Wednesday, July 14, 2010

kekokokokokk (X_x)


بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟




Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..


weeehuuuuu...alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang telah permudahkan segala urusan...yang telah melindungi kami sepanjang perjalanan, dari Poland ke Rom sampailah ke Malaysia..semoga jaulah ke Rom ini diterima sebagai ibadah buat kami..ameen...=)

yeay..!!
Sampai rumah sudah...punggah2 barang pun sudah...cuma tak sempat qada' tidur ja..maisarah menangis non-stop sepanjang malam..sekarang pukul 4 pagi..tadi sempat tido 1 jam ja..umi kata ini kes terpencil ini..selalu ok ja..(ok..maisarah buli mak lang dia..tak pe..tak pe)..

actually memang tak boleh tidur pun..excited sampai rumah..masuk2 je rumah, semua maintain..sofa still di tempatnya, dapur pun macam tu..bilik pun...toilet pun..kipas ja dah berubah..dah pakai remote control..hehe..(sudah maju ea...)

tak banyak yang berubah...cuma...........................(jeng3x)..
SAYA KEKOK....!!! (arghhhh....!!)



semua benda terasa pelik..hi3..
saya lupa kat mana letak mancis api kat dapur..
saya lupa mana kapas telinga umi simpan..
saya tak tahu nak letak beg saya kat mana...
mungkin sebab dah 10 bulan tak balik rumah...(10 bulan je kott..over je aisyah ni..)
hehe..maka setelah berpikir sepanjang hari......
barulah saya sedar tentang suatu perkara......ISTIQAMAH..!!

“Maka tetaplah (istiqamahlah) kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”
(Q.S. Hud:112)

Inilah yang terjadi bila kita tak istiqamah dalam apa yang kita lakukan..
dulu time sementara tunggu nak fly, sayalah chef di dapur..(cewahhh...masak sama ja tiap2 hari..hehe)..so, kat mana letak periuk, senduk, garam, gula, mancis semua saya tahu..bila fly, maka kerja2 di dapur rumah pun tergendala selama 10 bulan..tup2 bila masuk dapur balik, tak tahu dah kat mana letaknya semua barang2..kalau nak ikutkan setakat mana sangatlah 10 bulan tu kan..saya dah masuk dapur tu selama 14 tahun saya hidup, 10 bulan tu apalah sangat..namun disebabkan tiadanya istiqamah itulah menyebabkan semuanya jadi kekok...

begitu juga dengan iman kita..kerja penambah baikan iman ini mesti macam seven-e..24-7..tiada cuti umum, cuti sakit, cuti birthday sultan, cuti world-cup, cuti konsert af, cuti summer..tak ada..tak ada..usaha mempolish, meng-scan iman kasi hilang virus2 serta meng-upgrade sistem2 iman yang ada dalam hati kita tak boleh berhenti..sebab bila kita stop, untuk kita mulakan balik sangat2lah rasa kekok..

misalnya..time kat Poland dengan slumbernya mengumpat dan mencela di hadapan makhluk2 asing tanpa rasa segan silu..bila datang Malaysia, nak control balik punyalah susah..ada ja yang terlepas..(kesimpulannya, beristiqamahlah untuk tidak mengumpat ea.. QS 104 :1)

* teringat masa 1st time nak start solat jemaah kat Baklawa Domu, terasa kekok sangat..padahal waktu dekat MRSM dulu tiap2 maghrib dan isyak solat jemaah..tapi since kat msu solat sendiri2, bila nak start tu mulalah rasa pelik2 sikit..nasib baiklah ada rakan2 yang sangat2 beristiqamah dalam solat jemaah..maka saya pun terikut sama istiqamah..Alhamdulillah...

jadi rakan2...apa sahaja usaha yang sudah kita lakukan, maka beristiqamahlah..sesungguh Rasulullah pernah bersabda:

Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang berkekalan (berterusan) walaupun amalan itu dilakukan sedikit-sedikit.
( Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim daripada Saidatina Aisyah ra )

Tak ada istilah "oohh..sekarang aku kat Malaysia..tak yah lah ikut mutabaah amal..nanti balik Poland sambung balik"..atau pun, "time world cup ni tak yah lah solat jemaah..time world cup ni je..nanti habis world cup solat jemaah balik"..tak pun "time cuti ini tak yah buka buku, nanti nak kredit baru buka"..dan situasi2 yang lebih kurang dengan situasi2 yang dibayangkan..dan juga tiada istilah "sekejap ja..nanti amalkan balik"..sebab kita tidak tahu keadaan iman kita setelah kita "berehat"..mampukah iman kita bertahan atau mungkinkah iman kita akan tersungkur..??

Istiqamah membuat kebaikan saya kira satu jihad yang besar sebenarnya..sebab untuk terjerumus dalam lembah kehinaan sangat mudah, tapi untuk menahannya memerlukan kekuatan mental dan iman yang sebenarnya..sebab itu kita perlu sentiasa beristiqamah dalam mendekatkan diri kepada Al-Quran dan As-Sunnah..untuk membina benteng dalam diri...jadi masa cuti2 ini jangan lupa kepada apa yang telah kita bina selama ini..pertahankan..!!dan jangan lupa juga tentang janji kita, untuk menyebarkan agamanya..istiqamah dalam apa yang kita amalkan disamping berusaha menambah amalan kita..tak kan nak duduk standard 1 sampai bila2 kan...hehe..apa2 pun..enjoy your holiday...jangan lupa doa meminta pelindungan daripadaNya..Yang Maha Esa..bukan apa, takut dalam kita bergumbira ini, kita tersasar dari jalanNya tanpa kita sedari..nauzubillahiminzalik..,

ciao..!!

Allahu ta'ala a'lam..=)


No comments:

Post a Comment