Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

kembara jiwa kerdil merdeka : ohhh! kami memang popular!

بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..




“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali supaya mereka tidak diganggu” (Al-Ahzab : 59)


"ehem. ramai orang pandang. rasa popular la pulak." 
(hati senyum girang walau muka maintain cool)


Kepada wanita-wanita muslim di luar sana terutamanya yang berada di negara yang islamnya masing asing, confirm anda-anda semua pernah merasai perkara ini. merasa seperti seorang "celebriti" ketika berjalan di khalayak ramai, dengan mata-mata yang memandang dengan pandangan yang tak lepas. Ada yang memandang kerana kagum dengan warna tudung yang cantik dan meriah, ada yang memandang dengan pandangan yang tertarik dengan imej islam itu sendiri terutama ketika musim panas (macam manala orang muslim ni boleh pakai tudung panas-panas ni), dan tidak kurang juga yang memandang dengan pandangan kurang selesa, tidak pasti sama ada islam yang mereka kurang selesakan atau rimas melihat kita berbalut lengkap atas bawah ketika matahari terik membakar bumi.

Saturday, April 7, 2012

sedikit sebanyak

بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Sedar tak sedar, selama ini diri kita masih jauh dariNya. Kita mudah mengaku beriman, mudah juga untuk kita berpuas hati dengan apa yang telah kita kerjakan. Namun bila dibelek hati kita, sikap kita dan amal yang telah kita kerjakan, tertanya masih banyak perkara yang perlu diperbaiki untuk menjadi hamba yang benar-benar dekat kepadaNya. Rupanya diri kita ini masih terlalu banyak kelemahannya, kelemahan yang menyebabkan terhalangnya hati kita untuk benar-benar yakin dan cinta kepadaNya.

Alhamdulillah. Hari ini Allah memberi izin untuk berjalan di bumiNya. Melihat keindahan ciptaanNya. Melihat orang ramai dengan pelbagai ragam, merasai kesejukan suhu spring ala-ala winter (sejuk.uhuu), melihat bangunan ciptaan manusia hasil dari ilmu kurnianNya, melihat sungai yang mengalir cantik! Subhanallah! melihat pokok yang tak berapa nak hijau tetapi tetap sempurna. Melihat semuanya. Seimbang. Sempurna. Menjadikan orang yang melihat semua ini dengan mata hati akan merasai ketenangannya. Tenang kerana hati yang biasanya bongkak bisa tunduk dengan kebesaran dan kekuasaan Allah yang menciptakan semua ini. Betul apa yang sering orang katakan, mustahil sebenarnya untuk kita tak nampak petunjuk dan hidayah Allah, kerana kebesaran Allah itu terbentang luas disekeliling kita. Tinggalnya hanyalah kita untuk membuka pintu hati kepada petunjuk Allah itu.



"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, tidak akan dibukakan pintu langit bagi mereka, dan mereka tidak akan masuk syurga, sebelum unta masuk ke lubang jarum.."

(QS 7:40)


Monday, March 26, 2012

yang besar menjadi kecil




بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟




Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

"Da'ie ibarat tiram di laut, dihiris pepasir tercalarlah ia, sungguhpun terluka tetapi dipendam, sungguhpun pedih tapi tetap disimpan, namun akhirnya dibalas MUTIARA BERHARGA.....Perjuangan Islam bukannya ada pilihan tetapi satu amanah Allah, menuntut seribu pengorbanan bagi sesiapa yang dihatinya terselit IMAN dan TAQWA dan sedar dirinya bertuhankan Allah..." (Aksara Cinta Illahi)



Salam alayk.
Salam kesejahteraan atas semua. Semoga dalam apa jua keadaan kita sekarang ini, Allah izinkan untuk kita manfaatkan ia ke arah redhaNya. Semoga Allah memimpin kehidupan kita agar setiap tindakan kita terlindung dari kemurkaanNya.

Saya percaya bahawa islam memerlukan daie-daie yang berjiwa besar, yang berlapang dada, yang memandang dunia ini seluasnya, yang tidak terlalu terikat kepada emosi dan kehendak peribadi. Saya yakin bahawa islam memerlukan muharik-muharik (penggerak) yang berpandangan jauh, yang tidak menyekat perjalanan dakwah dan tarbiyah hanya kerana satu perkara atau masalah peribadi yang kecil. dan saya mengimani bahawa dalam beberapa perkara, seseorang daie itu perlu untuk mengorbankan perasaan kecil hati, sedih ,kecewa dan sebagainya, demi memastikan tujuan dan hadaf dakwah itu tercapai. Saya sangat-sangat bersyukur pada Allah kerana membenarkan saya untuk memahami dan meyakini perkara ini, kerana dengan keyakinan ini, saya kuat untuk berada di jalan ini, jalan yang saya imani bakal membawa saya menemui redha Allah.

