Wednesday, January 12, 2011

boleh ke tak boleh..??




بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

"tak boleh ke pegang tangan antara lelaki dan perempuan..?"
"tak boleh..dalam islam tak bagi..."
"ea ke...tapi hadith tu cakap..

"Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kalian dengan alat jahit dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya).”
(HR At-Thabrani & al-Baihaqi, sahih)

so kira nabi cakap lebih baik tak pegang..maknanya boleh pegang la kan..??"
"hurm..kalau boleh elakkanlah..kan perbuatan itu boleh datangkan fitnah pada islam.."
"elakkan tapi kira boleh je la kan nak buat..??"
"....................."


Assalamualaikum wbt..salam kesejahteraan ke atas semua..
semoga sentiasa berada dalam redha Allah sentiasa...
apa khabar iman anda..?? apa khabar anggota anda..??
sihat..?? kalau sakit segera cari penawar ea...
insyaAllah..dalam islam, semua penyakit ada ubatnya...
yang penting kita usaha kerana Allah, doa untuk tingkatkan pergantungan kepada Allah dan yang penting sekali, tawakal, biar Allah yang tetapkan apa yang terbaik untuk iman kita...=D

saya selalu ingatkan diri saya, manusia ini tak akan terlepas dari buat dosa..
baik diri saya, mak ayah, kakak usrah, ustaz ustazah dan kawan-kawan yang lain..semuanya tidak kebal dari melakukan dosa..
ada dosa yang kita buat dalam keadaan kita sedar, ada yang dalam keadaan tidak..
jadi didik diri kita supaya berhusnul zhan dengan semua orang..
bila nampak orang buat dosa, jangan terus judge mereka, kata mereka tak beriman, tak berpegang pada islam, tak baik, keras hati....JANGAN..!!
sebab INGAT, tugas kita adalah menyampaikan, bukan untuk menghukum..
maka dalam keadaan yang kita mampu tegur, tegurlah..saya juga memerlukan teguran..
kalau rasa tidak mampu, maka berdoalah..walau pun mengubah dengan hati itu adalah selemah-lemah iman,
tapi sekurang-kurangnya menunjukkan masih ada iman di situ..daripada langsung tak buat apa-apa...

sebaik-sebaik orang yang berdosa adalah orang yang apabila disedarkan akan kesalahannya, dia segera bertaubat dari dosa-dosanya..
namun, masih ramai yang apabila membuat dosa, sedar akan kesalahannya, tapi tidak mahu mengakui dosanya..
benar...manusia ni kadang-kadang sering mencari alasan...
supaya segala perbuatan yang dibuat nampak benar...
supaya dapat membuang perasaan bersalah dalam diri bila melakukan sesuatu yang salah...

selalunya orang yang mencari2 alasan ini adalah orang yang rasa perbuatan dia salah, cuma dia nak juga mencari sesuatu supaya at last perbuatannya nampak betul..
supaya tiada manusia yang akan menyalahkannya...
tapi bagaimana bila berjumpa Allah nanti, dan ditanya mengenai perbuatan kita itu, agak-agaknya mampu lagi ke untuk kita beralasan..??

manusia ini hidup di dunia perlu mengikut perintah Allah dan meninggalkan laranganNya..
setiap yang diperintah itu baik, yang dilarang itu pula adalah sesuatu yang tak membawa kepada kebaikan..
maka hidup kita mesti berdasarkan apa yang baik dan apa yang buruk pada pandangan Allah..
dari situ lahirnya tindakan kita yang waras dan insyaAllah diredhai Allah..

boleh atau tidak...?? sungguh di luar batasan ilmu yang saya ada...
dan di luar kemampuan saya untuk tetapkan sesuatu itu "halal atau haram" dan "boleh atau tidak"..
yang boleh saya lakukan adalah meletakkan rational kepada soalan itu, sama ada ia wajar atau tidak dilakukan..

dan bagi saya, jawapan kepada soalan itu datangnya daripada soalan ini...
"Allah redha tak kalau kita buat macam ini..??"

di situ kita akan jumpa jawapan untuk persoalan di atas..
boleh atau tidak di mata saya bukan terletak pada hukum semata-semata...
tapi boleh atau tidak itu bagi saya terletak pada sesuatu yang diredhai Allah..
bila sesuatu itu mendekatkan kita kepada sesuatu yang Allah redha, maka boleh untuk kita buat..
tapi bila ianya menjauhkan kita dari keredhaan Allah, bukan setakat kita elakkan, tapi tak boleh buat...
sebab apa..??
kerana Allah melarang kita melakukan perkara yang tidak Dia redhai...
maka bagi saya, tak boleh = perbuatan yang Allah tak redha..fullstop.

jadi, bila kita nak tetapkan sesuatu itu boleh atau tidak untuk kita buat, pandang dari segenap aspek, bukan dari hukum semata-mata...
contoh seperti situasi kat atas..
memang benar Nabi tak cakap secara jelas pengharaman berpegangan tangan itu..
tapi lihat betapa nabi bersungguh-sungguh membuat perumpamaan yang kepala ini dicucuk besi lagi baik daripada duduk pegang-pegang tangan laki dan perempuan yang bukan muhrim..nak tunjukkan betapa teruk dan hinanya perbuatan berpegangan tangan itu...
kenapa nabi buat perumpamaan begitu..??
nak tunjukkan perbuatan berpegang tangan itu sangat-sangatlah perbuatan yang tidak diredhai Allah..
benda yang tak mulia pada sisi Allah..
maka bila Allah tak redha, boleh ke tak kita buat..?? tak boleh. fullstop.

dan kita tengok consequence dari perbuatan tersebut...
kita jalan-jalan kat taman, pegang-pegang tangan dengan boypren (boyfriend) kita...
orang kapiak (kafir) kat belakang yang jalan kat belakang kita sambil pegang tangan boypren dia pun nampak kita lalu berkata..."kenapa perlu masuk islam..orang dia dan orang kita sama sahaja..diorang pegang tangan, kita pegang tangan..diorang jalan rapat2 laki perempuan, kita pun..lebih kurang je kita.."
dah kita datangkan fitnah pada agama kita...
Allah redha tak kita datangkan fitnah pada agama kita..?? tanya balik iman kita.

dan cuba tengok dari sudut yang lebih positive..

diriwayatkan oleh Saiyidah Aisyah r.a. mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah r.a. berkata: " Demi Allah, tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan itu. Baginda hanya membai'at mereka dengan perkataannya: "Benar-benar
telah aku bai'at kamu atas hal itu." (Riwayat Bukhari)

nabi itu bersifat maksum..bermakna sangat-sangat terpelihara diri mereka daripada melakukan dosa..
nabi yang dalam keadaan maksum itu juga masih lagi memilih untuk tidak berpegang tangan dengan perempuan yang bukan mahram baginya (yakni menjaga ikhtilat pergaulan) walaupun dalam situasi yang tidak mendatangkan fitnah..
apatah lagi diri kita yang sering terdedah kepada perbuatan dosa...
yang sentiasa terdedah kepada hasutan syaitan serta nafsu yang ada dalam diri kita ini..
adakah kita ini patut untuk berpegang tangan apatah lagi dalam situasi yang boleh menimbulkan fitnah pada islam..??
maka tanya balik diri kita, kalau nabi elakkan perkara itu, maka apakah nilai perkara itu di pandangan Allah.?.
sudah tentu kerana perkara itu bukan sesuatu yang mendekatkan kita pada redha Allah..
maka bila Allah tak redha, boleh ke tak buat..?? pandaiiii...tak boleh.

insyaAllah..jika kita kembali merujuk seluruh kehidupan kita kepada Allah, maka kita akan jumpa jawapan kepada soalan "boleh atau tidak?" itu...
bukan dari sudut hukum semata-mata, namun dari sudut pandangan Allah tentang apa yang bakal kita lakukan..
yang mana Allah redha, maka buatlah, yang tidak, tinggalkanlah...
tujuan kita hidup untuk dapatkan redha Allah..untuk jadi orang yang paling Allah sayang..
maka bertindaklah mengikut apa yang disukai oleh Allah..
insyaAllah..sama-sama kita berubah ke arah redha Allah.

Allahu taala alam..

*apa yang disampaikan mengikut pandangan si penulis berdasarkan ilmu2 yang terhad dalam diri..baik dan buruk itu dari Allah namun berdasarkan kebaikan dan keburukan yang ada pada diri si penulis..

2 comments:

  1. salam. i de soklan, well let say if ada orang yang hulurkan tangan nak salam dgn i seorang pakcik tua mcm mane? perlu tak i salam dia?kalau i xsalam mcm memalukan dia pulak..so whhat should i do?

    linda keliru

    ReplyDelete
  2. maaf linda sebab lambat sangat balas soalan linda..
    mcm ini..seseorang itu dibenarkan menyambut salam seseorang yang bukan muhrim dalam dua keadaan..

    1. menjaga aib orang yang menghulurnya
    2. tidak menimbulkan fitnah

    dalam 2 keadaan ini dibenarkan, dengan syarat biarlah orang itu yang menghulurkan tangan..
    insyaAllah..Allahu ta'ala a'lam..

    ini setakat ilmu yang saya tahu..=)

    ReplyDelete