Wednesday, June 9, 2010

lembaga..??ini bukan cerita hantu..!!


بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟




Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..


alhamdulillah...tiada yang datang melainkan darimu Ya Allah..semoga kejayaan kami ini adalah yang terbaik untuk kami dan agama kami..bantulah kami dalam peperiksaan seterusnya..Engkaulah sebaik2 sandaran dan penolong...ameen..=)

hari ini saya tengok vedio
"Why a Freedom Flotilla to Gaza"..Ya Allah..sedih melihat mereka..dan saya mula terbayang..if sayalah yang ditakdirkan untuk berada di tempat mereka..melihat saat2 kematian orang2 yang saya sayang dengan cara yang amat tragis, apa yang saya akan buat..??akan adakah doa2 serta bantuan dikirimkan untuk saya??akan sempatkah saya bernafas dalam keadaan tenang,bukan dalam keadaan hiruk pikuk bunyi bom dan jeritan??

dan saya tanya diri saya..apa yang saya dah buat untuk
mereka..??berapa banyak doa yang dah saya sumbangkan pada mereka..??dalam sedang saya sibuk berjuang untuk peperiksaan dunia,dengan buku yang bertimbun tapi tak habis2 baca jugak, berapa banyak kali saya ingat pada mereka..??saya sedang berjuang untuk menaikkan nama agama yang saya imani dalam keadaan yang tenang, aman....tapi saya lupa ada saudara saya yang sedang dalam keadaan tersiksa yang sedang memperjuangkan maruah diri dan agama kami..agama kita..agama Allah, Tuhan sekalian alam..mereka yang sedang mempertahankan hak mereka sebagai INSAN..untuk hidup seperti mana orang2 di negara lain hidup..ada harapan..ada angan2..ada keinginan untuk hidup selesa..tapi dirampas oleh pihak2 yang menggelarkan diri mereka "MANUSIA"..

saya tersentap bila seorang kanak2 itu berkata "InsyaAllah, if i can kill just one of then, just one will be enough..!!"..ahh..lihatlah apa yang sedang mereka lakukan pada generasi2 kita..lihatlah bagaimana mereka tukar hati kanak2 ini, yang sepatutnya dibentuk dengan nilai2 kasih dan sayang, tapi mereka kotorkan, mereka cemari dengan rasa benci, dendam, sakit hati dan sebagainya..keluarga mereka dibunuh di hadapan mata mereka sendiri..keluarga hilang, rumah hilang, sekolah dan hospital tanpa peralatan yang mencukupi, jerit pekik, tangisan..bagaimana seorang kanak2
boleh tinggal dalam situasi tanpa kasih sayang seperti itu..??dan itulah misi mereka..jika mereka mahu, mereka boleh bunuh mereka satu keluarga..hapuskan keturunan Islam seluruhnya..tapi bukan itu yang mereka mahukan..sebab mereka tahu tak akan hilang Islam di dunia..umat Islam seluruh dunia akan bangkit kembali walau berapa banyak kali mereka cuba hapuskan kita.jadi mereka tukar strategi," kita tak perlu bunuh mereka semuanya..kita rosakkan keturunan mereka..kita tanamkan dalam hati kanak2 ini rasa benci, rasa dendam..kita jadikan generasi2 mereka selepas ini generasi yang memberontak...supaya satu hari nanti jika dunia pertikaikan apa yang kita lakukan, kita ada alasan..mereka ini pengganas..!!kita kena tentang mereka..!!"

