Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Sunday, October 28, 2012

senjata ketenangan



بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟

Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah




Aku berdoa bukan kerana ingin terkabulnya doa,
tetapi kerana aku obses dengan doa itu, maka aku berdoa.
Dan manakala aku mendapat ilham untuk berdoa, 
terkabulnya doa itu sentiasa menyertainya.
(Saidina Umar bIn Khattab)


uniknya manusia itu. dilengkapi dengan akal dan nafsu, berbeza keinginan, kehendak dan cita-citanya. Punya banyak impian dan angan-angan dari hari mata terbuka hinggalah ke saat berakhirnya nafas. Berbeza antara satu dan yang lainnya, yang menjadi penyeri kehidupan dunia dengan ragam dan karenah. Ada yang terus kuat melangkah, ada yang semakin lesu mengharapkan manis dunia. Begitulah kehidupan dunia.

namun ada kepelikan pada makhluk terbaik Illahi itu. bila semua punyai seribu macam kehendak. namun tidak semua meminta pada yang menyempurnakan kehendak. 
semua berusaha memenuhi keinginan, namun belum semua bergantung harap pada yang memenuhi keinginan.
siang dan malam mengejar cita-cita, namun masih ada yang tiada masa untuk menundukkan diri, berdoa kepada Dia, pemilik kehidupan dunia yang dikejarkan.




ketenangan dunia ini hanya milik orang mukmin. Sentiasa milik mereka. Yang pada tiap ketika mengingati Tuhannya dalam susah dan senang. Yang tidak lokek untuk sujud dan mengangkat tangan, meminta pada yang berhak untuk diminta. Yang mengalirkan air mata penyesalan tika memohon ampunan pada Tuhannya, kerna yakin Dia Maha Pengampun. Yang obses dengan doa pada Tuhannya pada tiap keadaan dan waktu kerna meyakini Dialah pemilik kehidupan dunia ini serta isinya. kerna mereka meyakini kasih Tuhannya pasti mengabulkan doa mereka dari arah mana pun kehidupan mereka.

Maka mereka menjadi tenang dengan hati yang sentiasa mengingat Tuhannya. Tatkala keyakinan mereka tidak goncang kerana telah mereka meletakkan sepenuh pergantungan pada Illahi, dengan ikatan doa yang tiada hijab antara seorang hamba dengan Tuhannya.

Ya, doa itu senjata mereka. senjata mereka yang damai kehidupannya meski aral rintangan tidak surut. Letaklah pada apa keadaan sekalipun yang menggoncang jiwanya, pasti keyakinan mereka pada Tuhannya semakin bertambah, tidak kalah pada gelombang kehidupan dunia yang menguji.

Tenang kerana doa. Damai jiwa kerana rintih hati didengarkan kepada yang Maha Mendengar. Yakin Maha Pengasih itu tidak pernah membenci mahupun meninggalkan, malah teramat memahami lebih dan kurangnya seorang hamba. Pasti Dia akan tunjukkan jalannya.

Maka berdoalah. Kerna dalam doa itu akan bertemu harapan seorang hamba dan kasih Tuhannya, kerna doa itu sentiasa memimpin pada penyelesaian, kerna doa itu senjata, senjata yang mendamaikan.


"Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya..."
(QS 14:34)




Allahu a'lam.



Tuesday, May 1, 2012

kembara jiwa kerdil merdeka : INTRO



بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..



"Andai tidak mampu berlari, berjalanlah. Andai tidak mampu berjalan, maka carilah ruang seketika, bukan untuk berputus asa, tetapi untuk mengumpul tenaga. Suburkan kembali rasa cinta Illahi. Kerana hanya dengan cintaNya kaki dapat terus melangkah dan berlari menuju pengakhiran hakiki."




Alhamdulillah. Dengan izin Allah, saya berpeluang untuk merasai kecantikan bandar Zakopane, sebuah kawasan pergunungan di Poland. Alhamdulillah Allah permudahkan kembara untuk menyemarakkan rasa kekerdilan diri sebagai seorang hamba. Untuk menyuburkan rasa cinta pada Illahi, Rabb yang menciptakan hambaNya dengan penuh rasa kasih dan sayang. Kembara yang memberi ruang untuk bermuhasabah, memperbetulkan kembali tujuan dan mengikhlaskan niat, untuk terus bekerja kerana cinta. Subhanallah, Allah izinkan untuk berada di satu kawasan yang teramat sangatlah canteeeeeek, yang membuatkan hati berasa begitu lapang dan tenang. Keindahan alam ciptaan Tuhan, siapa yang mampu menandingiNya?



"Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya." (HR Bukhari Muslim)


Friday, March 16, 2012

Pesanan terakhir



بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..


Sekadar perkongsian khutbah terakhir Rasulullah saw. Selamat bermuhasabah.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Thursday, March 15, 2012

Recheck!

بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟

Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Siapa yang nak main game angkat tangan! Wahhh..ramainya yang angkat tangan!..(muka bangga dan puas hati).

Baiklah, game nya sangat mudah, nama game ini obor-obor (ok, saya tak tahu kenapa saya letak nama game ni obor-obor). Hanya memerlukan sehelai kertas, sebatang pen, dan sekeping hati yang tenang. (sedikit tips yang mudah untuk mendapat hati yang tenang : siapa yang belum solat pergi solat, siapa yang belum baca quran sila baca quran dulu, siapa yang belum buka puasa sila makan (kalau dah masuk waktu maghrib la kan), dan siapa yang still tak dapat lagi ketenang hati lepas buat perkara di atas, teruskan berzikir dan pergilah mana-mana majlis ilmu sehingga ketenangan hati dijumpa.) (UWAGA: game ini punyai unsur yang melaghakan..jangan main permainan ini selagi anda tidak melakukan perkara di atas dan selagi mana hati anda mempunyai kegelisahan dan keresahan, kerana ia bakal membahayakan kehidupan anda seterusnya).

Wednesday, March 14, 2012

jutawan di dunia muflis di akhirat


بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟

Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

"Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Alllah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan dia ke dalam neraka.”(Riwayat Muslim).


Thursday, February 9, 2012

kenapa awak dah berubah?






بسم الله الرحمن الرحيم










كيف حالك؟



Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

tahu apa itu tarbiyyah?


nak kenal?
tahu macam mana tarbiyyah itu?

tarbiyyah itu ibaratnya begini.

seorang budak kecil yang baru kenal nombor, pergi ke sekolah, belajar tambah, tolak, darab, bahagi. lulus periksa. pergi ke kedai, boleh kira harga barang yang dibeli dengan sendirinya.

Sunday, September 18, 2011

Palestine : Kemenangan semakin hampir. Bersediakah kita?




بسم الله الرحمن الرحيم








كيف حالك؟



Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Fuhh..! Fuhhh..! (ok..dah berabuk, saya tahu)
18.9.2011. Akhirnya perasaan ingin menulis kembali bertaut.
selepas menerima sekeping gambar yang disebarkan di laman muka buku ;)
hampir 3/4 dunia mengikhtiraf Palestine sebagai sebuah negara termasuklah negara2 berkuasa veto dunia seperti China. Bagi negara timur tengah hanya israel (negara atas peta) yang tidak mengikhtiraf Palestine.
semakin banyak perkembangan baik seolah-olah laungan kemenangan pembebasan Al-Aqsa semakin hampir.
Namun, sudah bersediakah kita untuk menempatkan diri kita dalam kemenangan itu?

kemenangan dan kebangkitan ummah itu adalah janji Allah! sesuatu yang pasti.
kemenangan itu pasti akan tiba, disaat ummat islam kembali memegang teguh panji Quran dan Sunnah.Di saat islam yang asli dan benar, islam yang dibawa oleh junjungan besar Rasulullah saw kembali bertahta dalam individu-individu dalam masyarakat muslim itu.
begitulah sunnahtullahnya.
iman dan kemenangan islam tak akan dapat dipisahkan. ia akan seiringan.
hanya dengan iman islam akan menang.
hanya dengan iman taghut dapat ditumbangkan.

Tuesday, June 7, 2011

kelakar. sangat kelakar.



بسم الله الرحمن الرحيم








كيف حالك؟



Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Kelakar.
Kelakarnya dunia ini.
Kelakarnya hamba-hamba Allah ini.
Kelakarnya kehidupan ini.
Kelakar. Sangat kelakar.

Kita sedar bahawa kita hamba Allah. Kita sedar buat dosa masuk neraka. Kita sedar Allah dah bagi kita panduan hidup, kalau ikut kita ke syurga, kalau degil, tak nak buat, kita ke neraka.
Kita sedar semua itu.
Tapi anggota kita masih tak mahu patuh. Hati kita masih kita tutup dari mematuhi perintah Allah.
Kelakar. Sungguh kelakar.