Tuesday, March 13, 2012

SUPER BANGGA!



بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Alhamdulillah..hari ini Allah masih membenarkan kita bernafas, untuk terus menyempurnakan amanah sebagai seorang aabid (hamba) dan tidak lupa juga sebagai seorang khalifah di atas muka bumi ini. Alhamdulillah, hari ini Allah masih membenarkan kita merasai ketenangan dan keamanan yang sebenar, yang tiada tolok bandingnya hasil dari sentuhan tarbiyah yang dianugerahkan kepada kita, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Alhamdulillah juga hari ini Allah mengizinkan kita menjadi seorang aabid yang unggul yang terus menerus mencari jalan untuk menjadi hamba yang terrrrbaikkkk di sisi Dia, Rabb sekalian alam.

Terlalu banyak perkara untuk disyukurkan, namun sejauh mana kita telah menunjukkan tanda syukur kita kepada Dia? (terdiam, pandang bawah, tahan sebak)


Friday, February 3, 2012

kitab sepi



بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..



Kuala Lumpur : 26.2 c

Panas.
Buka enjin. Pandu kereta.
Terik. Pening kepala.
Buka radio dengar lagu,
Kuatkan aircond.
Pandu kereta. Lampu merah. JAM! PANAS!

Buka pintu. Masuk rumah. Panas.
Buka kipas. Lajukan.
Quran di atas meja. Pandang.
Pergi ke tandas, berwudu'. Solat.
Duduk termenung.
Panas. Pening.

Monday, May 9, 2011

keperitan dalam beragama







بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..


"Agama..?? errr.."
"Islam..?? nanti dululah.."
"haaa..dah agak dah apa dia nak cakap..."'lekluu....apa kecoh2 agama2 ni..??jadi realistik sikit la wey"

kadang-kadang bila orang bagi kat saya dialog kat atas, tak pun saya dengar ada orang cakap macam tu, saya rasa geli hati..
sebab apa..???
sebab saya dulu pernah begitu..menganggap agama itu begitu asing sekali..
agama = planet asing, orang amalkan agama = alien
terasa agama itu benda yang sangat tak realistik, sangat tak praktikal dengan dunia kini..
dan saya sangat benci pada akak2 usrah, akak naqibah yang pakai tudung labuh, yang cakap2 pasal agama..
bagi saya satu word sahaja untuk mereka = POYO..!

Tuesday, April 19, 2011

campur berbaur- SAYA SUDAH 20!





بسم الله الرحمن الرحيم


كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Hari jadi kali ini hari jadi yang paling saya tunggu2 sekali..
bukan kerana saya akan mendapat angka dua dihadapan umur saya yang secara tidak langsung menunjukkan bahawa saya sudah matang..ehem..
tetapi kali ini saya tidak sabar sekali untuk mengameenkan DOA-DOA para sahabat, saudara2 seagama yang disertakan bersama ucapan "happy birthday"..
doa yang mungkin sukar diberi jika tiadanya hari ini..
doa yang dalam setahun datang dalam kadar yang banyak sekali,
dan harapan saya hanya satu, semoga Allah makbulkan doa2 ini..

jika selama ini saya terasa specialnya hari jadi ini kerana saya boleh merengek dan minta apa sahaja dalam masa 24 jam..
entah kenapa kali ini terasa specialnya hari ini kerana adanya doa2 ini..
"may Allah bless u", "semoga Allah merahmati anda", "semoga Allah permudahkan urusan"
dan entah kenapa pada tanggal umur sudah mencecah 20 ini, doa2 ini terasa amat penting dan bermakna..
entah kenapa doa-doa ini seakan-akan memberitahu saya bahawa "Aisyah, hiduplah untuk mencapai redha Allah..hiduplah seperti orang-orang yang beriman, dan semoga dengan apa yang awak lakukan itu, rahmat Allah sentiasa bersamamu".

