Showing posts with label kehidupan dan kecintaan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan dan kecintaan. Show all posts

Wednesday, October 6, 2010

one great morning in the new house





بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟




Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..


Assalamualikum..salam buat semua..=)

Yeah..pagi yang baik..alhamdulillah..nikmat Allah yang tak terkira..bangun tidur terus ke dapur cari makanan..tak terdengar hiruk pikuk bom atau orang berlari mencari tempat berlindung..siapakah yang benar-benar merasai nikmat keamanan ini sehinggalah kita merasai kehilangannya kan..nauzubillahiminzalik..

Rumah baru..biah baru..alhamdulillah..selesai urusan semuanya...Tak perlu pikir apa2 lagi...segala kesukaran anggap sebagai pengalaman...Ealah..hidup tanpa pengalaman sama macam tin kosong kan...bak kata seorang teman, yang membezakan kita dan yang lain adalah pengalaman kita..Experience is the best teacher, right? Syukur...Allah beri tempat berteduh..kalau Allah takdirkan tidur dalam khemah lagi payah..Tak ada toilet..tak ada kunci...tak ada dapur nak masak..

Jadi..stop complaining....target utama, focus study lillah...insyaAllah..=)

Secara keseluruhannya, my new house is great...!!

Sunday, September 26, 2010

paused and play




بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟




Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..



Owh..sudah sekelian lama saya tak berkeliaran di sini..
Terasa sangat2 excited menekan2 button keyboard dengan lajunya..weeeee~
Ohh..sebelum terlupa, assalamualaikum semua..sihat...??hehe...
Sengaja buat comeback..dah lama sangat cuti...takut amanat terabai, kan..
Mungkin ada mereka yang memerlukan tulisan di sini, dan mungkin juga saya yang akan memerlukannya nanti...

Jadi target baru : tulisan yang lebih tulus dan ikhlas..insyaAllah..=)

Saya suka tajuk blog saya (ceit, perasan lebih)..
Sebab nama one-hearted adalah nama company adik-beradik saya..
Dari kecil berangan-rangan nak bukak company kami sendiri, along jdi lawyer, angah jadi Dr, saya jadi engineer, atih jadi akaunten dan zahir jadi arkitek..alhamdulillah..tercapai jugak hasrat kami untuk buka syarikat sendiri walaupun saya yang ambil alih tugas angah un..hee..nanti kalau dah graduate, kami nak bekerja under syarikat ini..nak buat brand kami sendiri..insyaAllah..
Saya sangat-sangat rindu zaman kanak-kanak saya..

Wednesday, August 11, 2010

witamy Ramadhan Al-Mubarak..!!



بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟




Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Alhamdulillah..
segala puji bagi Allah yang telah memberi kesempatan untuk kita bertemu bulan ramadhan ini..bulan penuh berkat....bulan yang dijanjikan pelbagai hikmah kepada kita..jadi insyaAllah, kita gunakan ramadhan kali ini sebaiknya...untuk pertingkatkan lagi amal ibadah..untuk merebut pahala yang dijanjikan Allah, bekalan untuk kehidupan kita yang hakiki kelak...insyaAllah..


Daripada Sahl bin Sa’ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w. “Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya:”Dimanakah orang – orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Monday, August 2, 2010

D.E.A.T.H


بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟




Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..


selepas dibahagi ke kiri atau ke kanan...
maka kami yang berada di sebelah kiri ini pun diarahkan untuk pergi ke suatu bilik....
sementara menunggu giliran untuk masuk ke dalam bilik itu, aku perhatikan orang2 di sekeliling aku...
aku kenal mereka..tapi tak dapat nak cam siapa...
mereka nampak tenang...
sudah tentu sebab mereka tidak tahu apa yang bakal dikenakan ke atas mereka..
yang mereka tahu nasib mereka akan terbela..
aku jadi serba salah..
arghhhh....macam mana aku nak bagi tahu mereka...
yang mereka bakal di bunuh..!!!
macam mana aku tahu pun aku tak pasti..
yang pastinya KAMI BAKAL DIBUNUH..
hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasa sekarang ini...
lepas seorang2 dipanggil masuk ke dalam bilik itu..
barang2 diarahkan untuk tinggal di luar...
giliran aku semakin hampir...dahiku sudah basah...peluhku melimpah ruah..
ahh..Tuhan sahaja yang tahu bagaimana rasanya disaat2 menunggu kematian...
aku toleh ke belakang..aku giliran kedua terakhir..
ada seorang lagi dibelakangku...yang cukup aku cam dan aku kenal..
dia kelihatan tenang walaupun aku yakin dia tahu yang kami bakal dibunuh..
tidak seperti aku..
mungkin sudah cukup tarbiyah bagi dirinya..
bahawa ajal maut itu di tangan Tuhan..
maut itu pasti akan tiba juga...
tiba2 tangan aku disentap....
sudah tiba giliran aku untuk dibunuh...
dengan cara apa aku tak pasti..
yang pasti tubuh aku terasa lemah..
jantung aku berdegup kencang...
saatnya hampir tiba......
tiba2............