Thursday, May 26, 2011

refleksi murabbi



بسم الله الرحمن الرحيم







كيف حالك؟



Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

buat mereka yang bergelar murabbi, dari sudut pandangan seorang mutarrabbi..
(selepas berborak dengan seorang sahabat yang menyatakan kelemahan sistem usrah dari sudut pandangannya)


~dimana letaknya kehebatan institusi kekeluargaan?~

Pernah suatu ketika saya terfikir, mengapa Imam Hassan Al-Bana (ISHAB), di saat beliau melihat umat islam pada 1928 dahulu semakin hanyut, maka dikaitkan dengan kegagalan institusi keluarga sebagai punca yang utama? mengapa bukan sekolah yang utama? mengapa bukan stesen tv yang utama? mengapa bukan taman permainan, pusat beli-belah, pusat-pusat hiburan yang utama? kenapa mesti keluarga?


Friday, April 15, 2011

last minute






بسم الله الرحمن الرحيم




كيف حالك؟

Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).”
(Al-Jumu’ah: 8.)

Bulan April tanda minggu-exam-tiap-tiap-minggu bermula..
tiada complain insyaAllah..
ujian dunia, tiada apa yang perlu ditakutkan..
jika kita yakin Allah bersama-sama dengan kita, insyaAllah segalanya akan dihadapi dengan tabah dan tenang.

Tuesday, March 22, 2011

kekuatan mana lagikah yang engkau mahukan..??



بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..




merasa lemah dalam perjuangan itu adalah perkara yang sangat biasa..
syaitan mana yang pernah berhenti dari menjatuhkan kita, melarikan kita dari jalan dakwah ini..??
dan kerana kedegilan merekalah, maka kita atasi juga dengan satu kedegilan..
kedegilan yang tegar untuk tetap berjuang walau apa pun yang menimpa kita..

Saturday, March 19, 2011

mulut yang zuhud, telinga yang setia




بسم الله الرحمن الرحيم

كيف حالك؟

Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Alhamdulillah..segala yang terkulam dah termuntah...
siapa yang menolong agama Allah, Allah akan menolongnya..
itu satu jaminan yang Allah beri kepada kita..
siapa sangka apa yang saya fikirkan sebagai masalah selama ini rupanya turut difikirkan oleh orang lain..


subhanallah...keajaiban yang Allah tunjukkan...
walau macam mana berbezanya kita, ada yang lembut, ada yang tegas, ada yang senyap, ada yang tak boleh stop bercakap, akhirnya apabila tiba kepada islam, yang berbeda menjadi satu..teguh...!
menunjukkan bahawa, dalam perjuangan islam ini, tidak kira siapa pun kita, di mana pun kita, sama ada kita pernah bersua ataupun tidak, fikrah kita tetap sama...
akhirnya apa yang kita fikirkan menuju ke arah satu matlamat yang sama..maka tidak mustahil untuk kita nampak perkara yang sama....

Tuesday, March 15, 2011

siapa yang lebih hebat?





بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

"(Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!" (QS 79:27)

di suatu bilik yang hening dan damai...
berlakulah suatu sesi perdebatan di antara penghuni bilik itu mengenai kehebatan masing-masing:

A : Engkau tahu tak siapakah yang lebih hebat di antara kita..?
B : Mestilah aku. aku pandai berkata-kata, setiap apa yang aku katakan, pasti dapat memukau hati orang yang mendengar. Jika aku berkata tentang sesuatu, pasti dengan mudah orang akan percaya dan mengikutku.
A : Tetapi aku lebih hebat. Aku pandai menulis. Tulisanku ibarat nyawa yang mampu menghidupkan jiwa-jiwa yang membacanya. Siapa yang membaca tulisanku pasti aku tersentuh hatinya, malah akan terkesan di dalam hidupnya.