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). (QS 2: 214)

Benar..pertolongan Allah itu dekat...Allah lebih baik percaturanNya...pasti ada hikmah mengapa pertolongan itu tidak tiba sekarang..lihat keadaan umat kita sekarang ini...jika Allah takdirkan kita menang dalam keadaan umat kita yang dhaif ini, yang terlalu banyak kemungkaran, mampukah kita untuk bertahan..???mampukah kita kembali kepada zaman kegemilangan para sahabat dalam keadaan kritikal kita sekarang ini..??

termenung saya seketika..dan saya boleh katakan, mereka di Ghaza masih boleh bersyukur, anak2 mereka kenal musuh mereka, anak2 mereka benci
musuh mereka, anak2 mereka hendak menentang habis2an musuh mereka..tapi................Malaysia??

terbayang saudara2 saya di Malaysia...dan saya lihat diri saya sendiri..terlalu berbeza hidup kita dengan mereka..mereka menderita, tapi dekatnya mereka pada Allah..kita senang, tapi dekatkah kita pada Allah..??mereka ditentang, dijajah terang2 terangan, tapi kita dijajah dalam keadaan kita tak sedar sehingga kita leka, kita tak rasai keperitan saudara2 kita yang ditindas terang2 terangan..kita kata ini isu dunia, politik..kita tak mampu buat apa2..tapi kita lupa ini isu maruah agama kita...kita lupa ini serangan musuh terhadap agama kita..!!

mereka di Ghaza menjerit kerana sakit, kita menjerit kerana
melihat konsert..mereka menangis kerana sedih melihat orang yang tersayang syahid, kita menangis kerana melihat movie2 sedih..mereka bermasam muka memikirkan apa akan jadi kepada nasib keturunan dan agama, kita bermasam muka kerana perselisihan pendapat yang kecil..mereka termenung memikirkan bila bantuan akan tiba, kita termenung pikir bila nak balik Malaysia..(e'eh..tetiba pulak..hehe..)

musuh kita sudah jadi sebahagian daripada hidup kita..jalan kita masih lagi di bawah pengaruh mereka..mereka di Ghaza beruntung mereka tahu siapa yang mereka tentang, tapi kita??
kita hidup bersama2 musuh kita, incik "lembaga 6S" (sex,
smoke, screen, sports, shopping, sonng)..pemikiran kita, cara hidup, percakapan, pakaian, makanan, hiburan..semuanya di bawah kawalan lembaga ini..dan lebih menakutkan kita tak sedar lembaga2 ini sedang mengikuti kita kemana sahaja kita pergi..

kanak2 di Ghaza sudah tertarbiyah dengan sendirinya...ke
ganasan, penindasan semuanya menjadikan jiwa mereka kuat..semuanya meningkatkan lagi kebergantungan mereka pada Allah..tapi bagaimana dengan kita..??kita semakin hanyut..bila kita kata, "kawan2..kita perlu tolong saudara2 kita di Ghaza"..ramai yang jawab," macam mana?kita tak mampu"..

kita mampu sebenarnya..adakah hanya dengan cara pergi
berperang sahaja kita dapat bantu mereka..??tidak..!!kita ada cara kita..bebaskan diri kita dari pengaruh lembaga2 tersebut..tarbiyah diri dan mereka di sekeliling kita..bebaskan diri kita dari pengaruh lembaga2 ini..bentuk masyarakat Islam yang berilmu, yang kreatif dan innovatif..so that kita boleh cipta produk kita sendiri dan bebaskan diri dari mereka (macam Radix..promote2!!)..bentuk masyarakat Islam yang benar2 mengikut ajaranNya..masyarakat Islam yang benar2 kuat..maka nanti akan muncullah satu negara Islam yang kuat, dan dari situlah kita dapat membantu mereka di Ghaza..lihat betapa berani mereka menyerang kapal bantuan kita..sebab apa..??sebab kita tiada kuasa...mereka berani kerana pada mereka kita "hanya Islam"..yang hanya mampu marah tapi tak berdaya nak buat apa2 pada mereka..cuba bayangkan jika yang datang itu adalah negara2 besar seperti Amerika dan sebagainya, rasanya adakah tindakan sama akan diambil..??

