بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟
Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..
*owh...sebelum buat assumption yang bukan2 mengenai tajuk entry..sila baca sampai habis dulu ea..sekian.*
"our mind consists of two layers; one is the conscious layer where the actions take place and the another one is subconscious layer, which tells us about the rational of our actions." - mr philosopher-
Assalamualaikum semua...
apa khabar anggota'u anda..??apa khabar jiwa anda...?? apa khabar fikiran anda..?? dan apa khabar iman anda..?? harap semuanya baik-baik selalu ea..sebab Allah lebih menyayangi muslim yang sihat dan kuat..!! insyaAllah...
minggu lepas buat daurah mini kat Lodz..
Alhamdulillah...sempat bagi satu dua pengisian...
nikmat Allah yang tak terhingga...sebab bukan senang untuk mendapat peluang buat shahadatul haq ni...hehe..masih ramai lagi yang mencari-cari jalan untuk menyebarkan agama Allah ini...
dan Alhamdulillah...Allah tunjukkan saya jalan..
Alhamdulillah...Allah pilih saya dan dipermudahkan jalan saya...
Alhamdulillah...dalam takut2..Allah beri kekuatan untuk saya sampaikan sesuatu untuk sama-sama mengajak yang lain untuk mendekati dan memahami agama Allah..
dan Alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar walaupun semuanya dibuat last minute...
Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah Ya Allah..!!
KAU LA YANG SALAH...!!
(ok..tajuk macam rude sikit..yela..orang tengah marah kan...mana guna saya awak lagi un..hee..)
UWAGA...!! saya bukan dalam keadaan marah ketika menulis entry ini..=)
Minggu lepas baklawa domu dapat warga family baru..
i-pod nina..lawaa...
tapi saya hanya tahu kehadiran i-pod tu keesokan harinya..
itu pun selepas secara tak sengaja seorang rakan sebut pasal i-pod itu..
so..saya pun mula la nak touchin...
"sampai hati nina tak bagi tahu dah beli i-pod..dah la tu..semua orang lain dah tahu dah...saya je yang tak tahu..."
konon2 nya nak merajuk dengan nina la..
tiba2 Allah ketuk subconscious mind saya..
so, subconcious mind saya secara rasionalnya pun mulalah bersuara..
"kenapa mesti nak salahkan nina..?? kalau kau yang susah sangat nak ambil tahu pasal saudara2 kau yang lain, kenapa mesti nak salahkan diorang bila orang lain lebih tahu pasal mereka padahal engkau itu housemate mereka..? "
haa...itulah kita..suka sangat meletakkan kesalahan pada orang lain...
tak pernah nak try tengok kesilapan yang ada pada diri..
adakah tindakan kita yang sebelum ini sudah cukup bijak..??
ataupun kita sendiri sebenarnya ada saham atas apa yang berlaku itu..??
bila benda tak jadi seperti yang kita nak, selalu sahaja kita mencari-cari kesalahan orang lain semata-mata nak tutup kesilapan yang kita dah buat...
dengan harapan kesalahan orang lain itu boleh buat kita rasa lega dan tak perlu nak rasa bersalah..
sedangkan hal2 yang kita tak nak terjadi itu pun berlaku sebab silap kita..
ya..silap kita..!! silap yang selalu kita pandang sebelah mata..silap yang kita kaburkan dengan mencari2 kesilapan yang ada pada orang lain..
haa...itulah kita...!!
hari tu bila Kak Yana minta bagi pengisian untuk daurah mini, terasa sangat takut...
bukan sebab saya tak nak sebarkan agama ini..malah tak terniat pun nak menjadi seorang yang kedekut ilmu...
kalau boleh nak bagi tahu semua orang apa yang saya dapat time summer dulu..
cuma sangat2 bimbang kalau apa yang bakal saya beri tak sampai, and then orang rasa bosan dan malas nak dengar...kalau malas nak dengar je tak apa..yang paling saya risaukan kalau mereka lari dari jalan ini sebab bosan dengan penyampaian pengisian yang tak seberapa..dan nyaris2 saya buat keputusan untuk tarik diri dari buat pengisian..
(ya2..saya tahu saya banyak sangat pikir)..
dan sekali lagi subconscious layer saya diketuk2...tok..tok..tok..
"Aisyah..Aisyah..macam mana nanti kalau di hadapan Allah kelak, engkau ditanya, kenapa tak sebarkan ilmu yang ada pada engkau, nak jawab apa..?? salah shida dan timah tak nak bagi..?? masih lagi nak letak kesalahan pada orang lain..?? mampu ke kau nak beralasan macam tu dihadapan Allah kelak..??"
dan Alhamdulillah..Allah gerakkan kaki ini untuk ke Lodz, Allah gerakkan tangan ini untuk bersiap2 ke sana, Allah permudahkan mulut ini untuk bersuara dan berkata-kata...dan Alhamdulillah Allah beri apa yang saya niatkan...
dan daurah di Lodz bukan sekadar latihan untuk melatih diri bersuara bagi saya...daurah di Lodz jauh lebih bermakna dari sekadar latihan...daurah itulah medan yang Allah dah tetapkan untuk saya sampaikan segala banyak mungkin ilmu yang ada dan buat yang terbaik...agar apa yang disampaikan itu terkesan dan akhirnya dapat mentarbiyah diri dan mereka yang mendengar..insyaAllah...
sungguh..daurah itu satu rezeki yang amat bermakna bagi saya...Alhamdulillah..
jadi..hentikan bertekak mengenai siapa yang salah, siapa yang tidak..berhenti daripada menutup sebelah mata, terus-menerus melarikan diri dari kesalahan yang dah kita buat..salah sendiri kita boleh ubah, salah orang..?? jadi dari membazir masa mencari2 kesalahan orang..lebih baik kita tengok apa yang boleh diubah pada diri kita so that keadaan menjadi bertambah baik..lebih rational bukan..??
"to prove someone is wrong is much easier than to prove someone is wright"
-mr philosopher..again..??-
No comments:
Post a Comment