Monday, May 9, 2011

keperitan dalam beragama







بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..


"Agama..?? errr.."
"Islam..?? nanti dululah.."
"haaa..dah agak dah apa dia nak cakap..."'lekluu....apa kecoh2 agama2 ni..??jadi realistik sikit la wey"

kadang-kadang bila orang bagi kat saya dialog kat atas, tak pun saya dengar ada orang cakap macam tu, saya rasa geli hati..
sebab apa..???
sebab saya dulu pernah begitu..menganggap agama itu begitu asing sekali..
agama = planet asing, orang amalkan agama = alien
terasa agama itu benda yang sangat tak realistik, sangat tak praktikal dengan dunia kini..
dan saya sangat benci pada akak2 usrah, akak naqibah yang pakai tudung labuh, yang cakap2 pasal agama..
bagi saya satu word sahaja untuk mereka = POYO..!


tapi dalam sedar tak sedar, atas hidayah Allah swt., saya kini berada di planet asing itu...Alhamdulillah...!
atas rahmat Allah, saya kini menjadi alien itu...Alhamdulillah..!
dan kerana kasihnya Allah kepada saya, saya sebahagian dari makhluk2 POYO itu...Alhamdulillah..!

sehinggakan pandangan saya turn 180 darjah..
"peliknya orang yang tak nak ikut agama ni", "peliknya orang bila diajak kepada kebaikan tak ikut", "peliknya orang yang pandang pelik pada orang yang pelik seperti saya ni"...
peliknya mereka yang berada di "bumi" ini..!

pada satu detik, ketika saya di planet asing ini, saya terfikir..
kenapa saya dahulu boleh begitu..?? kenapa saya boleh pandang agama itu terlampau asing, terlampau tak best sedangkan dalam ic saya adalah muslim..nama saya ada binti..saya dulu pelajar kelas aliran agama...
tapi kenapa boleh adanya anggapan2 itu pada saya..??

dan saya temui titik awal jawapannya..
kerana saya nampak mereka yang mengamalkan agama pada ketika itu sangat berbeza dengan apa yang selalu saya nampak sejak saya dilahirkan..
pakaian mereka berbeza, pertuturan mereka berbeza, pemikiran mereka berbeza, cara hidup mereka juga berbeza, yang membuatkan saya tertanya2, "dari mana datangnya makhluk sebegini di bumi..??"
yang melahirkan rasa tak best dalam diri, "AKU KENA TINGGALKAN EVERYTHING UNTUK ISLAM"
ahhh..kenapa pula nak kena buat macam itu kan..?? kenapa kena tinggalkan everything dan jadi orang asing sedangkan orang-orang yang sebegitu sangat sedikit..?? kenapa perlu MENDERA diri..??

yang peliknya, entah bila saya tiba di planet ini dan bagaimana caranya, saya sendiri tak pasti..
semuanya di luar tahap kesedaran minda sehinggalah time usrah haritu menceritakan mengenai "sejarah usrah", barulah saya tersedar, oohh, saya sudah berada di planet ini..
dan yang bertambah pelik, tidak pula saya terasa menderita untuk sampai di planet ini, tidak pula ada terasa penderitaan meskipun jumlah penghuni planet ini sedikit, dan tiada pula terasa menderitaanyaaaaa untuk mengubah cara fikir, cara hidup, cara berpakaian..
tiada langsung..! tahu2 sudah jadi begini, bila dan bagaimana adalah soalan yang tak dapat dijawab dengan tepat..
tiada penderitaan, tiada kesakitan yang melampau..tiada..TIADA..!

lalu wujud lagi satu persoalan, kenapa saya semasa duduk di "bumi" dahulu boleh nampak bahawa orang yang membawa agama ini mengalami keperitan hidup yang keterlampauan sangat..?? kenapa bila saya masih di bumi, try2 ayam untuk berubah terasa sangat tak best pada diri..?? kenapa..??
dan di planet ini juga saya temui jawapannya,
kerana tiadanya keikhlasan dalam beragama membuatkan kita hanya merasai keperitan beragama, hilang kemanisan..