Monday, April 4, 2011

Dialog hati - buat mereka yang baru tertatih




بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟

Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Antara perkara yang saya suka pasal usrah adalah term2 baru yang akan diperkenalkan oleh ahli usrah..
Ohh..saya suka bukanlah sebab "kosa kata berdarjat tinggi" saya akan bertambah banyak, tapi kadang2 term2 menarik ini akan membuatkan saya berpikir panjang. bukan sejam, bukan sehari dua, kadang2 berbulan2 lamanya.

"TULAH ILMU"..term yang saya dah dengar kira2 dua bulan yang lalu..
yang masih bermain2 di dalam hati dan pikiran saya sehingga kini..
saya suka term ini..bunyi sedap, menarik perhatian saya..
term yang dilontarkan disaat saya merungut geram pada mereka yang menolak jalan ini..
disaat term ini disebut, hati saya berkata ouch..! hehe..
ada sesuatu yang menarik pada istilah ini..
TULAH ILMU
boleh saya katakan "Tulah ilmu" ini adalah penyakit yang akan menyerang orang-orang yang rasa dirinya sudah cukup berilmu, sehinggakan kadang2 kita terlupa bahawa kita pernah jahil satu ketika dulu..
malah mungkin pada saat dan ketika ini, kejahilan itu tidak pernah luput pun dari diri kita..
hanya diri kita ini sahaja yang kadang2 sudah berasa selesa..atau kita ini kadang2 "perasan baik"...
rasa bahawa bila kita sudah mampu berhujah sepotong dua dari ayat Al-Quran, kita sudah baik, kita sudah berubah..

Tuesday, March 22, 2011

cuma kadang-kadang




بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..



~menjadi diriku dengan segala kekurangan..menjadi diriku atas kelebihanku~

bila setiap langkah yang diambil seperti tidak menunjukkan hasil...
bila segala yang dilakukan seolah sia-sia...
bila satu demi satu kegagalan datang...
membuatkan diri ini kadang-kadang terfikir...

layakkah aku untuk berada pada jalan ini...??
jika layak di mana silapnya...???
hati yang terlalu kotorkah atau dosa yang terlalu menggunung...??

Thursday, March 17, 2011

ujian limpahan





بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Ditelan mati emak..diluah mati bapak..
basically itu apa yang saya rasa sekarang..
tak beritahu yang benar, diri susah nak bekerja..
nanti beritahu, kata emo pulak..=_="
jadi nak buat macam mana..??
kita kulam je la...
saya percaya kepada tawakkal..
letakkan sepenuh pergantungan kepada Yang Esa..
Yang Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib..
yang mengetahui perkara2 yang kita tak nampak..ataupun perkara2 yang kita terlepas pandang..
dan saya percaya bahawa Dia akan memberi apa yang terbaik pada masa yang terbaik..
Dia jugalah yang akan menunjukkan kita jalan yang terbaik..
insyaAllah..mungkin belum masa yang sesuai untuk meluahkan...
dan mungkin juga lebih baik untuk tidak meluahkan...
pendirian saya kini, kita tunggu dan lihat...
Allah beserta dengan orang-orang yang sabar...insyaAllah..=)

Wednesday, March 16, 2011

Ouch..!








بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..


"antara iman dan nafsu, siapakah yang bakal menang..??"


Kelas lab minggu lepas kelas yang paling sejarah dalam hidup..
selama berada di alam university, itulah 1st time kena marah dengan lecturer depan2 orang ramai..
kena marah dengan benda yang kita tak buat pula tu,,,
geram..bengang...argghhhh...!
macam2 perasaan ada....
malu..yela..sapa yang tak malu bila cikgu marah depan orang ramai..
depan mat2 salleh lagi, jatuh imej islam..stress..!
geram..geram sebab dimarahi atas kesalahan yang kita tak buat...
sakit sebab tuduhan itu tak berasas...
dan takut sebab lepas ni konpom lecturer akan target kita...ahhhhhh...!

lepas je kena marah, mood terus bertukar..
otak can't stop mengawal perasaan marah..
hati tak boleh nak henti geram...
dari seorang lecturer dikagumi, tiba-tiba timbul rasa marah terhadap dia..
maka berlakulah perang antara iman dan nafsu :

Tuesday, February 22, 2011

immunologi : ada hidayah di dalamnya (Part 2)









بسم الله الرحمن الرحيم




كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Ya Allah, Ya Tuhanku
Andai kau takdirkan dia untukku
menjadi teman harungi hidup ini
satukan hatiku hatinya
amanahkan bahagia kemesraan selamanya




Salam alaikum..salam kesejahteraan ke atas semua..
apa sahaja keadaan yang Allah tetapkan untuk kita, yakinilah bahawa itulah keadaan yang terbaik untuk menggapai cintaNYa..
semoga kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah 24/7..

