Sunday, July 1, 2012

tauhid rububiyyah

بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..


Antara percaya dan yakin.
Antara mengetahui dan memahami.


Yang membezakan keduanya hanya satu, AMAL.



******************************************************


Sama ada ujian mahupun kesenangan, kedua-keduanya datang dari Allah. Kerana Allah yang menciptakan keduanya maka hanya Dia yang mengetahui cara terbaik untuk menghadapinya.


Tiada kekuatan yang kita punya melainkan kekuatan yang Allah berikan pada kita. Kita hanya seorang makhluk yang tak punya apa-apa melainkan rahmat yang Allah berikan pada kita. Tingkatkan rasa kebergantungan kepada Dia! :)




mode: menghayati dan memahami konsep tauhid rububiyyah.. ;)


Allahu a'lam.

di mana kekuatan kita?

بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..





kekuatan kita bukan pada senjata, bukan juga semata-mata pada kuasa dan harta.

kita kuat kerana kita ada Allah! semat kemas-kemas dalam hati. :)


Allahu a'lam.

Thursday, May 3, 2012

kembara jiwa kerdil merdeka : ohhh! kami memang popular!

بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..




“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali supaya mereka tidak diganggu” (Al-Ahzab : 59)


"ehem. ramai orang pandang. rasa popular la pulak." 
(hati senyum girang walau muka maintain cool)


Kepada wanita-wanita muslim di luar sana terutamanya yang berada di negara yang islamnya masing asing, confirm anda-anda semua pernah merasai perkara ini. merasa seperti seorang "celebriti" ketika berjalan di khalayak ramai, dengan mata-mata yang memandang dengan pandangan yang tak lepas. Ada yang memandang kerana kagum dengan warna tudung yang cantik dan meriah, ada yang memandang dengan pandangan yang tertarik dengan imej islam itu sendiri terutama ketika musim panas (macam manala orang muslim ni boleh pakai tudung panas-panas ni), dan tidak kurang juga yang memandang dengan pandangan kurang selesa, tidak pasti sama ada islam yang mereka kurang selesakan atau rimas melihat kita berbalut lengkap atas bawah ketika matahari terik membakar bumi.

Tuesday, May 1, 2012

kembara jiwa kerdil merdeka : jom jadi seperti Quds2 dan Pipah!


بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟




Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..



"dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, Harun, saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku agar kami banyak bertasbih kepadaMua, dan banyak mengingatMu. Sesungguhnya Engkau Maha Melihat kami" (QS 20: 29-35)

******************************


Quds2 : Pipaaahhh..sikit lagi nak sampai atas. Jangan putus asa. Kita daki sama-sama, InsyaAllah. (sambil berusaha tarik Pipah dengan muka penuh confident)
Pipah : Baiklah! (muka penuh emosi, touchin!)



"Kita bukan sekadar mahu sama-sama mengejar syurga, malah kita mahu mengejar syurga bersama-sama."
(^___________________________________^)


"Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak Yang Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (dalam hati mereka)." (QS 19:96)


******************************

Subhanallah. Jom berusaha mencontohi mereka.

"Dia (Allah) berfirman, "Sungguh, telah diperkenankan permintaanmu, wahai Musa!" 
(QS 20:36)


Allahu a'lam.

kembara jiwa kerdil merdeka : INTRO



بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..



"Andai tidak mampu berlari, berjalanlah. Andai tidak mampu berjalan, maka carilah ruang seketika, bukan untuk berputus asa, tetapi untuk mengumpul tenaga. Suburkan kembali rasa cinta Illahi. Kerana hanya dengan cintaNya kaki dapat terus melangkah dan berlari menuju pengakhiran hakiki."