sometimes, apabila kita buat sesuatu tanpa asal usul, main redah je, kita akan rasa susahnya agama itu..
kenapa kita perlu berfikir begini, kenapa kita perlu ubah cara berpakaian, kenapa kita perlu ubah topic perbicaraan, kenapa bila mendekati islam, semuanya berubah,..?? semuanya ada sebabnya, sebab yang kukuh, yang membuatkan kita hendak ubah benda itu tanpa ada sebarang keterpaksaan pun..

kenapa kita buat sesuatu..??kerana Allah yang suruh kita buat begitu..
macam mana kita tahu Allah suruh buat macam itu..?? kerana kita berhimpun bersama-sama mereka yang sedang melakukan suruhan dan perintah Allah itu..
kenapa bila Allah suruh kita kena buat..?? kerana Allah rabb dan Illah kita, maka kita perlu mencintaiNya dengan mengikut perintahNya..
kenapa kita perlu cinta Allah..?? kerana Allah cinta kita..
macam mana kita nak tahu..?? sebab kita duduk bersama-sama orang-orang yang merasai kasih-sayang Allah, yang membuatkan kita tersedar Allah juga menyayangi kita seperti mana Allah menyayangi mereka, cuma kita sahaja yang terlepas pandang..

bila kita jelas kenapa kita buat sesuatu, maka akan lahirlah keikhlasan..
satu perasaan senang, malahan kadang2 kita tak sedar pun kita buat benda itu, itulah yang dinamakan ikhlas..
bila kita sedikit demi sedikit mula memahami agama, maka sedikit demi sedikit akal, jiwa dan tubuh badan kita transform ke arah mendekatkan diri pada Allah..
perubahan itu proses automatik, yang akan terjadi tanpa paksa, tahu-tahu dah terjadi..
yang perlukan sedikit "push" adalah apa yang ada dalam diri kita, keinginan kita untuk mendekatkan diri pada Allah..
kita hanya merasa pahit bila kita tak paham kenapa kita perlu buat perubahan itu, semuanya jadi kerana terpaksa..
umpamanya, kita bersesak-sesak di tengah kerumunan orang ramai, sedangkan kita tak tahu pun kenapa kita perlu berada disitu, yang kita tahu orang buat kita buat..
haaa..bila kita tak tahu, maka semunya jadi terpaksa..hilanglah keikhlasan maka lahirlah keperitan dalam beragama..

dan dari mana kita nak dapatkan penjelasan itu..?? duduklah bersama mereka-mereka yang sudah jelas dengan apa yang mereka lakukan..insyaAllah..cahaya yang Allah kurniakan pada mereka akan turut terbias pada kita, yang membuatkan kita juga sama-sama merasai cahaya itu..

sungguh agama itu mudah dan sangat memudahkan..
dan kemudahan ini hanya dirasai bila kita hendak faham kenapa ianya mudah..

Alhamdulillah..Allah sedarkan saya dimana saya berdiri sekarang ini..
suatu perkara yang selalu saya terlepas pandang untuk saya syukurkan..
jazakillah khair kak izzat atas perkongsian hari itu...
yang membuatkan saya terfikir, pentingnya untuk kita lihat siapa kita dahulu, supaya kita jelas dengan siapa kita sekarang..
benda yang saya takutkan sebenarnya tiada apa-apa pun, malah mendatangkan ketenangan dalam apa yang saya lakukan..Alhamdulillah..
dan semoga Allah membenarkan kita bersama-sama untuk berada di "planet" ini, menghirup udara segar dan merasai ketenangan, sehinggalah kita menemui masa untuk menghuni kembali di "bumi"..=)

"kalau kamu bertekad melakukan sesuatu, maka harungilah, kerana bayangan bencana terlihat lebih besar dari yang sebenarnya." (Saidina Ali ra)

Allahu taala a'lam..

No comments:

Post a Comment