Monday, February 21, 2011

immunologi : ada hidayah di dalamnya (Part 1)




بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

".....Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur."
(QS 34:13)

Salam alaikum salam buat semua...
21hb Feb 2011...hampir sebulan tak update blog..
dan hari ini saya tersedar sesuatu..
betapa mudahnya kita tertipu dengan kesibukan dunia...
bila diri sibuk dan letih, maka diri ini mulalah mencipta2 alasan..
alasan untuk mengelat dari tanggungjawab..
terasa berat untuk sebarkan agama Allah..terasa malas nak menyampaikan pada orang lain..
sedangkan jalan ini tidak akan pernah lari dari istilah letih dan penat..
jalan ini jalan yang perlu disampaikan dengan bersungguh2...
tanpa mengira betapa banyak masa dan tenaga yang perlu dihabiskan untuknya..
kerana janji Allah sedang menanti kita..iaitu kesenangan dan kebahagian hakiki yang akan terbalas di akhirat kelak..
Astaghfirullahalazim...semoga kita istiqamah dalam terus menerus menyampaikan agamaNya..

ohh...sem 2 semakin busy..
setiap hari kelas dari pagi sampai petang...
baru terasa rugi bila nikmat kesenangan dan masa lapang itu tidak digunakan untuk jalan yang sepatutnya...
saya tidak mahu menggunakan istilah " biasalah...manusia ini memang macam itu.."
kerana ianya sepatunya menjadi sesuatu yang luar biasa pada kita, bukan sesuatu yang biasa..
semoga Allah tetap memberi kesempatan di tengah2 kesibukan ini untuk istiqamah menyampaikan walaupun hanya sedikit ilmu..insyaAllah..

lecture immunologi hari ini sangat best...Alhamdulillah..!!
lecture yang membuatkan saya berpikir tentang banyak perkara...
Subhanallah..betapa hidayah Allah itu boleh dari dari pelbagai sumber..kadang2 dari sesuatu yang tak disangka2, dan kita hanya akan sedar bila kita buka hati, mata dan telinga kita untuk menerimanya..

"We, human cannot live without our pain sensation. We'll die." kata lecturer immunologi.

Ya..badan kita ini sangat sensitive terhadap kesakitan..
bila kita rasa sakit, kita selalu merungut..sebab sakit itu bukanlah sesuatu yang menyeronokkan..
badan rasa tak selesa, semua kerja yang nak dibuat serba tak kena...
tapi sedarkah kita bahawa, kesakitan itu membuktikan yang immune system kita akan masih dapat berfungsi..??!
sedarkah kita, bahawa kalau kita hilang rasa sakit itu, something wrong happen kat badan kita, atau dalam erti kata lain, badan kita ni not in a good condition..??
wahh..kagum dengan statement lecturer tadi...
jadi sepatutnya, kita perlu sangat2 bersyukur kat Allah, bila Allah masih lagi memberi nikmat kesakitan pada kita..
membuktikan bahawa badan kita ini masih elok..immune system kita masih lagi mampu untuk bekerja..yeay...!

begitu juga dengan iman..
iman kita ini ibarat immune system pada diri kita..
segala perbuatan kita akan beri effect pada iman kita..
jika baik perbuatan kita, maka iman berada dalam keadaan yang sejahtera..
namun bila kita start buat perkara2 yang tak baik, maka iman kita akan merasai sakitnya..

cuba bayangkan apa yang akan terjadi bila iman kita kehilangan fungsinya atau dalam erti kata lain tidak berada dalam keadaan baik..??
sensor pada iman kita akan menjadi kurang sensitive.
iman yang sepatutnya dapat detect perkara2 munkar, mula kabur2 terhadap perkara2 jahiliyah..
yang akhirnya menyebabkan iman kita buta daripada mengenal perkara2 jahiliyah tersebut..
bila kita buat dosa, iman kita tak dapat detect benda itu...
maka kita terus tenggelam dalam dunia kejahilan kita...
kita tidak rasa yang dosa itu adalah dosa
dan lebih teruk kita bangga melakukan dosa2 tersebut..

