Monday, February 21, 2011

immunologi : ada hidayah di dalamnya (Part 1)




بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

".....Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur."
(QS 34:13)

Salam alaikum salam buat semua...
21hb Feb 2011...hampir sebulan tak update blog..
dan hari ini saya tersedar sesuatu..
betapa mudahnya kita tertipu dengan kesibukan dunia...
bila diri sibuk dan letih, maka diri ini mulalah mencipta2 alasan..
alasan untuk mengelat dari tanggungjawab..
terasa berat untuk sebarkan agama Allah..terasa malas nak menyampaikan pada orang lain..
sedangkan jalan ini tidak akan pernah lari dari istilah letih dan penat..
jalan ini jalan yang perlu disampaikan dengan bersungguh2...
tanpa mengira betapa banyak masa dan tenaga yang perlu dihabiskan untuknya..
kerana janji Allah sedang menanti kita..iaitu kesenangan dan kebahagian hakiki yang akan terbalas di akhirat kelak..
Astaghfirullahalazim...semoga kita istiqamah dalam terus menerus menyampaikan agamaNya..

ohh...sem 2 semakin busy..
setiap hari kelas dari pagi sampai petang...
baru terasa rugi bila nikmat kesenangan dan masa lapang itu tidak digunakan untuk jalan yang sepatutnya...
saya tidak mahu menggunakan istilah " biasalah...manusia ini memang macam itu.."
kerana ianya sepatunya menjadi sesuatu yang luar biasa pada kita, bukan sesuatu yang biasa..
semoga Allah tetap memberi kesempatan di tengah2 kesibukan ini untuk istiqamah menyampaikan walaupun hanya sedikit ilmu..insyaAllah..

lecture immunologi hari ini sangat best...Alhamdulillah..!!
lecture yang membuatkan saya berpikir tentang banyak perkara...
Subhanallah..betapa hidayah Allah itu boleh dari dari pelbagai sumber..kadang2 dari sesuatu yang tak disangka2, dan kita hanya akan sedar bila kita buka hati, mata dan telinga kita untuk menerimanya..

"We, human cannot live without our pain sensation. We'll die." kata lecturer immunologi.

Ya..badan kita ini sangat sensitive terhadap kesakitan..
bila kita rasa sakit, kita selalu merungut..sebab sakit itu bukanlah sesuatu yang menyeronokkan..
badan rasa tak selesa, semua kerja yang nak dibuat serba tak kena...
tapi sedarkah kita bahawa, kesakitan itu membuktikan yang immune system kita akan masih dapat berfungsi..??!
sedarkah kita, bahawa kalau kita hilang rasa sakit itu, something wrong happen kat badan kita, atau dalam erti kata lain, badan kita ni not in a good condition..??
wahh..kagum dengan statement lecturer tadi...
jadi sepatutnya, kita perlu sangat2 bersyukur kat Allah, bila Allah masih lagi memberi nikmat kesakitan pada kita..
membuktikan bahawa badan kita ini masih elok..immune system kita masih lagi mampu untuk bekerja..yeay...!

begitu juga dengan iman..
iman kita ini ibarat immune system pada diri kita..
segala perbuatan kita akan beri effect pada iman kita..
jika baik perbuatan kita, maka iman berada dalam keadaan yang sejahtera..
namun bila kita start buat perkara2 yang tak baik, maka iman kita akan merasai sakitnya..

cuba bayangkan apa yang akan terjadi bila iman kita kehilangan fungsinya atau dalam erti kata lain tidak berada dalam keadaan baik..??
sensor pada iman kita akan menjadi kurang sensitive.
iman yang sepatutnya dapat detect perkara2 munkar, mula kabur2 terhadap perkara2 jahiliyah..
yang akhirnya menyebabkan iman kita buta daripada mengenal perkara2 jahiliyah tersebut..
bila kita buat dosa, iman kita tak dapat detect benda itu...
maka kita terus tenggelam dalam dunia kejahilan kita...
kita tidak rasa yang dosa itu adalah dosa
dan lebih teruk kita bangga melakukan dosa2 tersebut..

ohh..takutnya apabila disaat itu mata, hati dan telinga kita akan tertutup..
terhijab daripada hidayah Allah..
terhijab daripada petunjuk ke jalan yang benar..
yang akhirnya membuatkan diri kita jauh dan semakin jauh dari rahmat Allah..
nauzubillahiminzalik..

jadi rakan-rakan..bersyukurlah bila kita nak berubah, Allah hadirkan kepayahan itu, Allah hadirkan kesakitan itu..
menunjukkan bahawa iman kita semakin sensitive...
iman kita semakin berfungsi..
benar..untuk berubah bukan suatu yang mudah...
kita akan jatuh dan bangun berulang-ulang kali..YA...BERULANG-ULANG KALI..!!
dan dalam kita asyik terjatuh itu, kita akan merasai kesakitan yang amat sangat...
seolah-olah sudah tiada harapan untuk berubah..
tapi sedarlah bahawa kesakitan itu bukan sekadar ujian..
tapi kesakitan itu juga tanda sayangnya Allah kepada kita...cintanya Allah terhadap hambaNya...
jadi jangan pernah untuk kita berhenti bersyukur...
bersyukur kerana Allah hadirkan kesakitan itu kepada kita...
kesakitan yang merapatkan lagi diri kita kepadaNya..
kesakitan yang meninggikan lagi kebergantungan diri kita kepadaNya..
kesakitan yang terus menghidupkan iman kita...
yang membuatkan diri ini semakin kuat..semakin gagah untuk mengamalkan agamaNya sepenuhnya...

ya..kita manusia yang rapuh dan lemah...
kesakitan yang datang mungkin akan menguji keazaman dan kesungguhan kita..
jadi jangan pernah berhenti dari memohon kekuatan dari Yang Esa..
yang Maha Mendengar...yang sangat dekat dengan kita, malah lebih dekat dari urut tengkuk kita..
dan jangan pernah sekali-kali berpatah balik bila kita sudah berjumpa dengan jalan yang benar itu...
kerana yang akan terjadi hanyalah iman kita yang akan lemah dan semakin lemah sehingga satu tahap ianya tidak akan berfungsi lagi..
disaat itu tiada guna untuk kita menyesal dengan kegagalan kita untuk bertahan..
kerana pada ketika itu kita hanya akan ditempatkan bersama-sama golongan2 yang menzalimi dirinya sendiri..

Allahu ta'ala a'lam..

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh ORANG-ORANG YANG ZALIM; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).

(Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).

Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, ORANG-ORANG YANG ZALIM akan merayu dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu”. Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): “Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan? "
(QS 14:42-44)

1 comment: