بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟
Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan." (QS 59:18)
Alhamdulillah...segala puji-pujian bagi Allah...
Yang Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi...
Yang tidak pernah meninggalkan hamba2Nya...apatah lagi membenci...
Yang senantiasa memberikan rezeki serta ketetapan yang terbaik buat hamba2Nya...
Semestinya untuk dijadikan bekalan buat kehidupan yang sejahtera di kampung akhirat kelak..
Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah...!!
"Cari apa bawah lampu jalan tu..??"
"owh...cari kunci tercicir..hilang.."
"tercicir kat mana..??"
"Dalam rumah tadi.."
"Dalam rumah..??habes tu kenapa cari kat sini..??"
"Dalam rumah tak ada lampu...kat sini ada lampu...baru boleh nampak..."
"................" (=_=")
Minggu exam datang dan pergi lagi...
seperti biasa..time minggu2 exam ini saya lebih alert dengan apa yang ada pada sekeliling...
banyak benda yang dapat diperhatikan pada minggu2 exam ni lebih dari minggu2 biasa...
sebabnya masa berjaga lebih dari minggu biasa...hehehe..*stay up*
kalau minggu biasa tidur 8 jam, minggu exam tidur la 5 atau 4 jam...
lebih 3-4 jam berjaga itu sangat penting ea...sebab banyak yang kita dapat lihat..
dan lebih banyak mata melihat, lebih banyak kita fikir, insyaAllah lebih banyak ibrah yang kita dapat...=)
Manusia ini bukan robot...bukan haiwan mahupun tanaman...malah bukan juga malaikat..
manusia adalah hamba yang diciptakan oleh Allah dan yang diakui oleh Allah sendiri sebagai sebaik-baik kejadian...
yang mana, walau Allah kata kita ini sebaik-baik kejadian, Allah tetap jadikan kita dalam potensi untuk memungkiri janji kita kepadaNya...
Allah tak jadikan diri kita dalam keadaan yang kebal dari melakukan dosa untuk mengangkat kita sebagai ciptaanNya yang terbaik...
mengapa..?? dan apa yang sebenarnya yang dipandang sebagai "sebaik-baik kejadian" itu disisi Allah..??
Apa yang baiknya pada seorang hamba yang tak pernah serik-serik melakukan dosa, yang tak pernah berjaya memaksumkan diri dari berbuat kejahatan, yang tak pernah mampu untuk mengingatiNya 24/7..??
Dan disinilah bermulanya perjalanan kehidupan kita yang sebenar...
perjalan seorang hamba dalam kembaranya mencari kebaikan yang haq, yakni kebaikan disisi Tuhannya...
Manusia mana yang pernah terlepas dari melakukan dosa...
setiap hari ada sahaja dosa yang "berjaya" kita lakukan...
sama ada dalam keadaan sedar mahupun tidak...
sama ada dalam mahu atau dalam tidak mahu...
dan dari dosa2 itulah, maka lahirlah bintik2 hitam dalam hati...
yang jika tak dipadam dengan segera, akhirnya akan memudaratkan diri kita...jiwa kita...
memudaratkan..???
ya2..memudaratkan...hidup kita ini macam bawa kereta kat highway...
kita masuk je highway, kita akan berjumpa dengan banyak kereta lain...
yang kita sendiri tak tahu ke mana arah tuju mereka...
tapi bagaimana mereka membawa kereta akan mempengaruhi cara pemanduan kita..
ada yang berani membawa kereta dengan sangat laju...140-++ km/h...
tapi bagi yang mahu selamat, membawa kereta dalam 80-120 km/h..
disepanjang jalan itu kita akan berjumpa dengan banyak sign board yang akan guide kita ke mana arah kita...
sampailah kita tiba di suatu persimpangan yang akhirnya kita kena pilih ke mana yang harus kita pergi...
jika tepat plihan kita, maka kita akan sampai ke destinasi kita...
jika salah pilihan itu..maka salahlah jalan yang bakal kita lalui nanti..
dan disitulah pentingnya matlamat kita...
jika kabur matlamat kita, maka probability untuk kita buat pilihan yang salah akan tinggi..
jika jelas matlamat kita, maka insyaAllah kita tahu jalan mana yang patut kita pilih...
itulah kehidupan...
dari awal kita dilahirkan sehinggalah diri kita sekarang..
Allah tetapkan kita untuk berjumpa dengan pelbagai ragam manusia..
yang akhirnya membentuk siapa kita sekarang ini..apa yang kita rasa..apa yang kita fikirkan..apa yang bakal kita buat...dan jalan apa yang bakal kita ambil...
tapi dalam masa yang sama, Allah tak pernah meninggalkan kita terkontang-kanting dalam melalui jalan hidup kita...
Allah tak pernah lokek (kedekut) untuk memberi kita petunjuk dan hidayahNya sepanjang kita berjalan..
