereka yang damai kehidupannya meski aral rintangan tidak surut. Letaklah pada apa keadaan sekalipun yang menggoncang jiwanya, pasti keyakinan mereka pada Tuhannya semakin bertambah, tidak kalah pada gelombang kehidupan dunia yang menguji.

Tenang kerana doa. Damai jiwa kerana rintih hati didengarkan kepada yang Maha Mendengar. Yakin Maha Pengasih itu tidak pernah membenci mahupun meninggalkan, malah teramat memahami lebih dan kurangnya seorang hamba. Pasti Dia akan tunjukkan jalannya.

Maka berdoalah. Kerna dalam doa itu akan bertemu harapan seorang hamba dan kasih Tuhannya, kerna doa itu sentiasa memimpin pada penyelesaian, kerna doa itu senjata, senjata yang mendamaikan.


"Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya..."
(QS 14:34)




Allahu a'lam.



No comments:

Post a Comment