Alhamdulillah. Dengan izin Allah, saya berpeluang untuk merasai kecantikan bandar Zakopane, sebuah kawasan pergunungan di Poland. Alhamdulillah Allah permudahkan kembara untuk menyemarakkan rasa kekerdilan diri sebagai seorang hamba. Untuk menyuburkan rasa cinta pada Illahi, Rabb yang menciptakan hambaNya dengan penuh rasa kasih dan sayang. Kembara yang memberi ruang untuk bermuhasabah, memperbetulkan kembali tujuan dan mengikhlaskan niat, untuk terus bekerja kerana cinta. Subhanallah, Allah izinkan untuk berada di satu kawasan yang teramat sangatlah canteeeeeek, yang membuatkan hati berasa begitu lapang dan tenang. Keindahan alam ciptaan Tuhan, siapa yang mampu menandingiNya?



"Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya." (HR Bukhari Muslim)


Saturday, April 7, 2012

sedikit sebanyak

بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..

Sedar tak sedar, selama ini diri kita masih jauh dariNya. Kita mudah mengaku beriman, mudah juga untuk kita berpuas hati dengan apa yang telah kita kerjakan. Namun bila dibelek hati kita, sikap kita dan amal yang telah kita kerjakan, tertanya masih banyak perkara yang perlu diperbaiki untuk menjadi hamba yang benar-benar dekat kepadaNya. Rupanya diri kita ini masih terlalu banyak kelemahannya, kelemahan yang menyebabkan terhalangnya hati kita untuk benar-benar yakin dan cinta kepadaNya.

Alhamdulillah. Hari ini Allah memberi izin untuk berjalan di bumiNya. Melihat keindahan ciptaanNya. Melihat orang ramai dengan pelbagai ragam, merasai kesejukan suhu spring ala-ala winter (sejuk.uhuu), melihat bangunan ciptaan manusia hasil dari ilmu kurnianNya, melihat sungai yang mengalir cantik! Subhanallah! melihat pokok yang tak berapa nak hijau tetapi tetap sempurna. Melihat semuanya. Seimbang. Sempurna. Menjadikan orang yang melihat semua ini dengan mata hati akan merasai ketenangannya. Tenang kerana hati yang biasanya bongkak bisa tunduk dengan kebesaran dan kekuasaan Allah yang menciptakan semua ini. Betul apa yang sering orang katakan, mustahil sebenarnya untuk kita tak nampak petunjuk dan hidayah Allah, kerana kebesaran Allah itu terbentang luas disekeliling kita. Tinggalnya hanyalah kita untuk membuka pintu hati kepada petunjuk Allah itu.



"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, tidak akan dibukakan pintu langit bagi mereka, dan mereka tidak akan masuk syurga, sebelum unta masuk ke lubang jarum.."

(QS 7:40)


Friday, April 6, 2012

sebegitu mudah



بسم الله الرحمن الرحيم
كيف حالك؟


Subhanallah..Alhamdulillah..Astaghfirullah..


mudah sahaja untuk kecewa, mudah sahaja untuk menangis, mudah sahaja untuk mengeluh, mudah sahaja untuk berputus asa, mudah sahaja untuk mempertikaikan, mudah sahaja untuk menyalahkan itu dan ini.

semuanya begitu mudah. semudah kita lupakan Dia ketika senang. Semudah kita lupa bersyukur tatkala Dia memberi kita sesuatu. Semudah kita memilih untuk bertuhankan nafsu. Semudah kita sombong denganNya sedangkan hati kita sepatutnya tunduk mengagungkan kebesaranNya. Semudah kita melupakan janji-janji yang pernah kita ikrarkan kepadaNya ketika kita dalam kesusahan. Semudah kita lupakan Dia, Illah kita, Rabb kita!

Mengapa mengeluh hidup tak bahagia, kalau diri yang masih jauh dari yang Esa?
Mengapa bising semua serba tak kena, sedangkan keyakinan kita padaNya yang masih belum sempurna?
Mengapa bersedih semua benda tak menjadi, kalau diri yang memilih untuk tidak menjadi abdi?




Dunia tidak akan mampu memahami kita, kerana bukan dunia yang menciptakan kita.
Jadi, kenapa masih bergantung pada dunia? Kenapa tak dikejar Tuhan Yang Esa? Tuhan yang telah mencipta kita?

Bila kita menilai orang lain, kita hanya akan jumpa kesilapan. Bila kita menilai diri, kita akan jumpa penyelesaian!


Allahu a'lam.