Saturday, April 7, 2012

sedikit sebanyak

بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Sedar tak sedar, selama ini diri kita masih jauh dariNya. Kita mudah mengaku beriman, mudah juga untuk kita berpuas hati dengan apa yang telah kita kerjakan. Namun bila dibelek hati kita, sikap kita dan amal yang telah kita kerjakan, tertanya masih banyak perkara yang perlu diperbaiki untuk menjadi hamba yang benar-benar dekat kepadaNya. Rupanya diri kita ini masih terlalu banyak kelemahannya, kelemahan yang menyebabkan terhalangnya hati kita untuk benar-benar yakin dan cinta kepadaNya.

Alhamdulillah. Hari ini Allah memberi izin untuk berjalan di bumiNya. Melihat keindahan ciptaanNya. Melihat orang ramai dengan pelbagai ragam, merasai kesejukan suhu spring ala-ala winter (sejuk.uhuu), melihat bangunan ciptaan manusia hasil dari ilmu kurnianNya, melihat sungai yang mengalir cantik! Subhanallah! melihat pokok yang tak berapa nak hijau tetapi tetap sempurna. Melihat semuanya. Seimbang. Sempurna. Menjadikan orang yang melihat semua ini dengan mata hati akan merasai ketenangannya. Tenang kerana hati yang biasanya bongkak bisa tunduk dengan kebesaran dan kekuasaan Allah yang menciptakan semua ini. Betul apa yang sering orang katakan, mustahil sebenarnya untuk kita tak nampak petunjuk dan hidayah Allah, kerana kebesaran Allah itu terbentang luas disekeliling kita. Tinggalnya hanyalah kita untuk membuka pintu hati kepada petunjuk Allah itu.



"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, tidak akan dibukakan pintu langit bagi mereka, dan mereka tidak akan masuk syurga, sebelum unta masuk ke lubang jarum.."

(QS 7:40)



Ketika duduk di kedai kopi bersama Kak X, berborak-borak sambil meningkatkan iman (cewwaahhhh..), tiba-tiba masuklah pada satu perbualan (dialog ni diubah suai sedikit dari yang asal).

"Kak X tahu, saya baru dapat berita, anak saudara saya sakit, baru dapat pneumonia."
"Berapa tahun anak sedara awak?"
"Nak masuk 3 tahun. Teringat-ingat time dia main-main dengan maisara dulu. Kuatnya dugaan yang Allah bagi kat dia dan family"
"Betul. Besar dugaan dia. Kita ni baru diuji sedikit, dah goyang. Sedangkan orang lain diuji dengan macam-macam yang lagi hebat."
(tersentap. tepat kena pada hati. malu)

Hidup kita penuh dengan nikmat, namun sering sahaja kita pandang sebelah mata.
Hanya kadang-kadang kita diuji, namun itulah perkara yang selalu kita ungkitkan dan keluh-kesahkan.

Sedar tak sedar, kurangnya diri kita ini akan satu perkara iaitu syukur!
Terutama ketika menerima ujian!

Sukarnya untuk kita rasakan bahawa kita ini hamba yang terpilih.
Hamba yang mampu untuk menanggung ujian yang diberi.
Sukarnya untuk berbaik sangka dengan Allah.
Sukarnya untuk mempercayai janji Allah bahawa setiap kesusahan itu pasti diiringi dengan kemudahan.
Merungut. Mengeluh. Seolah-olah itu tanda "syukur" kita kepada Dia tika Dia memberikan kita nikmat ujian ini.
Bila melihat kesukaran dan kesengsaraan yang dihadapi oleh orang lain, barulah kita sedar tidak sebesar mana rupanya ujian yang Allah beri, dan ujian yang Allah beri itu sebenarnya sekadar kemampuan kita.
Tidaklah terbeban pada kita jika kita memandang ia sebagai sesuatu yang positive.

Sebab itulah, ada orang boleh memiliki semuanya di dunia. Harta yang banyak, katil yang selesa, sanjungan orang ramai, kesihatan yang baik, namun belum tentu dia menemui kebahagian.
Tapi ada orang yang serba kekurangan, tidak memiliki kesempurnaan seperti yang dimiliki oleh orang lain, tapi dia mampu untuk menemui kebahagian, hanya kerana syukur itu terpahat dalam dirinya.

Saya yakin setiap orang akan diuji dengan ujian yang berbeza-beza.
Namun bagi saya kunci penyelesaiannya masih sama, syukur atas setiap perkara yang Allah berikan pada kita.
Kurangnya syukur menyebabkan kita nampak ujian seperti musibah, sedangkan boleh jadi ujian itu adalah tarbiyah Allah buat kita.

Teringat kata Cikgu Zakiah kepada Daim dalam Juvana.
'Tika kita mendapat nikmat, tidak pernah kita persoalkan "kenapa Allah bagi nikmat ini pada aku."
jadi bila kita ditimpa ujian dan musibah, mengapa kita perlu persoalkan kenapa Allah bagi ujian itu pada kita?'



Perbanyakkan syukur.
Dunia ini luas namun menjadi sempit kerana kita lupa kunci kelapangan, iaitu SYUKUR! :)


p/s : subhanallah. seronoknya mendapat kembali nikmat setelah Allah menariknya. Alhamdulillah Ya Allah!


Allahu a'lam.

No comments:

Post a Comment