ohh..takutnya apabila disaat itu mata, hati dan telinga kita akan tertutup..
terhijab daripada hidayah Allah..
terhijab daripada petunjuk ke jalan yang benar..
yang akhirnya membuatkan diri kita jauh dan semakin jauh dari rahmat Allah..
nauzubillahiminzalik..

jadi rakan-rakan..bersyukurlah bila kita nak berubah, Allah hadirkan kepayahan itu, Allah hadirkan kesakitan itu..
menunjukkan bahawa iman kita semakin sensitive...
iman kita semakin berfungsi..
benar..untuk berubah bukan suatu yang mudah...
kita akan jatuh dan bangun berulang-ulang kali..YA...BERULANG-ULANG KALI..!!
dan dalam kita asyik terjatuh itu, kita akan merasai kesakitan yang amat sangat...
seolah-olah sudah tiada harapan untuk berubah..
tapi sedarlah bahawa kesakitan itu bukan sekadar ujian..
tapi kesakitan itu juga tanda sayangnya Allah kepada kita...cintanya Allah terhadap hambaNya...
jadi jangan pernah untuk kita berhenti bersyukur...
bersyukur kerana Allah hadirkan kesakitan itu kepada kita...
kesakitan yang merapatkan lagi diri kita kepadaNya..
kesakitan yang meninggikan lagi kebergantungan diri kita kepadaNya..
kesakitan yang terus menghidupkan iman kita...
yang membuatkan diri ini semakin kuat..semakin gagah untuk mengamalkan agamaNya sepenuhnya...

ya..kita manusia yang rapuh dan lemah...
kesakitan yang datang mungkin akan menguji keazaman dan kesungguhan kita..
jadi jangan pernah berhenti dari memohon kekuatan dari Yang Esa..
yang Maha Mendengar...yang sangat dekat dengan kita, malah lebih dekat dari urut tengkuk kita..
dan jangan pernah sekali-kali berpatah balik bila kita sudah berjumpa dengan jalan yang benar itu...
kerana yang akan terjadi hanyalah iman kita yang akan lemah dan semakin lemah sehingga satu tahap ianya tidak akan berfungsi lagi..
disaat itu tiada guna untuk kita menyesal dengan kegagalan kita untuk bertahan..
kerana pada ketika itu kita hanya akan ditempatkan bersama-sama golongan2 yang menzalimi dirinya sendiri..

Allahu ta'ala a'lam..

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh ORANG-ORANG YANG ZALIM; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).

(Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).

Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, ORANG-ORANG YANG ZALIM akan merayu dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu”. Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): “Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan? "
(QS 14:42-44)

Sunday, January 23, 2011

bila masa itu belum yang terbaik




بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟

Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)."
(QS 11:6)"

Hari ini saya sangat gembira...Alhamdulillah..
bukan sebab saya menang cabutan bertuah..
bukan juga sebab saya dapat hadiah dari siapa-siapa..
cuma apa yang berlaku pada diri saya hari ini sangat mengembirakan..
dan bertambah-tambah kegembiraan saya apabila saya mampu bergembira dengan sesuatu yang selalunya tak menggembirakan saya...
apakah..?? haha...tak yah layan..emosi terlalu gembira..jadi tak stabil sangat..hehe..

Friday, January 21, 2011

MATI - pengakhiran yang baikkah buat kita..??




بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

"Allah mengilhamkan kepada jiwa manusia (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya." (QS 91:8-10)



Subhanallah..!! hidayah Allah itu selalu datang tanpa diduga...
kadang-kadang tanpa dipinta..
betapa sayangnya Allah pada kita..
betapa Allah hendak kita sentiasa ingat kepadanya...
betapa Allah membantu kita supaya kita tidak leka, tidak lalai dengan kehidupan dunia yang sementara ini...

Wednesday, January 19, 2011

sesat-sesat cari jalan...




بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan." (QS 59:18)


Alhamdulillah...segala puji-pujian bagi Allah...
Yang Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi...
Yang tidak pernah meninggalkan hamba2Nya...apatah lagi membenci...
Yang senantiasa memberikan rezeki serta ketetapan yang terbaik buat hamba2Nya...
Semestinya untuk dijadikan bekalan buat kehidupan yang sejahtera di kampung akhirat kelak..
Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah...!!


