Thursday, August 2, 2012

tanya sama pokok



بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..









tarikh : 13 Ramadhan
masa : 8.00 pagi


tersenyum sendiri semasa melihat board ini di pintu keluar masuk SMK Cheras Jaya. jarang sebenarnya kita diingatkan akan perkara sebegini. bagus juga board ini diletakkan di pintu keluar masuk sekolah. strategik! ;) semoga menjadi muhasabah untuk pelajar-pelajar di sana setiap kali pergi dan balik daripada sekolah. :) 


hebat seseorang bukan sekadar pada tinggi ilmunya. hebat seseorang adalah pada amalannya atas ilmu-ilmu yang dimiliki. 


ramai orang bisa berilmu. namun belum tentu bisa beramal atas ilmunya. 

benarlah pepatah arab; ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. orang yang ada ilmunya, tapi tidak memaksa diri untuk mengamalkan ilmunya, tidak akan menampakkan hasil yang indah pada akhlak dan perbuatannya. 

sama-sama muhasabah. sejauh mana apa yang kita tahu dan yang sering kita katakan sudah menjadi akhlak dan peribadi kita.

semoga kaki ini tak jemu melangkah. semoga semangat ini tidak mengenal erti lelah. semoga kata-kata itu menjadi doa yang merubah diri ke arah redhaNya.

Semoga Allah redha.


p/s : Ya Allah! susahnya perubahan itu. benarlah syurga itu mahal harganya.

No comments:

Post a Comment