بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟
Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..
wahh..lama sudah tak update blog..terlalu banyak benda nak ditulis sebenarnya..hehe..tapi tiap2 kali nak start tulis, terus tak ada idea nak tulis macam mana..Alhamdulillah..hari ini Allah beri kekuatan, beri kesempatan sekali lagi untuk tulis kat blog ni..untuk menyampaikan apa yang sepatutnya disampaikan..untuk mengingatkan apa yang sepatutnya diingatkan..dan untuk menegur apa yang sepatutnya ditegurkan...insyaAllah..tanggungjawab kita sebagai khalifah un..=)
"Cah, ko join usrah ke sekarang..??"
"A'a..napa..??Kau nak join gak k..??Kalau nak join aku boleh tolong.."
"hehe..tak de lah..aku saja je tanya...usrah kau ni under apa eh..??"
"under apa..??usrah aku under kesedaran amal makruf nahi mungkar..syahadatul haq..!!hehe.."
"errkkk..amenda tu...??"
"A'a..napa..??Kau nak join gak k..??Kalau nak join aku boleh tolong.."
"hehe..tak de lah..aku saja je tanya...usrah kau ni under apa eh..??"
"under apa..??usrah aku under kesedaran amal makruf nahi mungkar..syahadatul haq..!!hehe.."
"errkkk..amenda tu...??"
*ok..dialog di atas hanya rekaan semata2..tak ada kena mengena antara yang hidup atau yang meninggal dunia..*
Alhamdulillah..tahun ini tahun yang saya amat2 bersyukur..(ok..tiap2 tahun bersyukur..tp tahun ni extra sikit..hehe..)..apa yang saya impikan, apa yang nak selama ini Alhamdulillah saya jumpa di sini..di bumi Poland ini..siapa sangka..di tempat yang jauh dari komuniti Islam, ditempat yang kuat pegangan musuh2 Islam..di bumi yang bukannya termasuk dalam senarai "negara2 Islam"..tapi di sinilah saya jumpa sesuatu yang saya yakin untuk saya pegang dan amalkan..Alhamdulillah..percaturan Allah yang terbaik bukan..??..hehe...saya tahu apa yang saya dapat pada tahun ini sesuatu yang tak boleh saya sia2kan...sesuatu yang saya harus pegang kukuh..sebab saya tahu kalau saya lepaskan kali ini, mungkin saya tak akan dapat lagi merasai nikmat ini..nikmat apa..??nikmat yakin dengan apa yang kita pegang selama ini iaitu Islam, Al-Quran dan sunnah..nikmat paham apa yang kita amalkan..nikmat ketenangan..nikmat kesabaran dan macam2 nikmat lagi..benar janji Allah...mereka yang berusaha untuk berada pada jalanNya, Dia akan bantu...pencarian saya selama ini bukannya berakhir, tapi sebenarnya baru sahaja bermula....tapi...............................
"uish..usrah2 ini under apa..?dia ajar apa..??ko balik ni, lepas join usrah kena pakai purdah k..??uish..betul ke apa yang diorang ajar kat ko ni..?? ko kena hati2 ajaran diorang ni..??kadang2 orang kafir guna cara ini nak sesatkan kita..bla3..bla3..."
"cah..tau tak ustaz ini kena tangkap..??sebab dia buat usrah tak mintak izin pihak *****...pastu kau tahu tak ustaz yang ini pun kena soal siasat..sebab dia ini macam wahabi sikit..wey kau tau tak ustaz yang itu dicop sesat..??apa yang dia cakap lain gilerr dengan apa yang kita amalkan sekarang...bla3..bla..3"
*ok..sekali lagi dialog2 ini adalah rekaan semata2..^^*
ok..saya tak adalah terkejut sangat sebenarnya...actually time kat Malaysia dulu dah heboh dah benda2 ni..Jemaah Islamiyah, wahabi, bla3....asal orang ikut usrah sesat..asal orang belajar agama derhaka kat mak ayah...asal orang bagi pendapat lain sikit, kafir...macam dah jadi budaya pulak un..dan saya start terpikir, maybe ini adalah salah satu daripada ghazatul fiqr (serangan fikiran) yang sedang melanda umat Islam di Malaysia..dan serangan ini makin bertambah2 teruk pulak sejak akhir2 ini..