Wednesday, July 28, 2010

oh..saya belum cukup umur lagi~

بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟




Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

"ecah jangan nak join parti politik..lagi2 anti2 kerajaan ni..kalau kerajaan kita tak bagi apa2 kat kita tak apa..tapi biasiswa kita pun diorang yang bagi"

politik..???
hehehe..pikir dua kali kot..
anti-kerajaan..??
tak mungkin..saya tak mahu lupa diri..
tak bersetuju dengan sesetengah perkara yang ditetapkan kerajaan tak bermakna saya perlu jadi anti-kerajaan..sebab tak semua perkara boleh diselesaikan dengan "anti"..
siapa pun kerajaan saya, saya perlu taati..

menyertai usrah tak bermaksud saya perlu jadi seseorang anti-kerajaan...
sebab usrah bukan perjuangan peribadi..
usrah bukan kelab yang boleh diguna2kan oleh mana2 parti politik..
usrah adalah perjuangan suci Hassan Al-Bana..
matlamatnya satu = perbetulkan kembali aqidah umat islam..
supaya umat islam tak lari dari agama Allah ini...
maka syiar Islam dapat disebarkan..
masyarakat dan kerajaan Islam yang berpegang teguh pada Al-Quran dan As-Sunnah dapat dibina..

Wednesday, July 21, 2010

bukan sekadar anuti...



بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟




Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..



summer camp sangat seronok..!!..segala puji bagi Allah yang telah permudahkan urusan...Alhamdulillah..selamat juga saya dan rakan2 melalui proses2 tarbiyah di summer camp..sangat2 best..pengisian yang menarik...bagi semangat dan azam baru..beri peringatan kepada kami agar kami tidak lupa tujuan kita diciptakan di dunia ini..lagi2 time summer ni, antibody kena bagi extra sikit...hehe..dan sangat seronok dapat berjumpa balik akak2 n kawan2 dari poland, rakan2 dari china, kak wani, kak hana dan juga kak firdausi...semoga ukhwah yang di bina sentiasa berada dalam keredhaan Allah swt...=)

summer camp kali ini banyak pengisian baru..sangat seronok dapat banyak ilmu baru..bukan sekadar untuk dipelajari, tapi juga untuk diamalkan..ilmu yang diberi kali ini memberi kesan yang agak mendalam sebenarnya..sebab banyak benda yang selama ini saya terlepas pandang, padahal perkara2 itu yang menentukan sejauh mana sebenarnya kita mengIMANI agama Allah ini...

ustaz start slot dengan satu soalan...
"Bagaimana awak boleh yakin yang Allah itu wujud..??"

Wednesday, July 14, 2010

kekokokokokk (X_x)


بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟




Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..


weeehuuuuu...alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang telah permudahkan segala urusan...yang telah melindungi kami sepanjang perjalanan, dari Poland ke Rom sampailah ke Malaysia..semoga jaulah ke Rom ini diterima sebagai ibadah buat kami..ameen...=)

yeay..!!
Sampai rumah sudah...punggah2 barang pun sudah...cuma tak sempat qada' tidur ja..maisarah menangis non-stop sepanjang malam..sekarang pukul 4 pagi..tadi sempat tido 1 jam ja..umi kata ini kes terpencil ini..selalu ok ja..(ok..maisarah buli mak lang dia..tak pe..tak pe)..

actually memang tak boleh tidur pun..excited sampai rumah..masuk2 je rumah, semua maintain..sofa still di tempatnya, dapur pun macam tu..bilik pun...toilet pun..kipas ja dah berubah..dah pakai remote control..hehe..(sudah maju ea...)

tak banyak yang berubah...cuma...........................(jeng3x)..
SAYA KEKOK....!!! (arghhhh....!!)

Sunday, June 6, 2010

final mariii..!!


بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟




Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..


Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..
(Ar- Ra'd, 13:28)


NAMA : NUR AISYAH BINTI MIOR ABDULLAH

LOKASI : WARSAW, POLAND

AKTIVITI : EXAM FINAL YEAR 1


KEADAAN SEMASA : TENSION, KECUAKAN YANG TER
AMAT, KEGELISAHAN, KELAPARAN, KEMENGANTUKAN

TINDAKAN SUSULAN : BETULKAN NIAT, BANYAKAN MENGINGATI ALLAH, TINGKATKAN KEBERGANTUNGAN KEPADANYA, USAHA DAN USAHA LAGI, MASAK, MANDI, SOLAT HAJAT EXTRA


Wednesday, May 26, 2010

ohhh burung...


بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟




Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Tamat sudah fasa merenung diri dan memikirkan masa depan..subhanallah..benar..bila kita ambil masa sejenak..untuk berfikir dan muhasabah diri banyak yang kita dapat..dua minggu yang sangat2 menguji kebergantungan saya pada Allah..dua minggu yang nak duga sejauh mana saya percaya pada percaturannya...Alhamdulillah..sepanjang dua minggu ini Allah beri saya kekuatan untuk hadapi semuanya..syukur yang teramat...=)

Banyak saya dapat sepanjang dua minggu ini..dan sekarang tiba masa untuk saya berubah menjadi yang lebih baik..merenung diri akan jadi sia2 bila tiada langkah yang diambil untuk berubah bukan..??tapi yang pasti ada suatu perkara yang jelas tentang kejadian dua minggu ini..yang buat saya sedar bahawa
menyedari hakikat itu lebih baik daripada terus hidup dalam angan2, tak kiralah sepahit mana pun hakikat itu...dan penawar bagi ubat yang pahit hanyalah kemaafan serta kembali pada Allah..=)

Tuesday, May 11, 2010

saya nak buat anda gembira..=)


بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟




Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..


"bila sedih, stress, kecil hati ke, apa ke...sibukkan diri anda dengan dakwah..berlapang dadalah putry"

Petikan kata2 seorang sahabat....subhanallah..terselah kebesaran Tuhan..manusia bukan sahaja dikurniakan perasaan yang berbeza-beza, malah cara mereka bertindak terhadap apa yang mereka rasa pun berbeza..bila stress, ada yang pilih untuk ketawa, ada yang diam, ada yang buat2 ketawa, ada yang menangis, yang tiada reaksi pun ada, ada yang makan, ada yang tido, ada yang exercise (sihat2), ada yang bla3...hehe..dan hari ini saya pilih untuk menangis sekejap..sungguh sekejap je...bukan kerana saya kecewa, bukan kerana saya tak percaya pada rezeki ALLAH, tapi kerana INI CARA SAYA untuk merintih pada Allah...sebaik saja kertas saya sampai di tangan Dr Tymon (yang saya tahu sangat strict menanda kertas), the only thing in my mind adalah "adakah saya tak boleh buat test hari ini kerana dosa2 yang saya dah buat atau ini ujianNya untuk saya..??"............................

Saturday, May 8, 2010

Sungguh saya kagum dengan mereka


بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟




Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله

Di mana iman kita hari ini..?adakah semakin baik berbanding semalam atau semakin merudum?(eceyh..macam saham la pulak un)..ea..iman kita saham kita...saham akhirat kita...di mana pengakhiran yang baik bagi orang yang beriman begitu juga sebaliknya...kalimah syahadah bukan hanya ungkapan semata-mata..sebaliknya perlu dihayati..macam anatomy juga..klu kita sekadar baca, tak cuba paham, tak tengok atlas, tak akan kekal apa yang kita baca..(kena kat batang hidung sendiri)..sebab itu menjadi kewajiban kita untuk berusaha memahami kalimah ini..insyaAllah...di mana ada kemahuan, di situ Allah tunjukkan jalan..insyaAllah..=)

Musim summer musim yang best (sebab cahaya matahari nampak everyday..terasa lebih bersemangat), tp jugak musim yang mencabar bagi saya..sungguh, pengalaman yang luar biasa..benar kata Kak Yana..musim summer adalah musim ujian..nak tengok, kita apply ke tak apa yang kita dapat selama ini...satu ujian buat kita, bila kita cakap kita nak jadi orang beriman, sungguh2 ke atau "yang2 yok" je..isyak pukul 10 malam dan subuh pukul 2 pagi...huhu...kalau tido konpom tak bangun subuh punya..tapi balik kelas sangat penat..untuk stay up everyday sampai pukul 2 pg sangat2 la letih...tp apalah yang dikirakan sangat dengan keletihan ini??kalau ini yang kita perlu korbankan untuk mendapat hadiah lumayan kat akhirat kelak, apa salahnya kan..??pelaburan jangka masa panjang..kena la susah sikit..lagi pun, sudah puas rasanya Allah beri kita kesenangan time winter dulu (since winter kat Poland sangat2 la lama)..dapat tido lama sikit..bangun tido pown gelap lg...IMAN KITA BUKAN BERMUSIM..kita kena tunjukkan yang kita mampu mengamalkan islam sepenuhnya dalam apa jua keadaan sekali pun..time winter penuh solat, time summer habis lintang pukang mutabaah amal..huhu...insyaAllah..islam itu syumul..orang islam boleh hidup dalam apa2 keadaan sekali pn..so,sentiasa perbaharui iman kita k..=)

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (QS 6:32)

Thursday, April 29, 2010

Allah sedang menegur...


بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟




Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..


Alhamdulillah..tamat sudah retake utk genitourinary..segala puji bg Allah yg tlah p'mudahkn urusan...syukran Ya Allah...janji Allah pada mereka yg b'twkal kepadaNya...

“Barang siapa yang bertakwa kepada ALLAH niscaya akan ALLAH berikan jalan keluar dan ALLAH akan berikan rezeki kepadanya dari jalan yang tidak disangka-sangka.” (QS. Ath Thalaq [65] : 2-3).

1st tyme kene retake anatomy..sungguh sy kecewa..slh k utk kecewa..??klu org tanya sy, jwpn sy tak salah tp b'syarat...sy manusia..sy ad prasaan tuk kecewa...nmun sy p'lu ykin bhwa setiap ap yg Allah bg pd sy pasti ad hikmahnya..so..klu kecewa, na trus kecewa atau na b'usaha n b'twkl..??plihn d tgn anda..=)

Alhamdulillah..kali ni Allah beri kekuatan utk sy hadapi kegagalan..b'bnding sblm ny..klu kecewa konpom trus na meleleh ayak mata..smpi bengkak2 mata...Alhamdulillah, nikmat kefhmn agama Allah berikn pd sy...konsep tawakal serta kegembiraan adlh hak mutlak Allah mnjdikn sy seorg yg lbih redha...thnx kpd support system sy (kak yana, kak ayu, ahlul baklawa domu)....hbis 2..redha j k..??tak2..sbb sy ykin Allah tak jdikn sesuatu utk sia2...maka ad sumthing yg p'lu sy kaji dsblik kegagaln ny..muhasabah diri..n sy ambil kekecewaan kali ini sbgi tguran buat sy..

Friday, April 9, 2010

sy nanges..dia nanges..mereka nanges..


بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟




Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..


Alhamdulillah..slamat kami tba d bumi Warsaw stlh b'sjuk2an d bumi Wroclaw...spring camp pown da slesai..jazakillah khairan kpd Ustaz Kamarussalam serta akq2 n rkan2 ats perkongsian ilmu..banyak sgt bnda bru dpt tyme SCP ny..insyaAllah..cb amalkn sebaik mungkin.. =D

"Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka." (HR Anas)

Ukhwah..!!SCP kali ny bnyk sungguh menceritakan psal ukhwah..sk sgt sy bila org citer psal ukhwah..sbb sy taw ukhwah ny topic yg pling sng na phm tp pling susa na diamlkn...pntng dlm khidpn tp slalu dpndng ringan..jrng skali org sdar nilai ukhwah dlm islam..yg mana selemah2 ukhwah adlh husnul zhan n sbaik2 ukhwah adlh ikthar yakni melebihkn org lain..insyaAllah..mende ny sy na kongsi naty..bila citer psal fikrah n tarbiyah..kali ny na citer sumthing yg amt2 t'ksan pd sy..Usrah Baklawa Domu 11/4..=)

Sunday, April 4, 2010

salam taa'ruf..=D


بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟




Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..



Alhamdulillah..dalam tgh sibuk melepak membuang ms tyme cuty spring ny..t'dtik utk mmbuat sesuatu yg da lama t'tangguh...BUAT BLOG..!!ea..ea..sy mseh lg "bdk bru blaja" dlm dunia blog2 ny..niat buat blog ny da lama dah..tp bila pkir nama ap na bubuh n menyedari hakikat diri yg slalu sgt tak komited bila buat sesuatu, akhirnya hasrat ditangguhkn..adoyai..bila pkir2 blik..ap yg lbih pntng..nama atau pengisian..??..insyaAllah..semoga blog ni dpt mnjdi medan p'kongsian ilmu buat si penulis n jg kawan2 yg membaca..n UWAGA..!!ini adlh blog AGAMA..hahaha...dgr blog agama konpom rmai org lari lintang pukang ta mo bace..blog wahabi..!!(over2..shda yg ajar guna perkataan ny)..tp jgn riso..ini bkn blog ekstrimis mahupn blog ajrn sesat..ny hanyalah skdar blog agama..blog ad-din..blog kehidupan..menbincangkn segenap aspek dlm kehidupan..insyaAllah..sbb sy pcya bhwa kehidupan yg b'landaskn prinsip aqidah Islam yg sbnr tidak akn pernah tpesong..berdasarkn satu hadith Rasulullah saw.:

“Ku tinggalkan kepada kamu dua pusaka dan tak akan sesat atau buntu selama-lamanya selagi kamu masih berpegang kepada kedua-duanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Rasul-Nya.” (HR Imam Malik)