Monday, March 14, 2011

I'm muslim, I'm OK..! ^^





بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

semenjak dua menjak ni cuaca di poland sangat indah..
matahari memancar dengan baik..angin bertiup sepoi-sepoi bahasa..
keluar rumah terasa nyaman, hilang segala keluh kesah..
subhanallah..Allah membenarkan kita untuk merasai nikmat tenang dan damai ini disaat mereka di Jepun sedang berada dalam kesusahan akibat tsunami..
dan juga disaat beberapa negara islam timur tengah yang masih belum aman, mempertahankan hak mereka sebagai rakyat...
mengajar kita erti syukur, syukur akan nikmatNya yang tak pernah putus...
syukur kerana kita masih lagi dikurniakan iman dan akal untuk memerhati dan menghayati segala kejadian alam yang berlaku di dunia..
syukur kita masih lagi dikurniakan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar serta hati untuk menilai tanda-tanda kebesaran Allah..
astaghfirullah..terlalu banyak yang kita terima..namun sayang sekali terlalu sedikit yang kita beri...
insyaAllah..sama-sama kita berusaha mendekatkan diri kepada Illahi~


"Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;

Dan Aku bersumpah dengan jiwa yang selalu menyesali (dirinya sendiri);
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat)."
(QS 75:1-5)

Tuesday, March 1, 2011

small TaPi DUZY



بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..



Salam alaikum..salam kesejahteraan ke atas semua..^^



terasa diri dipenuhi dosa..??
teringin nak buat baik...???
confused dengan hidup....????
kebaikan apa yang mampu anda lakukan.....?????

Monday, February 28, 2011

jus mengkudu, iman dan madu




بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..


~manusia, sedih dan sakit tak pernah terpisah sejak kecil lagi~



Salam alaikum..salam kesejahteraan ke atas semua makhluk Allah di bumi ini..


"kenapa bila orang cakap pasal agama saja, mesti nak kaitkan dengan kelukaan, kesakitan, ketidakgembiraan, kepahitan..? susah sangat ke agama tu..? tak akan Allah nak seksa hidup hamba yang nak dekatkan diri kepada Dia..betul tak..??"
"..errrr..."

Friday, February 25, 2011

UWAGA..!!semakin benci awak kat saya, semakin sayang saya pada awak..^^





بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..


Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang tetap memberi kesempatan untuk saya menulis dicelah2 kesibukan dunia ini...
hidup kita ini sudah terlalu banyak diisi dengan perkara duniawi..
sehingga kita terasa janggal untuk melakukan perkara2 ukhrawi..
terasa janggal untuk membaca Al-Quran, terasa janggal untuk duduk sebentar bersama rakan2 selepas solat untuk saling mengingatkan, terasa janggal untuk solat sunat, terasa janggal untuk membuka buku2 agama..
ya..terasa janggal apabila sesuatu itu dikaitkan dengan agama..
malah hal2 agama seolah-olah dianggap perkara2 sampingan, perkara yang dibuat bila ada kelapangan..
bila tiada kelapangan, maka tenggelamlah kita dalam kesibukan dunia kita yang entah bila akan berhenti sibuknya..
sehinggalah ke saat bila badan ini telah hilang keupayaannya, barulah disaat itu mahu menghampiri Illahi..
persoalannya, samakah kemampuan kita pada waktu itu dengan waktu kita sekarang ini..??
mampu lagikah untuk kita berdiri mengerjakan qiyam dan solat2 sunat..??
mampu lagikah untuk kita membaca dengan lancarnya setelah nikmat penglihatan kita ditarik oleh Allah..??
kuat lagikah ingatan kita untuk menghafaz ayat Al-Quran kala itu..??
kerana itulah perlunya untuk kita memerhati 5 perkara sebelum lima perkara..
insyaAllah..sama-sama kita muhasabah kembali diri kita..^^

Thursday, January 20, 2011

Kita ada Allah..maka cukup bagiku Allah



بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..




Mustahil bagi yang hidup ini tak merasai kesedihan...
mustahil bagi yang hidup ini tidak pernah terasa hatinya...
mustahil bagi yang hidup ini jiwanya tidak pernah tersentuh...
mustahil bagi yang hidup ini tidak pernah timbul kecemburuannya...
mustahil..!!
kita semuanya sama...hati, jiwa ini tidak pernah berhenti geloranya...
sama ada kita sembunyikan, mahupun kita lahirkan...
hakikatnya tetap sama...hati ini tidak pernah sunyi dari perasaan2 di atas...
cuma yang membezakan kita adalah apa yang kita cari apabila semua itu berlaku..??
kepada siapa yang kita harapkan untuk membantu mengurangkan kesedihan kita..??
itu yang membezakan siapa kita...