saya tak salahkan mereka2 di Malaysia..sebab saya tahu kalau saya belajar di Malaysia maybe benda yang sama saya pikir..tapi Alhamdulillah..Allah tetapkan saya berada di sini, berada di tempat yang mana saya boleh nampak apa yang betul dan apa yang salah..dan sekarang saya tahu saya ada tanggungjawab untuk menjelaskan apa yang betul dan apa yang salah di mata saya...InsyaAllah..dan post kali ini bukan bertujuan memburukkan mana2 pihak, cuma nak sedarkan masyarakat bahawa KEADAAN UMAT KITA SEMAKIN NAZAK..!!
waktu zaman Rasullullah saw dulu, orang Islam menentang orang kafir, yang mengancam keselamatan mereka..orang kafir yang baik2 tidak ditentang, tapi diajak untuk mendekati Islam..mereka tunjukkan cara hidup Islam yang syumul..tapi sekarang, yang ditentang adalah orang yang mengajak ke arah Islam, orang yang tak menganiaya sesiapa, dan orang yang sekurang2nya mempunyai usaha untuk mendekatkan masyarakat ke arah Islam..apakah..??
apa salah mereka..??itu persoalan pertama yang anda2 perlu jawab...apa yang mereka sudah lakukan..??ada mereka kata Al-Quran sesat, kita kena guna kitab baru..??atau ada mereka kata sesungguh pergi clubbing itu lebih baik dari pergi masjid..??atau mereka suruh manusia2 berbunuh-bunuhan, benci-membenci..??ada ke..??tidak bukan..jadi apa salah mereka..??
since saya pun dah nak dekat balik Malaysia..so isu ini pun berjayalah menarik perhatian saya un..hehe..macam2 saya dengar..ustaz itu kena tangkap..yang ini pun kena tangkap..JI katanya..adeyla...kenapa mereka perlu ditentang hanya kerana mereka berlainan pendapat dengan apa yang kita pegang selama ini..??mereka masih lagi menggunakan Al-Quran dan hadith untuk berhujah..mereka tidak menafsir mengikut sesuka hati...mereka tak paksa pun kita ikut, kalau kita yakin, kita ikut..kalau tak yakin, ikut apa yang kita yakin...mereka tak pulak ajar kita sembah berhala, tukar arah kiblat atau apa2 pun..mereka just menyampaikan sesuatu yang mereka rasa perlu ubah pada apa yang kita amalkan...jadi di mana letaknya kesesatan mereka..??
sedih rasa hati..sungguh sedih..!!..zaman nabi dulu, orang Islam ditentang oleh orang kafir..tapi zaman sekarang..??orang Islam ditentang oleh orang Islam sendiri...apakah..??mereka kata, "tokoh2 ini dah digunakan oleh orang kafir untuk menyesatkan kita.."..ok..persoalan saya sekarang ini, kenapa orang kapiak perlu guna pendekatan mendekatkan diri dengan Al-Quran untuk menyesatkan kita..??diorang sendiri takut dengan Al-Quran..so cara ini langsung tak masuk akal..yang kedua, sejauh mana kita percaya pada Al-Quran..??kalau kita betul2 yakin dengan Al-Quran dan hadith, kalau kita betul2 berusaha memahami dan berpegang pada keduanya, kenapa kita perlu takut disesatkan..??dan yang ketiga, kalau betullah ini adalah muslihat orang kapiak, apa jalan yang kita ambil..??menjauhkan masyarakat dari pegangan Al-Quran dan hadith..??kita kata mereka sesat, tapi apa usaha kita untuk dekatkan semula masyarakat kepada pegangan Al-Quran dan hadith..??at least ,mereka2 yang "sesat" ini ada jugak inisiatif untuk menyedarkan masyarakat, kita..??dan soalan saya yang keempat, kalau betullah kita di pihak yang benar, kenapa keadaan masyarakat sekarang semakin teruk..??kenapa masyarakat Islam Malaysia sekarang semakin hanyut,...???