Allah berikan kita panduan Al-QuranNya..Allah hadirkan Rasulullah, para sahabat bersama sunnah2 mereka..
Yang mana bila kita ikut kedua2nya, maka selamatlah kita sepanjang perjalanan itu...
jika kita lari daripadanya, maka kita dalam keadaan yang membahayakan diri kita sendiri...
dalam kita meniti kehidupan kita, yang pentingnya adalah matlamat kita..
apa matlamat untuk kita hidup di dunia ini..??
mengapa kita dicipta..??
untuk apa kita bernafas dan bergerak pada bumi ini..???
bersama matlamat itulah maka kita bergerak..berjalan atas jalan kita sendiri...menuju ke arah apa yang kita citakan itu...
sehinggalah ke suatu tahap dalam hidup kita yang mana kita berhadapan dengan pelbagai persoalan..
yang akhirnya memaksa kita untuk memilih jalan mana yang sepatutnya kita lalui..
tindakan apa yang sepatutnya kita ambil..
dan di situlah letaknya kepentingan hati yang bersih tadi..
hati yang tidak dipengaruhi oleh bintik-bintik hitam..
hati yang suci yang akan membantu kita memilih jalan yang sepatutnya..pilihan yang terbaik..
yang akhirnya membawa kita kepada destinasi kita..kepada kebahagiaan yang sebenar..kebahagian yang diiktiraf oleh Allah swt sebagai sebenar-benar kebahagian..
dan apa yang terjadi pada kita jika kita gagal membersihkan hati..??
jika kita enggan merawat bintik hitam pada hati kita..??
hidup yang bakal kita lalui akan terpengaruh dengan bintik-bintik hitam tadi..
tiada matlamat yang jelas..tiada cara yang terbaik yang dapat dipikirkan..tiada pilihan yang tepat...
kerana apa..?? kerana semuanya kelihatan samar-samar...semuanya seolah-olah kabur, tidak nampak..
maka mulalah kita mencari sesuatu yang kita rasa kita "nampak" untuk sampai ke arah kebahagiaan itu....
konsert, minum arak, berpeleseran, bergaul bebas, berpakaian yang tidak sepatutnya, kekayaan dari cara yang salah...
yang apabila kita capai semua itu, kita tak pernah puas..
yang membuatkan kita terus-terusan mencari lagi yang salah itu sampai akhirnya kita tak jumpa mana lagi jalan yang kita ada untuk kita capai kebahagiaan..
maka akhirnya kita sesat...gagal untuk kita sampai ke jalan destinasi kita..
maka saudara2ku yang dikasihi kerana Allah sekalian..
kita hidup di dunia ini, tidak pernah walau sedetik pun Allah meninggalkan kita..
tidak pernah walau sesaat pun terlepas pandangan Allah pada kita..
meski pada saat saya menulis ini, mahupun saat kalian membaca...
semuaNya di bawah pengetahuan Allah..
mengapa kita dikatakan oleh Allah sebagai sebaik-baik kejadian...
kerana kita adalah hamba yang walaupun diciptakan dalam keadaan yang baik, kita berhadapan dengan pilihan..
Allah letakkan dihadapan kita jalan yang bercabang..
di mana salah satu dari jalan itu akan membawa kita kepadaNya..ke arah redhaNYa..
apabila kita mampu untuk memilih jalan itu, maka disitulah letaknya sifat kita yang paling terbaik..!!
yakni apabila di tengah2 pilihan hidup yang banyak, di tengah2 tarikan dunia yang melekakan itu, kita masih lagi mampu untuk memilih jalan yang diredhaiNya..
kita masih lagi memilih untuk meletakkan seluruh kehidupan kita kepadaNya...
dan di situlah letaknya kejayaan kita..
kejayaan kita sebagai hamba Allah yang sebenar..kejayaan kita untuk menjadi "sebaik-baik kejadian" seperti mana yang Allah katakan di dalam Al-Quran...
insyaAllah..bersihkan hati kita..jagalah iman kita..
pilihlah jalan menggunakan apa yang ada di hati...
bukan apa yang ada di mata kita....
carilah satu kebahagian yang mana dengan kebahagian itu kita merasa puas, kita merasa keenakannya..
dan dengan kebahagiaan itu insyaAllah kita akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan yang baik..
dalam keadaan husnul khatimah...
mengapa saya tulis post ini..??
kerana ini................
tengok jam..sekarang pukul tiga pagi..
oh...ada beberapa muka surat tak habis lagi...
rehat kejap...tenangkan fikiran...
eh bunyi apa tu..??
ohhhh...orang mabuk menyanyi dan menjerit2 lagi..
apalah kebahagian yang mereka cari sebenarnya..??
"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka." (QS 59:19)
Allahu taala a'lam...
No comments:
Post a Comment