sebab itu kita semua perlu ada kesedaran untuk berubah, kembali pada yang asal iaitu Al-Quran dan As-Sunnah..sebagaimana para sahabat
boleh berjaya apabila mereka berpegang pada keduanya, begitu juga dengan kita..jadikan Islam itu ustaziatul alam..supaya apabila datang kapal kita untuk membantu Palestin nanti, mereka akan kata "ohh..ini dari negara Islam, kita tak boleh serang..!!"..jadi tidak mustahil bukan untuk kita membantu..??bukan dengan hanya berdoa, tapi juga amal makruf nahi munkar..satu hati...benar..semuanya tidak berlaku dalam sekelip mata..hari ini bercakap, esok jadi terus..tapi biarlah kita ada saham atas perubahan masyarakat kita..tidak dapat banyak, sedikit pun kita sumbanglah daya dan kudrat kita..siapa tahu, kudrat yang sedikit itu yang bakal menyebabkan perubahan yang besar pada kerajaan Islam kelak..insyaAllah..


kawan2..
ini tanggungjawab saya..tanggungjawab kita..dan tanggungjawab anda yang membaca post ini..tanggungjawab untuk menaikkan kembali Islam..tanggungjawab untuk membantu saudara kita yang telah lama tersiksa di Palestine dan di tempat2 lain..mereka sedang menunggu bantuan kita..telah terlalu lama mereka menderita..sanggupkah kita terus melihat mereka menderita...??tidak bukan...jadi mulakan dari sekarang, saat dan waktu ini..berubah..!!dan bawa mereka yang di sekeliling untuk berubah..fahami Al-Quran dan As-Sunnah..pelajari dan amalkan keduanya..tunjukkan pada mereka bahawa kebangkitan kita kali ini tidak sia2..tunjukkan pada mereka bahawa kita umat yang akan mempertahankan agamanya..yang ada semangat jihad yang tinggi...tunjukkan pada mereka jika mereka mampu buat kfc, kita mampu buat rfc..setanding dengan mereka..buang segala amalan jahiliyah dalam diri, hiasi diri dengan amalan2 sunah yang sahih..agama ini sudah cukup sempurna untuk kita amalkan sepenuhnya..pegang teguh pada Al-Quran dan As-Sunnah..dan yang penting, buatlah keranaNya, Tuhan yang telah memilih kita untuk merasai nikmat keamanan ini..bukan sekadar untuk bergoyang kaki, tapi untuk membawa bersama2 orang2 yang berada di sekeliling kita pada jalanNya..jalan yang diredhai...supaya yang bakal berkuasa nanti adalah Islam yang sebenar...yang benar2 berpegang pada ajarannya...insyaAllah...

Allahu taala a'lam..(n_n)..


Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (QS 2:218)



3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. hmm...berani musuh islam buat suka hati sekarang. sbb Allah dah cabut rasa takut mrk thadap Muslim


    “Akan datang suatu masa, ketika bangsa-bangsa (musuh-musuh Islam) bersatu-padu mengalahkan (memperebutkan) kalian. Mereka seperti gerombolan orang rakus yang berkerumun untuk berebut hidangan makanan yang ada di sekitar mereka”. Salah seorang shahabat bertanya: “Apakah karena kami (kaum Muslimin) ketika itu sedikit?” Rasulullah menjawab: “Tidak! Bahkan kalian waktu itu sangat banyak jumlahnya. Tetapi kalian bagaikan buih di atas lautan (yang terombang-ambing). (Ketika itu) Allah telah mencabut rasa takut kepadamu dari hati musuh-musuh kalian, dan Allah telah menancapkan di dalam hati kalian ‘wahn’”. Seorang shahabat Rasulullah bertanya: “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud dengan ‘wahn’ itu?” Dijawab oleh Rasulullah Saw: “Cinta kepada dunia dan takut (benci) kepada mati”. (At Tarikh Al Kabir, Imam Bukhari; Tartib Musnad Imam Ahmad, XXIV/31-32; “Sunan Abu Daud”, hadis No. 4279)

    (oh yeah. i copy-pasted it. ngehe...)

    ReplyDelete
  3. huhu..btul2..
    dan inilah tanggungjawab kita timah..
    org2 yg dipilih oleh Allah untuk menerima tarbiyah..
    untuk membawa org lain skali mendekati Islam..
    insyaAllah..=)

    ReplyDelete