ok..saya tidak menulis untuk menghukum siapa betul siapa salah...sebab saya TIADA HAQ UNTUK MENGHUKUM SESIAPA..pengetahuan sebenar tentang agamaNya hanya di sisiNya..yang perlu kita buat adalah mencari keredhaanNya..hidup berlandaskan panduan yang diberiNya iaitu Al-Quran dan sunnah..jadi, sangat2lah TIDAK WAJAR untuk kita menghukum seseorang yang memperjuangkan agama sebagai "sesat" hanya kerana mereka berlainan pendapat dengan kita..selagi mana apa yang mereka sampaikan tidak bertentangan dengan Al-Quran dan sunnah, pendapat mereka patut dipertimbangkan..kalau kita yakin apa yang disampaikan benar, maka kita amalkan..kalau kita rasa tak yakin, tak payah amalkan..buat apa yang kita yakin..simple kan...??tak perlulah sampai tangkap, tuduh sesat la, apa la...apa sajalah ancaman yang mampu mereka buat...asal ada insiatif nak dekatkan masyarakat dengan Islam, kita kata sesat, nanti pecah belahkan umat..jadi bilanya baru masyarakat Malaysia dapat kenal agamanya kalau semua aktiviti dakwah dianggap sesat..??bila negara ini dah tukar jadi negara kapiak baru nak bagi aktiviti dakwah dibuat..??macam itu ke..??
wahabi, JI..lepas ini apa pula..??GGU (geng2 usrah) pulak ke yang sesat..??adeyla..maaf..post kali ini agak beremosi..sangat2 terkilan sebenarnya..kita war2kan kat dunia, kita "negara Islam", tapi berapa ramai yang sedar betapa teruknya masyarakat kita sekarang ini..??kenapa negara Islam ini menentang aktiviti2 pendakwah2 yang cuba mendekatkan masyarakat kepada ajaran yang sebenar..??kenapa yang disibukkan adalah menangkap penceramah2, bukan menangkap couple2 yang duduk buat maksiat kat tepi tasik itu..??kenapa begitu teruk sekali penjajahan fikiran yang dah terkena pada umat kita sekarang ini..??
saya semangat sangat nak balik Malaysia..semangat sangat nak buat syahadatul haq..nak ajak mereka2 di Malaysia untuk dekati agama Allah yang sangat indah ini..(InsyaAllah..buat mana yang mampu)..tapi kalau inilah mind set masyarakat Malaysia sekarang ini, saya tahu apa yang bakal saya lakukan nanti bukanlah sesuatu yang mudah..saya tidak kata anda salah, saya yang betul..apa yang saya tahu Allah akan menolong orang yang menolong agamaNya..saya yakin, selagi mana saya mohon perlindungan daripadaNya dalam pencarian saya ini, selagi mana niat saya masih lagi tidak terpesong, selagi itu Allah akan melindungi saya, InsyaAllah..benar kata Rasullah saw dahulu..akhirnya Islam akan kembali terasing....yang menegakkan agamaNya di pandang pelik di sisi masyarakat, yang pakai seksi berlakon, menyanyi itu yang kita agungkan..nazaknya kita sekarang...
satu sahaja doa saya, sesusah mana pun perjalanan kami untuk menegakkan agamaMu Ya Allah, kami yakin Engkaulah sebaik2 penolong dan sebaik2 sandaran..hanya kepadaMu kami bertawakal Ya Allah..permudahkanlah urusan kami, bantulah kami menegakkan agama kami..bantulah saudara2 seagama kami untuk mendekatkan diri kepadaMu Ya Allah..sesungguhnya Engkau Lebih Mengetahui akan setiap sesuatu...
Allahu ta'ala a'lam...
"Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri pada Allah". (QS 3:64)
Is Allah satisfied..??
No comments:
Post a Comment