"Cari apa bawah lampu jalan tu..??"
"owh...cari kunci tercicir..hilang.."
"tercicir kat mana..??"
"Dalam rumah tadi.."
"Dalam rumah..??habes tu kenapa cari kat sini..??"
"Dalam rumah tak ada lampu...kat sini ada lampu...baru boleh nampak..."
"................" (=_=")

Monday, January 10, 2011

kalau tak buat, sia-sialah





بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..


baca belakang..depan lupa..

baca depan..belakang lupa...
tak apa..tak apa...
usaha sehabis baik...
setiap kesusahan pasti ada kemudahan...
insyaAllah...Allah akan berikan kita rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka..
kalau itu yang thorrbaek untuk iman kita...

dalam keadaan muscle belakang yang masih tegang (dalam erti kata lain tak relax2)
saya sepatutnya tidur pada waktu ini..
tapi gagahi juga mata...
sebab ada yang tak habis baca lagi..heee..(itulah..dah pesan baca awal2 kan..=_=")


“Sunnatullah” (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu. (QS 48:23)

Allah itu Maha Mengetahui...
di mana pengetahuanNya tiada awal dan tiada akhir...
Dia Maha Mengetahui pada sesuatu yang lepas, kini dan selepasnya..

Sunday, January 2, 2011

Allah jadikan awak baik...jadi awak sangat baik..!!




بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Alhamdulillah..saya masih lagi bangun sebagai seorang muslim....
bangun dalam kesedaran yang Allah masih beri lagi saya nikmat hati untuk saya rasa dan paham, mata untuk melihat tanda2 kebesaranNya, telinga untuk tetap setia mendengar peringatanNya, akal untuk membezakan antara yang baik dan buruk serta bi'ah yang baik untuk saya tetap mengamalkan islam..!!
subhanallah..!! sungguh..tiada alasan untuk tidak bersyukur terhadapNya..

tadi umi berpesan..."biasalah..hidup dengan manusia ni memang banyak ragamnya..jadi kena banyak sabar"

umi selalu pesan ini...tapi entah kenapa, hari ini terasa pesanan ini sangat menusuk kalbu...
meresap ke hati...subhanallah..kalau Allah itu nak beri hidayah, benda yang biasa pun boleh jadi luar biasa kan..hee~
dan hari ini baru saya tersedar sesuatu yang sangat penting dari pesanan umi ini..
pesanan yang biasanya saya buat tak endah akhirnya menjadi satu turning point dalam diri saya..insyaAllah..

Saturday, December 25, 2010

setiap kesusahan ada kemudahan






بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..





"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.."






(QS 95:5-6)

Alhamdulillah..pengembaraan musim sejuk yang menyeronokkan...
apa yang kami dapat bukan hanya kegembiraan..
tetapi pengalaman yang sangat berharga..
perjalanan balik yang sepatutnya mengambil masa 2 jam, tetapi menjadi dua hari, penuh dengan ibrah bagi mereka yang memerhatikan...
insyaAllah...nak kongsi sedikit di blog ini..
semoga kita sama2 dapat berkongsi sesuatu dari TRAGEDI CHRISTMAS 2010...

seorang sahabat bertanya semasa kami sadaya upaya mencari jalan pulang ke warsaw.."apa yang patut kita rasa sekarang ini..tawakal..??"
dan saya kata.. "bersyukur.."
benar...bersyukur...didik hati kita kita bersyukur dalam apa jua keadaan..
sebab kita tahu bahawa apa yang Allah tetapkan kepada kita adalah yang terbaik bukan..??
walau macam mana susah sekali pun, kita yakin bahawa itu yang terbaik..
jadi bila kita dapat yang terbaik apa yang patut kita buat..?? bersyukur...full stop.

Sunday, December 19, 2010

manusia punya level




بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

hari ini saya masih lagi dapat bangun..
hari ini saya masih lagi ada kaki..
hari ini akal saya masih berfungsi..
hari ini jantung saya masih berdegup..
dan hari ini saya masih lagi dapat merasa nikmat dan kasih sayang Allah..
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...Ya Allah...

saya sayang Allah..!! fullstop.

hari itu ustaz tanya, apa ciri2 orang hebat...
maka ramailah yang menjawab..
"ego..!! outspoken..!! tak mudah dipengaruhi..!! tak nak dengar cakap...!!"